tiga

45 3 0
                                    






Dalam banyak-banyak bilik air kat bangunan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor ni, macam mana la Si Sarah tu boleh tersalah masuk ke dalam bilik air lelaki? Pelik bin Hairan... Tapi itu kenyataan.. KENAPA boleh tersalah pulak? Padahal dah terang benderang di pintu diletak tanda ikon lelaki hitam lagi macho plus hensem, tapi yang itu jugak dimasukinya. Sarah ni dah keliru ke yang mana bentuk lelaki dan perempuan ni?...

Kemudian, apabila disuruh masuk untuk mengambil semula pita rakaman yang ditinggalkannya, dia tidak mahu pula. Terpaksa la juga aku yang masuk. Sudahnya aku yang terhendap-hendap menolak pintu biru, rasa dah macam pencuri dah. Pencuri masuk dalam bilik air nak mencuri?? Nak buat apa. Sudahlah bangunan Balai ini lengkap dengan bilik soal siasat dan lokap, kan tak pasal-pasal tidur dalam longkap atas kesalahan mencuri masuk ke dalam bilik air lelaki. Ish! Sarah ni!

Mata Am meliar menscan bilik air. Akhirnya barang yang dicari dijumpai di tempat yang dikatakan oleh Sarah. Di atas alat pengering tangan. Dengan pantas mencapai alat perakam tersebut dan berpusing untuk bergegas keluar. Tiba-tiba dia terdengar suara orang sedang berbual. Suara lelaki. Tiga orang.

Jantung Am berdegup rancak. Tanpa sempat berasa nervous, dia cepat-cepat menolak pintu bilik kecil dan terus mengunci diri didalamnya. Serentak dengan pintu bilik air dibuka, Am cepat-cepat menolak penutup tandas duduk dan mencangkung di atasnya. Dia memasang telinga. Merasakan pintu bilik kecil didalam bilik air disebelah bilik kecilnya ditolak. Am cepat-cepat menekup mulut. Matanya dipejam rapat. Entah kenapa dia buat begitu, mungkin dia takut lelaki di sebelahnya tahu akan keberadaan seorang perempuan tersesat ke dalam bilik air lelaki. Walau apa pun sebab tidak rasional yang dirasai Am waktu ini, dia terus menekup telinga dan memejamkan mata sehinggalah sayup-sayup kedengaran bunyi pam tandas ditarik dan daun pintu bilik kecil sebelahnya dibuka.


     "Kau ni Harfiss, cepat-cepatla kahwin, umur tu kian hari kian meningkat. Kau nak tunggu siapa nak jadi permaisuri kau? Puteri dari kayangan ke apa? "

Am meletakkan tangan atas lutut. Heh? Perasaan takut terus menerus hilang dan diganti kan pula dengan perasaan ingin tahu. Harfiss? Pegawai polis yang Sarah kata ala ala Arab tu ke? Nampak gaya sama masalah dengan Sarah juga. Masalah kahwin. Am tersengih. Dia terus memasang telinga.

Harfiss tersengih. "Banyak sangat calon ni sampai aku pun susah nak pilih. "

---Huish..... Berlagak... 😒..Nasib baik muka hensem... Cehh---

     "Kau ni sanggup berhabis duit bawa awek dating sana sini. Berdosa tau tak bawa anak dara orang ke hulu ke hilir tanpa ikatan. "kata Farhan.

    "Wah! Terer kau, Paan. Sejak dah nikah ni, suka sangat bagi nasihat kat kita orang yang bujang ni"balas Aiman.

Mereka ketawa.

      " Bukan apa Fiss, Man, aku pun bimbang juga pasal korang berdua ni.... Lama kot membujang. Yang kau ni Fiss, kan dah nak pindah KL. Memandangkan aku dan Si Man sebagai kawan baik kau kat sini dan kau pulak kat sana, mesti sunyi. Kalau kau nikah cepat-cepat, tak ada lah kau rasa sunyi sangat. Adalah peneman untuk kau kat kota raya besar tu. "suara Paan lembut memujuk.

      "Alah, apa beza Bandaraya Johor Bahru dengan KL tu. Sama aje. Orang jahat dia pun sama, entah-entah kurang sikit kot daripada JB ni. "

      "Tu, cuba kau ngurat si wartawan tu... Siapa nama dia? Alah... yang selalu telefon kau nak dapatkan berita tu? "Usul Aiman pula.  

     "Sarah? "

Bulat mata Am mendengar nama Sarah disebut. Wah! Glamor sebenarnya kawan aku ni!

Farham FarrisWhere stories live. Discover now