sembilan

26 2 3
                                    

    





Am duduk di tempat duduk ditepi tingkap dalam bilik utama sambil memerhatikan jalan ditaman perumahan. Dia menghirup air kopi americano latte yang sedikit panas perlahan-lahan. Lampu bilik sengaja tidak dihidupkan, dibiarkan dalam kegelapan. Dari balik langsir yang nipis dia dapat melihat keadaan kejiranannya yang sunyi. Jarum jam sudah melepasi angka 12 dan hari sudah bertukar tarikhnya.



Am dongak kepala melihat langit yang kelabu dibalik jendela. Cahaya bulan terang dan indah. Dari balik langsir itu juga, dia dapat melihat kawasan-kawasan hijau tidak jauh dari deretan rumah teres dua tingkat yang belum dibangunkan. Tidak lama lagi sudah pasti kawasan yang masih dipenuhi pokok-pokok hijau itu akan diratakan dan diatas tanah merah itu, rumah-rumah umpama kotak-kotak mancis yang bersusun rapat-rapat bakal dibina.




Am mengeluh. Malam ini pandangannya tidak terarah pada kawasan hijau itu tetapi kearah sebuah kenderaan yang diparkir tidak jauh dari rumahnya. Sudah hampir seminggu dia perasan ada kenderaan baharu yang parkir hampir ditempat yang sama, lebih kurang empat pintu jaraknya, berdekatan dengan jalan utama. Pada mulanya,  dia ingatkan jirannya baru saja membeli kenderaan pacuan empat roda,  tapi tiga malam lepas,  kenderaan jenis Mitsubishi Evo pula diparkir di tempat yang sama.



Yang lebih pelik lagi,  dua malam lalu, sewaktu dia sedang mengeringkan rambut dengan tuala dihadapan tingkap, dia perasan ada lelaki yang sedang duduk sambil merokok tidak putus-putus. Am nampak bara puntung rokok menyala silih berganti. Mungkin dia sedang menunggu seseorang?  Tapi sangkaan Am meleset,  ketika dia bangun waktu dinihari untuk mengambil minuman didapur, sewaktu Am mengintai di balik langsir pintu kaca gelangsar diruang hadapan, lelaki itu masih setia ditempat duduk pemandu dan dia masih lagi merokok.



Malam ini, Am mengintai lagi,  kenderaan itu tetap berpenghuni, Am tahu, sebab kereta itu mengekorinya sejak dari pertemuan terakhir dia dan Daniel sebelum Daniel fly. Kali ini dia memang perasan ada kenderaan yang mengekorinya sejak dia keluar dari pejabat beberapa jam tadi. Ketika dia berhenti disebuah kedai makan untuk bertemu dengan salah seorang sahabat merangkap pemberi maklumat, dia perasan kenderaan yang sama diparkir tidak jauh dari tempat perjumpaannya tadi, dan apabila dia bergerak meninggalkan kedai tersebut, kenderaan pacuan empat roda itu setia membuntutinya.



Am mula rasa tidak sedap hati. Sejak dia pulang kerumah pukul sepuluh malam tadi, dia sudah mula mengorek buku notanya mencari-cari maklumat sekiranya ada tugasannya yang lepas yang telah menyebabkan 'seseorang' sakit hati dengannya dan mencari peluang untuk membalas dendam.


"Takkanlah along? Aku tak ada buat pinjaman haram"getus hati kecilnya.


Kali ini fail-fail  dalam komputer ribanya dibongkar pula. Tidak ada yang boleh mendatangkan syak. Rasanya  dia belum lagi sampai membongkar mana-mana sindiket atau skandal besar yang 'layak' dibalas dendam. Hampir dua jam Am duduk termangu cuba mengingat kalau ada membuat apa-apa liputan high profile, tapi rasanya tak ada.


Kini, Am menjadi pemerhati setia pada pemandu kereta pacuan empat roda berwarna biru tua.

Siapa agaknya dia?

Apa yang dia nak daripada aku?













###





Am termangu menghadap skrin komputer. Jarinya lincah bak menari tarian zapin (ok...gurau je)  diatas papan kekunci. Sesekali dia tersenyum-senyum, tersengih-sengih dan ada kala tawanya meletus. Kalau orang yang buta IT mungkin akan kata wanita kecil molek itu sudah gila. Tapi pada mereka yang hubungan sosialnya bergantung kepada skrin empat segi ini yang mempunyai empat bucu serta bersambung dengan tali yang dipanggil wayar dunia siber,  pasti arif tentang perlakuan 'gila' wanita itu. Begitulah keadaan seseorang yang sedang berchatting ditetingkap 'dunia luar'.




Frhm0526: Amacam dah settle in ke?

V.ADanny: Assalamualaikum...

Frhm0526: Erk... Perli nampak... Waalaikumsalam

V.ADanny: Selamat dah semuanya... Supervisor pun dah jumpa

Frhm0526: Sejuk tak dekat sana?

V.ADanny: Sejuklaa...

Frhm0526: Hehehe... Tahan ke badan kau yg kerempeng bak ikan bilis tu dgn cuaca kat sana? 😏

V.ADanny: 😑 Hahaha very funny!  Erm... Best jugak kan?

Frhm0526: Best pe benda?

V.ADanny: Kalau kau ada dgn aku kat sini

Am mencebik bibir. Dia menaip lagi...


Frhm0526:  Banyak la kau punya auta

V.ADanny: Betul la, kalau kau ada, panas sikit suasana hahaha

Frhm0526: Bluwerrkk!  ☺ Dah dekat seminggu... Tak jumpa awek mata biru ke?

V.ADanny: Hehehe... Ada satu awek ni... Cun kau... Baik pulak tu. Dia banyak tolong aku masa mula sampai sini... Ingat nak ngurat lah...

Am ketawa hambar. Baru seminggu di negara orang,  sudah jumpa dengan 'awek'?  Memang tak boleh pakai si Daniel ni. Malam terakhir mereka makan bersama,  beria-ria suruh Am tunggu dia balik, alih-alih  sekarang sudah jumpa gadis lain pula. Huh!  Janji melayu...

Frhm0526: Habis, aku kau nak letak mana?

V.ADanny: Isy... Kau tetap bersemadi dalam hatiku 😘

Frhm0526: Drama Melayu. Geli!!!

V.ADanny: Hahaha











You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 14, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Farham FarrisWhere stories live. Discover now