satu

109 4 3
                                    

"Ada apa bos? "tanya Am.
"Ada PC.  Gerak sekarang! "

Am mengeluh. Dengan langkah yang malas dia bangun dari kerusi biru beroda dan berjalan kearah meja PK Editor Bahagian Berita.  Dia menopang dagu atas kubikel. "Saya ada story yang nak disiapkan,  bos.  Tak de orang lain ke yang pergi? "

    "Semua orang ada story yang nak disiapkan jugak.  Saya dah tak de orang lain lagi. Kamu pergi ya. Bring your own camera. Sami tak sempat pergi,  dia ada assignment kat Batu Pahat dengan Zikri. Tak tahu bila balik. "

Am mengeluh buat kali kedua. Bukan dia malas nak buat kerja, kalau malas dia dah tak ambil bidang ini sebagai kerjayanya. Nampak gayanya temu janji dia dengan Daniel terpaksa ditangguhkan lagi. Dia sudah berjanji hendak belanja Daniel dinner di Hotel xxx tadi. Kalau dibatalkan temu janji kali ini, tak tahulah bila lagi dapat mereka duduk makan berdua.  Mengenang kisah zaman keremajaan dan sekolah yang naif dan bodoh, buat kali terakhir. Daniel akan berangkat ke Kuala Lumpur esok dan akan terus ke Jerman untuk melanjutkan pelajaran di sana.

    "Hah! Apa kau tunggu lagi? Pergi sekarang. Press conference kat JB Selatan.  Dah nak dekat pukul lima dah ni, "sergah En. Rashid, ketua editornya.

     "Harap-harap la PC tu pendek aje. Tulis panjang-panjang pun nanti, KL potong tinggal empat perenggan je, "rungut Am. Bukan sekali dua tiga empat dan bla bla bla, tapi sudah banyak kali. Kadang-kadang rasa macam hilang semangat je nak buat kerja. Dia berpusing dan kembali ke meja.

Dengan perintah itu, Am keluar sambil membimbit beg berisi buku nota, beberapa batang pen dan kamera digital.  Dia mengeluarkan kunci kereta sambil menekan butang telefon bimbit.

       "Batal lagi kan? "

    Am tersengih. Tanpa sempat menyempat dia mengucap salam, si Daniel sudah menerjah. Faham sangat dia dengan kerjaya sahabat baiknya ini.

       "Sorryla Daniel. Aku ada last assingment. Ada PC kat Balai. Aku kena pi la. "Am membuka pintu kereta lalu masuk dan menghidupkan enjin.

       "Aku tak kira, ingat senang ke aku nak merasa duit kau! Kalau tak sempat kat xxx,  kita pergi ke Singgah Selalu jer pom ok. "

        Am tersengih lagi. Restoran Singgah Selalu, restoran yang memang terkenal di negeri Harimau Selatan.

    "Pandai kau nak ketuk aku ya Daniel! Takpe, demi kawan, aku on jer. Nasib baik kau dah nak fly, kalau tak kopak aku dapat kawan high taste macam kau ni!"omel Am. Kedengaran deraian tawa dihujung talian.

     Am memandang ke langit. Awan mendung yang menandakan hujan akan turun mula berarak. Dia berdoa supaya hujan tidak turun petang ini.

     Am mengerling jam tangan. Ada sepuluh minit lagi sebelum PC bermula. Langkah mula dipercepatkan memasuki Balai.

     "Oi! Lambat kau! "

Am kenal betul dengan suara yang menyapa itu. Sarah Sahidi, pemberita New Straits Times. Orangnya manis, berbadan lamping dan mempunyai personaliti yang mudah didekati dan seorang yang periang.

    "Last minute assingment. Mana aku tak lambat, "balas Am.

    "Kau tahu PC ni pasal apa? " tanya Am memulakan perbualan.
Sarah hanya mengangkat bahu memberi jawapan kepada Am. "Aku cuba juga tanya sebab apa, tapi kau tahulah dia orang bukan nak bagi info pom.

    "Kau Agak pasal apa? "tanya Am lagi.
    "Kalau bukan kes samun besar-besaran maybe jugak pasal dadah, "balas Sarah. "Tak lama lagi tahulah kita."sambungnya lagi.

Mereka berjalan menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Kelihatan beberapa wartawan sedang berdiri di koridor sambil merokok. Ramai juga yang hadir untuk sidang akhbar.  Am kenal hampir kesemua para wartawan yang membanjiri Balai polis pada petang ini. Mungkin mereka juga mendapat khabar yang mengatakan PC petang ini akan diberikan sendiri oleh CPO(Chief Police Officer), maka semua berpusu-pusu hadir.

