Sasaran Kedua

2.2K 129 7
                                    

"Kenapa kau menangis?"

Fang memandang ke atas dan nampak seorang budak lelaki yang sebaya dengan dia berdiri di depan dia. Budak itu menghulur tangan dia kepada Fang. Fang membalas dengan memegang tangan budak itu. Budak itu menarik Fang berdiri dari lumpur itu. Baju dia, seluar dia, kasut dia dan juga muka dia penuh dengan lumpur. Fang berhenti menangis dan kenalkan diri dia kepada budak itu. "Aku nak tangkap seekor katak tapi aku terjatuh dalam lumpur pula. Nama aku Fang, tapi abang aku panggil aku Pang"

"Salam berkenalan Fang. Nama aku Mikey" mereka berdua berjabat tangan dengan senyuman ikhlas di muka masing-masing. "Kau nak tangkap katak? jom aku tolong kau" kata Mikey. Mereka berlari dan mencari katak sampai lah mereka terjumpa seekor katak yang dekat dengan lumpur. Mereka melompat dan mengejar katak itu sehinggalah dua-dua jatuh ke dalam lumpur juga. Fang menjadi semakin kotor tapi dia tidak kisah kerana di tangan dia terdapat seekor katak yang comel.

"Mikey! aku dah dapat katak tue!" Mikey merangkak di dalam lumpur itu dan berhenti di sebelah Fang. "Wah! comelnya" Mereka berdua ketawa bersama melihat katak yang kecil itu. Fang lepaskan katak itu. Hujan mulai turun dan membasahi planet tersebut. "Jom kita cari tempat teduh" Mikey pegang tangan Fang dan heret dia ke bawah pokok tetapi Fang tidak mahu. Dia nak bermain di dalam hujan

"Nanti kau demam macam mana?"

"Ala, sekali sekala. Bukan selalu pun! Jomlah Mikey!" Fang menarik kedua tangan Mikey ke dalam hujan. Mikey berasa begitu bebas bermain di dalam hujan. Mereka begitu seronok sekali, berlari ke arah sana sini sambil menjerit keseronokan mereka. "Esok kita jumpa lagi dekat sini" kata Mikey

"Ok! Kita jumpa esok!" Mikey melambai-lambai ke arah dia. Fang dengan hati gembira, dia terus berlari pulang ke rumah dia. Abang dia mesti akan memarahi dia kerana dia begitu kotor sekali dan bermain di dalam hujan. Tapi apa dia kisah, dia dapat jumpa seorang kawan untuk bermain bersama. Kaizo yang berada di rumah sedang sediakan makan malam untuk mereka berdua. Dia nampak adik dia dalam keadaan begitu kotor sekali

"Pang! adik tak apa-apa ke?" Kaizo memeriksa adik dia jikalau ada luka apa-apa. "Abang jangan risau, Fang cuma terjatuh dalam lumpur sahaja" Dia melihat adik dia begitu gembira sekali. Selalunya adik dia akan menangis kalau terjatuh di mana-mana sahaja, kali ini adik dia nampak lain. "Betul adik tak apa-apa? Kalau macam tue, adik pergi mandi cepat" Kaizo mengambil tuala dan berikan kepada adik dia.

Selepas sahaja selesai mandi dan pakai baju, Fang terus ke meja makan. Dia begitu lapar sekali dan tak sabar untuk makan. Fang meloncat-loncat di kerusinya sambil menunggu kedatangan makanan dia. Kazio meletak semangkuk sup lobak merah dan roti untuk adik dia. "Ini sahaja yang abang mampu buat untuk adik. Adik makan tau" Kaizo cium kepala adik dia.

Kaizo mengambil duduk disebelah Fang dan melihat adiknya makan begitu pelahap sekali. "Tadi adik pergi main dekat mana?"

Fang dengan mulut penuh dengan roti, lalu dia berkata "Fang main dengan kawan tadi. Adik baru sahaja kenal dia hari ini. Kita orang pergi tangkap katak tadi" Fang cicah sedikit roti kedalam sup dan lalu makan. "Kawan?" Kaizo mula berfikir, siapa kawan baru adik dia?

"Siapa nama dia?"

Fang menelan roti dia dan lalu berkata lagi "Nama dia Mikey. Esok kita orang jumpa tempat yang sama. Abang tak marahkan adik pergi bermain dengan kawan adik" Kaizo hanya senyap dan mendengar sahaja adik dia sedang bercerita

Seperti biasa, keesokannya, Fang keluar bermain lagi bersama dengan Mikey. Kali ini mereka bermain di tepi sungai. Sungai itu begitu jernih sekali, Fang dan Mikey melihat ikan-ikan yang sedang berenang di dalam sungai tersebut. Terdapat pelbagai jenis ikan yang ada, ada yang berwarna biru, ada yang besar dan ada juga yang ada dua warna. Dua-dua begitu teruja melihat ikan-ikan tersebut.

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now