empat

43 1 3
                                    








          "Kau datang dengan apa, Sarah? "soal Am ketika mereka berjalan menuju ke tempat letak kereta bawah tanah.


          "Aku naik teksi. Kenapa? "balas Sarah. Mereka memasuki perkarangan tempat meletak kereta yang agak samar. Si teruna yang menjaga kaunter pembayaran tiket sedang menikmati lagu-lagu heavy metal daripada radio kecil. Muziknya sangat membingitkan telinga.

            "Kenapa tak bawa kereta? "
            "Kereta aku masuk bengkel. Kau kan ada. Boleh aje hantar aku balik Ofis. "Dia tersengih sambil kedipkan mata beberapa kali.

Am mencebik bibir. "Dua kali tau kau kena belanja aku pisang chess lebih dengan Teh Tarik ais! "

           "Beres Bos! "

Mereka menghampiri kereta Kelisa Am yang diparkir berhampiran tiang konkrit. Am terus menyeluk begnya dan mengeluarkan segugus kunci apabila tubuhnya tiba-tiba ditolak kasar menyebabkan dia terdorong kehadapan. Gugusan kunci yang dipegangnya terpelanting jatuh.


Serentak itu dia terasa begnya ditarik dengan kuat. Tali beg yang meregang melorot sedikit demi sedikit menggigit lengan tangan. Am mengilas tangannya dengan cepat, berusaha untuk menahan begnya daripada terus melorot dan lantas terlepas daripadanya. Kamera ,telefon bimbit, alat perakam dan buku nota tentang sidang akhbar ada dalam beg itu.!

Dia mengetap gigi. Jangan ingat mudah saja hendak merampas barang aku dan jadikan aku statistik mangsa ragut di Johor Bharu. Sekilas dia memandang lelaki peragut yang hendak berusaha keras untuk meragut beg tangannya. Dengan segenap tenaga yang ada, Am menggenggam dan merentap kembali beg tangannya yang berisi barang-barang paling berharga itu. Aku takkan serah begitu saja!

Am terperanjat dan terus tergaman serta kaku. Dia hanya memerhatikan saja adegan tarik-menarik antara sahabatnya Am dengan seorang lelaki tinggi dan besar dihadapan kereta Kelisa berwarna merah hati itu. Ajaibnya tiada suara yang terlepas keluar dari bibir masing-masing. Sarah seolah-olah menonton babak tarik tali dalam filem tanpa suara.

Dengan sekuat-kuat tenaga, Am menarik begnya daripada lelaki yang kelihatannya berbangsa Cina. Mata mereka bertembung dan ada sinar semangat yang tinggi daripada kedua-duanya. Si peragut berusaha keras untuk merampas beg kepunyaan si wartawan dan si wartawan berusaha bermati-matian untuk melindungi hartanya. Manakala sahabat si wartawan  pula menjadi penonton setia dengan mata yang bulat yang dapat mengalahkan mata ahli kumpulan EXO iaitu D.O serta mulut melongo.

"Sarah, jerit! "Akhirnya terkeluar juga suara daripada mulut Am. Tenaganya semakin berkurang.

Sarah mengelipkan mata berkali-kali seperti tersedar dari sebuah mimpi ngeri. Barulah dia dapat fokus kejadian dihadapan matanya dan otaknya mencerna maklumat yang diterima. Mulutnya yang sedia terngaga dibesarkan lagi. Satu suara nyaring melengkung bergema ditempat letak kereta bawah tanah.


"Tolonggggggggg! "
Peragut berbangsa Cina terjelapa terperanjat mendengar suara nyaring Sarah meminta tolong dan Am cepat-cepat mengambil kesempatan untuk merentap kembali begnya daripada genggaman tangan si peragut.

Sarah terus menjerit melolong bersahut-sahutan tanpa henti bak van ambulans membawa pesakit dalam keadaan kritikal yang meminta laluan dijalan yang sesak. Seperti suis yang dipetik dan tak boleh diberhentikan.


"Hoi!!!!! "Tiba-tiba terdengar suara garau membalas 'panggilan kecemasan ' Sarah. Am terus memandang wajah si peragut. Mulutnya tidak terbuka. Maknanya suara menjerit itu bukan datang daripada dia. Si peragut itu pun kelihatan terpinga-pinga sebentar. Dia berpaling dan terlihat seorang lelaki yang berpakaian lengkap seragam polis sedang berlari ke arahnya.


Si peragut berpaling kembali memandang Am. Hujung bibirnya menjongket sedikit. Dia tersenyum? Darah Am semakin mendidih. Sudahla hendak meragut, ada hati nak senyum pada aku pula! Wajah Am semakin mencuka. Beg tangannya didakap dengan kuat ke dada.

"Hoi!!! "

Si peragut tiba-tiba mengenyitkan mata.
Tanpa menoleh lagi dia menyusup di celah-celah kereta lalu berlari keluar dari tempat meletak kenderaan bawah tanah. Larinya laju seperti tidak cukup tanah. Sepantas kilat dia datang, sepantas kilat dia menghilang  di celah-celah ribuan manusia yang bersimpang-siur di bandar Johor Bahru waktu puncak, ketika orang berpusu-pusu hendak pulang ke rumah setelah seharian bekerja.


Am tiba-tiba terjelapak duduk. Seperti semangat dan kudratnya hilang menipis ke udara dan terus lenyap dibawa angin. Lengannya terasa berdenyut-denyut. Belum lagi jantungnya yang berdegup kencang bagaikan nak meletup. Hormon adrenalin yang tadi di tahap tinggi mula menurun. Dia kepenatan. Satu pertarungan yang hebat di antara wartawan wanita dan peragut beg.

Satu kemenangan.
Satu kejayaan.
Satu tindakan yang bodoh!



----------------------------------------------



Dia berlari. Peluh mengalir laju daripada kebiasaan. Baju-T berwarna hitamnya lencun seperti dicurahi sabaldi air. Dahinya berkerut. Dia tidak ada masa lagi. Dia berhenti seketika. Mengambil nafas panjang. Dia mahu memenuhi paru-parunya dengan udara. Dadanya turun naik, jantungnya berdegup pantas. Bukan saja sebab kepenatan tapi dia ingin memanjangkan lagi degup jantung, kerana pada bila-bila masa saja degupan jantungnya berhenti. Dan masa itu dia tidak dapt bertemu dengan Tuhan yang telah menciptakan tubuhnya dan meniupkan rohnya di dunia ini.

Dia bongkokkan badannya sedikit. Mujur tubuhnya punya toleransi yang tinggi.  Walaupun demikian, dia cuma ada beberapa minit lagi. Dia perlu berada jauh dari sini. Yang penting misinya sudah berjaya. Ia bukan masalahnya lagi. Sudah banyak kemusnahan yang dia dilakukan dan dia tidak mahu terus-menerus melakukan kemusnahan lagi. Dia mahu bertemu Tuhan dengan mulut yang mengukir senyum.


Degupan jantungnya semakin perlahan menyebabkan ayun kakinya juga semakin perlahan membelah bumi. Dia cuba lagi tetapi dadanya terasa sangat sakit. Tak! Sikit saja lagi! Aku harus jauh dari sini. Dia cuba melangkah lagi. Nafasnya tercungap-cungap seperti ada orang yang mencengkam tekaknya dan menghempap dadanya dengan bebanan yang amat berat.

            Tidak! Masa kau sudah tiba.
            Di sini?
            Ya. Di sini!

Tapi aku masih lagi jauh dari destinasi asal aku.  Beri aku sedikit masa lagi. Tolonglah. Beri aku sedikit masa saja lagi. Aku tak mahu mereka jumpa dia. Tolonglah, biarkan aku perbetulkan segala kesalahan aku!

Di sini. Janji kau di sini. Kau bukan lagi masalah mereka.

       Tapi...

Sudah! Ini janjimu! Bersedialah. Tuhanmu sedang menunggu.

Dia jatuh melutut. Dia semakin sukar bernafas dan setiap udara yang ditarik masuk semakin menipis. Sudah terlalu banyak dia ingkar pada arahan yang satu ini. Semoga Tuhan mengampuni dosa-dosanya. Semoga ayah dan ibu maafkan dia. Tubuhnya semakin lemah. Degupan jantung semakin perlahan, nafasnya semakin tersekat-sekat dan mulutnya tercungap-cungap cuba memaksa udara masuk ke paru-paru seperti seekor ikan yang jatuh ke darat.

Dia jatuh menyembah bumi, hanya mata yang berkelip-kelip memandang langit kelabu. Dia sudah bersedia. Alexandra dan Tuhan menunggu dia di atas.

Setiap kenangan dari dia kecil sehinggalah kini bermain di mata seperti dia menonton wayang gambar lama. Apa yang menyebabkan dia jadi begini? Semoga Tuhan ampuni dosa-dosaku. Ya, Tuhan pasti ampuni dosaku kerana Dia Maha Pengampun. Penuh cinta. Mulutnya menjongket sedikit menguntum sebuah senyuman. Ah, Alexandra. Dia rindukan kekasih hatinya. Alexandra tersenyum manis padanya. Dosanya telah diampuni. Masalahnya sudah tiada. Dia bukan masalah mereka lagi. Perlahan-lahan matanya terpejam, dadanya kaku, nafasnya sudah berhenti. Dia sudah bertemu Alexandra dan Tuhannya.








------------------------------------
FARHAM FARRIS
HARFISS ZIKIRULLAH

Farham FarrisDonde viven las historias. Descúbrelo ahora