   "Ha, anak dara dua orang ni, baru nak sampai? "jerkah Abang Salim, pemberita sambilan TV9. Berkepul-kepul asap tar keluar daripada mulutnya.

Am tersengih.  "Susah nak dapat parking lot la, bang Salim, "balas Am ramah. Kumpulan wartawan di Johor Bahru memang mesra antara satu sama lain. Walaupun ada juga yang cuba untuk scoop antara satu sama lain, tapi itu sudah menjadi sebahagian lumrah seorang wartawan kan?. Scoop atau mendapat berita eksklusif memang sangat didambakan oleh wartawan,  tak kira la dimana. Silap langkah, boleh discoop kiri kanan daripada kumpulan wartawan yang lebih berpengalaman untuk sengaja membalas dendam. Awal-awal lagi Am sudah diberi tip oleh senior-senior ditempat kerjanya tentang cara berhemah untuk mendapatkan berita eksklusif.

Kumpulan wartawan di Johor Bahru ini bukanlah besar, pusing sana sini dia tetap akan berjumpa dengan orang-orang yang sama. Jadi, kenalah pandai berdiplomasi. Ada masa dia harus mengalah dan ada masa dia mesti menunjukkan kepada editor-editor di KL yang gaji nya bukanlah dibayar secara percuma. Dia kena tunjuk yang dia wartawan yang berkebolehan dan dedikasi untuk mendapatkan berita-berita  eksklusif dan benar.

   "Kau ada benda eksklusif atau follow-up yang nak tanya ke Am? " tanya Abang Salim. Hujung rokok yang membara ditenyeh diatas pagar batu.

   "Takda la. Abang ada benda nak tanya ke?  Dengar CPO yang bagi PC, ye ke?"balas Am.

    "Aku dengar macam tu jugak. Tapi aku tak tahulah. Kau orang masuklah dulu, "usulnya.

Abang Salim dan rakan sekerjanya sudah pun meletakkan tripod kamera ditempat yang strategik untuk mengambil gambar. Di meja panjang menghadap mereka pula, kelihatan beberapa orang pegawai polos sedang sibuk menyusun barang-barang rampasan yang pelbagai bentuk dan saiz yang berisi serbuk putih dan pil berwarna putih dan biru serta beberapa pucuk senjata api, senjata-senjata tajam seperti pisau, machete dan juga timbunan wang pelbagai denominasi.

"Betul tekaan aku kan, PC ni pasal dadah, "kata Sarah.
"Banyak betul dadah tu. Ni mesti rampasan besar-besaran. "usulnya lagi.
"Aku rasa maybe ni rampasan yang terbesar tahun ni kut. Seingat aku, belum ada lagi rampasan dadah besar macam ni dalam tahun ni, "balas Am. Matanya meliar melihat susunan rampasan diatas meja panjang dihadapan. Tidak lama kemudian, barisan-barisan kerusi di dalam bilik taklimat mula dipenuhi para wartawan yang dihantar untuk membuat liputan PC. Pegawai-pegawai akhbar dari kontinjen polis mula mengagihkan kertas maklumat sidang akhbar untuk memudahkan para wartawan, dan memastikan maklumat yang bakal disiarkan di akhbar atau melalui TV serta radio adalah tepat dan benar.

Memang benar tekaan Am, rampasan dadah yang terbaharu ini adalah antara  yang terbesar pada tahun ini di Johor.

"Hasil daripada maklumat orang ramai, kami berjaya menyerbu sebuah kilang lama di kawasan Kulai, "kata CPO Datuk Farid Mahadi dalam sidang akhbar. Mikrofon dan pita rakaman bersusun di hadapannya. Sesekali wajahnya disimbahi dengar cahaya flash kamera dari pelbagai sudut.

"Tak serik-serik betul dia orang ni,  buat lagi kat tempat yang sama, "bisik Sarah.

Am hanya menganggukkan kepala. Tahun lepas,serbuan pertama telah dilakukan ditempat yang sama di Kulai juga. "Industri yang paling banyak mendatangkan duit. Kalau tak buat dadah, jual pelacur, tak pun buat VCD cetak rompak. Boleh jadi jutawan dengan segera, "bisik Am pula.

Menurut Datuk Farid Mahadi, polis percaya makmal dadah tersebut digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa memandangkan mereka turut menemui mata wang asing berjumlah USD30000, SD70000 dan 50000 euro. Menurut Datuk Farid Mahadi lagi,  mereka masih lagi menjalankan siasatan keatas kes tersebut untuk mencari dalang di sebalik sindiket dadah di Malaysia.





........




Farham FarrisWhere stories live. Discover now