enam

32 1 2
                                    









"Dia sudah mati, Bos! "

"Siapa? "

"Phillip. "

Lelaki berbadan besar itu menyandarkan badan. Dahinya berkerut. Perutnya tiba-tiba sakit. Sepatutnya dia makan pagi, tapi dek kesibukkan ini dia abaikan saja. Lagipun dia mahu kuruskan badan.

"Benda itu ada pada dia? "

"Tak ada. "

"Kau dah cari di semua tempat? "

"Dah bos. Aku tak dapat cari betul-betul sbb polis dtng cepat. "

"Kau dah tanya contact kau kat Balai? Dia orang ada jmpa apa-apa di badan Phillip? "

"Sudah bos. Mereka kata benda yg kita cari tak ada pada dia. Yang ada dompet duit sahaja. "

Lelaki itu mengeluh panjang. Susah kalau benda berharganya tidak ditemui. Memang menyusahkan betul Si Phillip ni!
Walau apa pun, dia mesti menemukan benda itu. Payahlah kalau ia jatuh ke tangan orang lain. Untuk membina empayar, dia harus ada formula. Untuk menjadi seorang ketua dia perlu memiliki kuasa. Untuk kaya dia mesti ada barang dagangan. Bagaimana dia hendak mengejar cita-citanya sekiranya yg penting ini tidak ada dlm genggaman! Memang celaka Si Phillip ni!

"Kau perlu cari benda tu. Pergi geledah rumahnya atau cari siapa contact dia. Cari tempat selalu dia hang out!. "Arahan dikeluarkan.

Pemuda didepannya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. "Memang aku sudah hantar orang untuk pergi geledah rumahnya dan bilik tempat yg dia selalu jadikan port. Aku juga telah menemui girlfriend dia bos tapi... "

"Tapi apa? "

"Girlfriend Phillip, Alexandria, pun dah mati semalam. OD. "

 

Lelaki tubuh besar menggelengkan kepalanya. Jantungya pula tiba-tiba terasa sedikit sakit macam dihempap bebanan yg cukup berat. Dia menarik nafas panjang. Tenang. Tenang. Jangan panik. Doktor telah nasihatkan dia supaya tidak terlalu stress. Jangan berfikir perkara-perkara yg boleh menyebabkan penyakit jantungnya datang menyerang. Tapi bagaimana dia hendak bertenang dan tidak stress kalau dia tak dapat selesaikan masalah ini?  Dia tidak mahu hidup tertekan seperti ini. Berita gembira yg diterimanya beberapa minggu yg lalu tidak sepatutnya berakhir dgn tekanan seperti ini.

Sepatutnya dia sudah boleh bergembira dan menarik nafas lega, apatah lagi penemuan beberapa minggu yg lepas boleh menjadikan dia seorang yg digeruni dlm lingkungan rakan-rakan seperniagaannya! Dia bukan sahaja bakal terkenal dalam lingkungan Asia tetapi juga bakal mengemparkan dunia!  Ah! Aku tak mahu kerja keras aku selama ini musnah begitu saja.

"Kalau dah backtrack ke mana dia pergi sebelum dia mati tu? "

Otak lelaki yg bertubuh besar itu ligat berfikir mencari jejak yg ditinggalkan oleh Phillip.

"Contact aku kata seorang  lelaki yg menyerupai Si Phillip cuba meragut beg seorang wartawan perempuan di tempat letak kereta bawah tanah dekat dgn Balai polis sentral petang tadi. "
 

"Menyerupai Phillip atau memang Phillip?" sergah lelaki itu.

Orang muda yg berdiri dihadapannya terkebil-kebil. Terperanjat dek sergahan itu. "Ehh... memang Phillip Bos. Contact  aku sudah confirm tadi".

Lelaki itu mengerut dahi. Kenapa sebelum mati Phillip tiba-tiba pula cuba meragut beg seorang wartawan? Phillip bukan seorang peragut. Gaji Phillip adalah antara yg tertinggi yg dia pernah bayar untuk pekerjanya. Phillip adalah aset padanya. Dia sendiri yg memastikan gaji yg Phillip terima tidak akan menyebabkan 'budak' itu miskin. Dia memang sengaja mengikat kesetiaan Phillip dgn tawaran gaji yg lumayan itu. Phillip hidup mewah, buat apa pula dia hendak meragut? Mungkin...

"Kau pergi cari siapa wartawan yg hampir jadi mangsa Phillip tu! " arahnya pada pemuda yg berdiri dihadapanya. "Aku tak rasa dia hendak meragut. Mungkin itu salah seorang contact dia. Entah-entah benda yg kita mahukan  ada pada wartawan itu. "

Pemuda itu menganggukkan kepala. Dia segera mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluar. "Oi, aku ni! Kau ada fail budak wartawan yg hampir kena ragut tu? "









Farham FarrisTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang