Demam

4K 207 56
                                    

"Akulah Putera Fang paling hensem di sekolah ini!"

"WOI FANG! BANGUNLAH! KAU MENGIGAU KE APA!" kata Boboiboy sambil melempar beberapa buah bantal ke arah Fang yang sedang tidur nyenyak di meja Boboiboy. Fang kini berada di rumah Boboiboy. Boboiboy meminta pertolongan daripada Fang untuk mengajar dia beberapa soalan matematik yang diberikan oleh cikgu Papa Zola. Fang masih lagi tidak bangun, dia seronok sangat dengan mimpi dia.

"Boboiboy, kenapa kau bising-bising sangat nie?" tanya Ochobot yang sedang memegang sebuah dulang berisikan 2 gelas hot chocolate dan sebuah pinggan yang penuh dengan pisang goreng. Tok Aba telah menyediakan makanan petang untuk mereka menjamu selera sambil buat kerja sekolah matematik. "Fang nie, dia tertidur pula"

"Senang aje, kau simbah sahaja dengan air sejuk"

"Mana boleh Ochobot, nanti tak pasal-pasal Fang mengamuk pula. Lagipun dia datang ke sini untuk mengajar aku matematik"

"Habis tue, kalau dia tak nak bangun. Macam mana?" Ochobot meletakkan dulang tersebut di atas karpet dan lalu berfikir, macam mana nak kejutkan Fang tanpa buat dia mengamuk. "HAH! aku tahu!"

"Macam mana Ochobot?"

"Macam nie" Ochobot terbang ke Fang dan menjerit di telinga dia "FANG! GOPAL MAKAN DONUT LOBAK MERAH KAU!"

"APA! HARIMAU BAYANG!" Terus Ochobot dan Boboiboy menyorok bawah katil. Fang baru sedar, dia telah ditipu oleh Ochobot. "Jangan marah kami Fang, kami cuma nak bangunkan kau sahaja"

Fang hilangkan harimau bayangnya "Takpe, salah aku juga sebab tertidur. Aku sepatutnya mengajar kau tapi aku tertidur pula" Fang menguap. Fang kelihatan betul-betul penat. Semenjak Yaya dan Ying tidak dapat mencari watak utama dalam drama musical mereka, mereka memaksa Fang untuk menjadi watak utama. Mereka tahu nyanyian Fang amat bagus sekali, lagi bagus daripada rakan-rakan sekelasnya. Fang terpaksa melakukan dan mulai hari itu, dia mempunyai pelbagai aktiviti selepas sekolah. Cikgu sukan dia pula telah melantik sebagai salah seorang wakil sekolah untuk bola keranjang. Jadi hampir setiap hari, dia ada latihan bola keranjang.

Fang tiada masa lagi untuk pergi melepak bersama dengan kawan-kawannya. Hari ini baru dia ada masa untuk berehat, masa untuk ulang kaji mata pelajarannya dan juga masa untuk berlatih skrip-skrip yang diberikan oleh Yaya. Boboiboy melihat kawannya yang begitu penat sekali, lalu dia rasa bersalah kerana mengajak dia datang ke sini untuk menolong dia dengan soalan matematik.

"Fang, kau pulang sahajalah ke rumah. Kau pergi lah berehat"

"Takpe ke Boboiboy?"

"Takpe. Kita jumpa esok sahaja" kata Boboiboy. Fang mengumpul kesemua bukunya dan menyimpan ke dalam beg sekolahnya. "Jumpa esok Boboiboy" sebelum dia keluar, dia mengambil satu pisang goreng dan memakannya.

Semasa dalam perjalanan pulang, Fang sudah beberapa kali menguap. Entah berapa jauh lagi nak sampai ke rumahnya, dia tidak larat untuk berjalan lagi. Fang terbayang dirinya boleh terbang seperti Yaya, tak payah berjalan. Ke sana ke sini, dia bebas terbang ke mana sahaja yang dia mahu. Takpun dia dapat berlari dengan begitu laju seperti Ying. Boleh sampai ke sekolah awal pagi tapi dia memang selalu sampai awal pun. Tak pun mempunyai hoverboard seperti Boboiboy Taufan. Seronoknya kalau dapat kuasa seperti itu tapi kuasa dia pun hebat juga.

"HELANG BAYANG!" dia memanggil helang bayangnya. Dia menunggang helang bayangnya dan terbang ke langit. Begitu bebas sekali dan berasa sungguh tenang. Alangkah kalau dia dapat lari daripada semua aktiviti-aktiviti yang dia ada sekarang. Fang memejam matanya dan menikmati udara-udara segar sampailah dia tertidur di atas helang bayang.

"Fang, bangun bangun!"

Fang tersedar dan melihat ke kanan, dapati Yaya sedang terbang bersama-sama dengan helang bayangnya. "Kenapa kau tidur dekat sini?" tanya Yaya

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin