Rumah Hantu Fang

2.4K 157 10
                                    

"Baik pula abang kau bagi kita orang tidur dekat rumah kau Fang" kata Boboiboy. Hari ini hari ahad, Kaizo membenarkan adiknya pelawa Boboiboy dan Gopal tidur di sini tapi satu syarat, kena ulang kaji untuk peperiksaan akhir tahun bukan untuk bermain sahaja. Yaya dan Ying tidak dijemput kerana mereka berdua perempuan, tak elok kalau 2 budak perempuan tidur satu bumbung dengan budak-budak lelaki walaupun Kaizo yang lebih tua daripada dia orang ada di rumah. Mereka berdua faham dan tidak kisah, asalkan esok jangan lupa datang sekolah.

"Mana aku tahu Boboiboy. Mood abang aku tue sukar untuk dibaca, kejap ok, kejap K.O, macam suis lampu" kata Fang. Dia membawa mereka berdua di bilik tetamu, mereka boleh tidur di situ atau mereka boleh juga tidur di ruang tamu depan television. Itu pun kalau abang dia bagilah. "Boboiboy, aku takut nak tidur dekat rumah terbiar nie" bisik Gopal kepada Boboiboy

"Woi, kau ingat aku tak dengar ke. Ini bukan rumah terbiarlah" kata Fang sambil mengeluarkan beberapa bantal yang di dalam almari. "Fang, rumah terbiar nie makin lama makin ceria aku tengok. Mana abang kau dapat duit?"

"Jangan tanya aku Boboiboy. Semenjak dia duduk sini, ada sahaja barang-barang baru dari dia. Dia pun tak pernah bagitahu aku mana dia dapat duit itu semua"

"Entah-entah, abang kau pergi rompak bank kot"

"APA KAU CAKAP!"

"Eh sabar sabar. Gopal bergurau sahaja tue. Jadi, apa rancangan kita seterusnya"

"Hah! aku tahu!" Gopal membuka beg bajunya dan lalu dia mencari sesuatu. "Hah! ini pun dia" Lalu dia mengeluarkan sebuah cd game. "Woi! kau gila nak main game dekat rumah aku. Kau nak kena lagi ke latihan tempur versi video game dia tue"

"Ala Fang, kita main senyap-senyap lah dekat laptop kau. Kita main sekejap aje, lagipun abang kau takde dekat rumah kan" Kaizo meninggalkan mereka bertiga untuk sementara, dia pula naik ke kapal angkasanya untuk memeriksa status sekitar galaxy.

"Yelah yelah, kalau abang aku tahu, jaga kau Gopal" Fang membawa mereka berdua pergi ke bilik dia. Fang membuka laptop nya dan mereka nampak wallpaper screen laptopnya adalah gambar mereka semua pergi berkelah pada hari itu. "Game apa yang kau bawa Gopal?" tanya Boboiboy

"Game HANTU!"

"GAME HANTU?!" terkejut Boboiboy dan Fang. "Kau nie Gopal, tak habis-habis dengan hantu. Kenapa tak bawa game Papa Zola sahaja"

"Game Papa Zola aku dah habis main, lagipun ini game baru lagi. Aku belum main lagi, jadi aku nak main dengan korang" Fang mengambil cd game tersebut dari tangan Gopal dan melihat game itu. Gambar muka hadapan gambar muka hantu yang tidaklah begitu seram tapi mengikut kata Gopal, seram! "Tak seram pun aku tengok" kata Fang

"Dey, kau belum main lagi. Mana nak tahu seram ke tak. Cepatlah Fang, install lah game tue"

"Yelah yelah. Aku install game nie" Lalu Fang masuk kan cd tersebut ke dalam laptopnya. Sementara menunggu habis install game itu, mereka bermain game card UNO yang dibawa oleh Boboiboy.

"Kejap" kata Fang sebelum dia meletakkan card UNO dia "Bukan korang datang ke sini untuk ulangkaji ke?"

"Wei Fang, bagilah kita orang main dulu. Lepas tue baru kita ulangkaji"

"Yelah tue Gopal, entah berapa jam kita main nanti" Fang meletakkan card UNO dan Gopal perlu mengambil 2 card lagi. Fang memang sahaja nak kenakan Gopal "Takpe kau Fang. Kejap lagi kenalah kau"

"Marilah, kalau berani" kata Fang. Fang melihat card dia, dia terdapat banyak +2 card. Boboiboy nampak wajah Fang yang penuh dengan kenakalan dia. Sedang mereka asyik bermain, mereka tidak sedar game sudah habis di install kerana terlalu leka sangat main dengan UNO card. "AMBIK KAU GOPAL! MUAHAHAHAHA!" Fang meletak kesemua +2 card dan akhirnya dia menang

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant