lima

39 3 4
                                    


     



"Dia sempat curi apa-apa tak? "soal Harfiss sambil memegang lengan Am yang masih lagi terduduk di tepi keretanya.

Am menggelengkan kepala. Sekilas dia memerhatikan begnya yang hampir diragut terbaring disebelahnya. Talinya masih lagi melingkari siku kanannya. Memanglah hari ini bukan hari yang baik untuknya. Ada saja kejadian yang berlaku.


"Astaghfirullahalazim. " Kenapa aku berfikiran sempit macam ni? Setiap perkara yang berlaku adalah atas kehendak dan izin- Nya. Tak ada kena mengena dengan hari baik atau tidak. Ini hanya satu ujian Allah pada dirinya, takkanlah dia nak slahkan hari sebab itu.


"Boleh bangun ke tak ni? " soal Harfiss lagi. Dia mengerutkan dahi. Kebetulan dia juga meletakkan kereta di situ sewaktu dia mendengar jeritan nyaring yang mengalahkan siren ambulans dan melihat Am sedang hebat 'bertarik tali' dengan seorang peragut. Harfiss yang arif dengan kejadian ragut di Johor Bahru yang semakin menular saban hari.


"Kau tak apa-apa? Mari aku bantu kau"kata Sarah pula. Suaranya sedikit serak kerana menjerit kuat tadi. Semangatnya yang tadi hilang kini sudah kembali. Dia mencangkung disebelah Am dan cuba menolong sahabatnya berdiri.


Dengan perlahan Am bangun sambil dibantu oleh Sarah. Lengan kanannya terasa ngilu dan berdenyut-denyut kuat. Mesti tak lama lagi lengannya itu akan lebam. Kuat juga dia bermain 'tarik tali' dengan lelaki yang cuba meragut begnya tadi.


"Apa yang awak fikirkan tadi? Cuba nak melawan peragut, uhh! Awak tahu tak dah berapa orang mangsa mati sebab berlawan dengan peragut hanya kerana nak menyelamatkan beg tangan? " Dahi Harfiss masih lagi berkerut. Sungguh dia tidak faham dengan tindakan Am yang mahu melawan dengan peragut. Badannya yang kecil itu bukan lawan untuk oeragut yang tinggi dan sasa. Dia ingat dia tu siapa? Super Woman? Cat Woman? Tiger Wood? Dah dah la... Mengarut pula!!! HAHAHA.


"Lain kali lepaskan saja dan terus buat laporan polis. Biar pihak polis yang tangkap peragut. Itu tugas kami. Yang awak nak melawan buat apa? Duit boleh dicari. "Harfiss terus berceramah panjang.


Am mengambil nafas panjang dan mengeluh kuat. Dia mendongak memandang wajah Harfiss. Matanya bersinar marah. Wah! Aku yang dalam musibah ini pun sanggup kau berceramah? Sampai hati sungguh! Sombong! Kerek! Ingat dia hero ke? Hero datang lambat! Aku juga yang melawan dengan peragut tu! Kau tahu tak peragut tu cuma takut baju biru kau dengan paku-paku yang melekat kat bahu dada lengan kau tu aje sebenarnya.


"Yalah Am. Kau tak patut lawan peragut tu. Lepaskan aje beg tadi. Nasib baik dia nampak Tuan Harfiss ni dan lari. Kalau tak... "Sarah mengeluh. Dia mengurut dada. Huh! Sungguh dramatik sekali.


Am mengeluh buat kedua kalinya. Hai! Sarah, antara sahabat dengan jantan, kau pilih sokong jantan juga ye!


"Tak apa. Perkara dah berlalu. Aku pun tak apa-apa. Beg aku dan isinya juga selamat. " balas Amp perlahan serta sinis. Matanya terus merenung tajam raut muka Harfiss.

"Mari ke Balai. Buat laporan polis. " ajak Harfiss. Dia membalas pandang. Tikaman sinar matanya tajam. Memberi arahan.

Am berpaling lalu berkata, "Tak apa. " Tipikal seorang wartawan. Menurut arahan itu seperti satu pantang larang yang paling keras!


                                                  




                                                        ΠΠΠ








Farham FarrisWhere stories live. Discover now