Hanyalah Sebuah Kenangan

3.5K 177 17
                                    

Author note - Chapter ni author tak pernah nak publish kan dekat Aku Abang, Kau Adik pada musim pertama tapi dekat website fanfic ada chapter ni xD  chapter 33.. jadi, terimalah chapter ini sebagai bonus chapter untuk musim pertama :) enjoy!

-----------------------

Adik besar nanti nak jadi apa?"

"Adik nak jadi kuat macam abang! RAWRRRRRRRR!" Fang membuat bunyi dinosour yang begitu comel sekali. Dia menhentak-hentak kakinya seperti dinasour sedang berjalan. Kaizo tergelak melihat gelagat comel adiknya. "Tapi abang bukan dinosour"

"Habis tue, abang apa?" tanya Fang

"abang ialah pahlawan paling hebat di seluruh galaxy" Fang begitu teruja sekali. Dia menepuk tangannya. "Wah! Adik pun nak jadi pahlawan terhebat juga macam abang boleh?"

"Boleh adik. Abang jadi Kapten, adik jadi Prebet Pang" Mereka berdua mengambil pedang mainan dan lalu berlari-lari di sekitar rumah. Mereka bayangkan rumah mereka yang begitu luas itu adalah galaxy dan mereka kini sedang menerokai planet-planet yang ada di galaxy. Kaizo dan Fang masuk ke dalam bilik ibubapa mereka dan naik ke atas katil. "Ini kapal angkasa kita. Abang sebagai Kapten akan memandu kapal angkasa ini. VROOOOOM!" Kaizo bayangkan dia sedang memandu kapal angkasa. Kaizo belok ke kiri, Fang pun turut ikut belok ke kiri juga. "WEEEEEE!" Fang dengan begitu seronok sekali, dia duduk meloncat-loncat di atas katil ibubapanya.

"Prebet Pang! ada batu besar sedang menuju ke kapal angkasa kita"

"Baik Kapten, Prebet Pang akan menembak batu besar itu! Bang bang bang!" Fang membuat jari dia seperti sebuah pistol dan berpura-pura menembak batu besar itu "BANG BANG BANG BANG!"

"Syabas Prebet Pang, batu besar itu berjaya di hancurkan" kata Kaizo "yeahhhh! Prebet Pang berjaya!" kata Fang yang terlalu seronok bermain dengan abangnya. Kaizo hanya tersenyum melihat adiknya begitu gembira sekali. Selepas itu Fang berpura-pura melihat luar tingkap kapal angkasa

"KAPTEN! ADA PLANET BIRU DI SITU! LAWANYA!"

"Ha ah Prebet Pang, mari kita pergi mendarat di planet itu!" Kaizo dan Fang turun dari katil itu dan terus lari ke ruang tamu. Mereka berlari mengelilingi sofa dan panjat ke atas sofa. Mereka berdiri di atas sofa tersebut dan melompat ke atas karpet. "Cepat Prebet Pang! ada alien jahat nak kejar kita" kata Kaizo.

Mereka berdua berlari keluar dari ruang tamu dan menuju terus ke dalam dapur. Ibu mereka sedang sediakan makanan tengahari. "Wahai permaisuri yang berbudi bahasa, bolehkah kami berehat di sini?" kata Kaizo

Ibu mereka tersenyum melihat anaknya begitu seronok sekali bermain bersama. "Boleh, permaisuri sedang masakan makanan untuk kamu berdua tapi belum lagi siap. Nanti sudah siap, permaisuri akan panggil untuk makan bersama"

"Terima kasih permaisuri" kata mereka berdua. Sebelum mereka keluar dari dapur, Fang dan Kaizo peluk ibu mereka. Selepas itu mereka berlari lagi. "Prebet Pang! Nampaknya kita ada musuh baru. Biar Kapten berlawan dengan dia" Kaizo berhenti di depan sebuah teddy bear yang mata kanannya sudah tercabut. Dia keluarkan pedang mainannya dari seluar dia dan mengacu pedang tersebut ke arah teddy bear itu. "Kalahlah kau alien jahat! Prebet Pang pergi selamatkan diri, biar Kapten hapuskan dia"

"Tapi, Prebet Pang pun nak juga berlawan dengan dia" Fang buat muka sedih dekat abang dia. "Prebet Pang kecik lagi, biar Kapten melindungi kamu dari segala kejahatan. Prebet Pang pulang ke kapal angkasa cepat!"

"Tak nak, Prebet Pang tak nak tinggalkan Kapten dia pergi berlawan sorang-sorang" Fang merajuk dan dia duduk di tepi dinding sambil tangan dia bersilang. Kaizo pergi duduk di sebelah adik dia. "Adik, janganlah merajuk. Abang sebagai Kapten perlu melindungi adik daripada ancaman musuh. Kalau adik berlawan dengan alien jahat, nanti alien itu akan tangkap adik. Abang tak nak terjadi apa-apa dekat adik" Kaizo memeluk adik dia yang masih lagi merajuk.

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now