lapan:bhgn II

12 2 0
                                    



"Nah!  Selesaikan ni. " Ketua Am mencampakkan sekeping kertas putih yg baru keluar drp mesin faks ke atas meja.

Am mengerutkan dahi. Dia baru saja menyiapkan berita keenamnya -5 saat yg lepas- dan sekarang sudah dapat lagi tugasan yg ketujuh! Wah! Memang mendera sungguh ketuanya ini. Huh, kalau ada anugerah pekerja yg paling dedikasi pasti dia yg layak untuk menerimanya. Bravo! Dia mengerling ke arah jam dinding. Lagi 20 minit pukul 7 malam. Dia mengeluh. Perutnya sudah dari tadi mintak untuk diisi. Dah macam mendendangkan lagu rock aje bunyinya. Dia baru saja berkira-kira hendak berhenti di food court di hypermarket sebuah pusat membeli belah, tapi nampak gaya terpaksa lah dibatalkan. Dia mengeluh lagi.


"Orang hilang pun saya kena buat hari ini jugak ke bos? "rungut Am. "Esok tak boleh ke? "

"Nanti saya bagi assignment Badrun, baru awak tahu" ketuanya membalas dgn ugutan.

Am mencebik bibir. Dia kembali menghadap komputer. Bagi dua ratus ringgit pun dia tidak mahu ambil tugas Badrun sbb malam ini Badrun ke rumah Menteri Besar. Ada acara makan². Dan tugas Badrun adalah untuk memasang telinga tentang apa-apa isu yg boleh dibuat berita susulan.

Kalaulah tugasan itu diberikan kpdnya, sudah pasti Am mati kutu. Terpaksalah satu hari suntuk dia terpacak dgn komputer nak mencari bahan yg boleh dibuat berita susulan, tapi Badrun memang suka tugasan politik dan pengetahuan politik dlm negerinya memang tip top!

Ah! Bukan susah sangat pun buat berita pasal orang hilang, paling tinggi pun empat perenggan saja. Am menarik kertas putih lalubtanpa membaca tulisan atas kertas putih itu dia mula menaip tajuk atau slug FHILANG untuk beritanya.

Am suka meletakkan abjab permulaan namanya untuk setiap tsjuk berita yg ditulis. Sambil menyanyi kecil, Am membaca kertas hebahan akhbar tentang orang hilang yg dikeluarkan oleh Polis Johor Bahru Selatan dan mula menaip...

Johor Bharu: Polis sedang mencari waris lelaki berbangsa Cina yang ditemui mati di bandar raya ini dua hari lepas.
         Daripada bedah siasat yang dilakukan, Leong Siew Choon 27 tahun, berasal dari Segambut, Kuala Lumpur meninggal dunia kerana diserang sakit jantung secara tiba-tiba.


Am mengerling sekilas pada kertas putih. Jarinya masih lincah menari-nari atas papan kekunci. Gambar kelabu wajah Leong Siew Choon yg pastinya disalin drp gambar kad pengenalannya itu menarik perhatian Am. Dia mengerut dahi. Wajah itu seperti pernah dilihat sebelum ini,  tapi dia tidak ingat dimana. Lama dia merenung gambar tersebut, sehinggalah Si Chandra, wartawan sambilan menegurnya.

"Oi! Tenung kertas macam mau makan, "tegur Chandra atau nama penuhnya Chandra Vapan A/L Muthu sambil tersengih.

Am membalas dgn senyuman. "Memang laparlah, Chandra! "jawab Am lalu segera bangun menuju ke bilik jurugambar yg terletak dihujung pejabat. Dia mencari Sami, Si jurufoto yg dia lihat tadi sedang enak makan karipap. Enak² sahaja Sami membaca majalah dibilik yg punya alat penghawa dingin seperti dom bilik mayat di hospital. Sejuk dan beku!

"Sami, "tegur Am pada lelaki berusia awal empat puluhan itu. Berbadan kurus dan tinggi. Sami memang kacak walaupun sudah punya anak empat. Isterinya Hazra bertugas sebagai guru sekolah rendah.

"Kau ada tak terima gambar scanned drp Polis Selatan?"soal Am lagi.

"Pasal apa? " tanya Sami. Karipap ditangan cepat-cepat diletakkan diatas majalah lalu dia menepuk-nepuk tangan membuang habuk² karipap yg terletak dijari. Tanpa bangun, dia menolak kerusi beroda lima mendekati sebuah komputer yg terletak di tepi dinding. Sami menekan punat atas papan kekunci. Gambar² terbentuk thumbnails terpapar di skrin komputer, "Mug shot orang yg dijumpai mati tu ke? "

Am angguk kepala.

"Kenapa? Bos nak aku hantar KL sekarang ke? Apa slug kau? " soal Sami. Tangannya lincah menarikan tertikus sambil memicit punst kiri dan kanan.

"Slug aku FHILANG. Tapi aku belum siapkan lagi story ni. Aku cuma nak tengok gambar orang tu dulu ", balas Am. Dia menarik sebuah kerusi biru beroda lima mendekati Sami yg merenung komputer.

"Kenapa? Kawan sekolah kau ke? "Sami ketawa terkekek-kekek. Geli hati dgn lawak jenakanya sendiri.

Am tersengih. "Baru dua puluh tujuh tahun dah mati sbb sakit jantung. Maknanya aku pun kenalah bersedia dari sekarang. Tak pasal² aku pun boleh kena heart attack. "

"Huk alah! Nah, inilah orangnya. "Sami membesarkan saiz gambar. "Kesian... Muda² dah mati. "Dia menolak kerusinya kebelakang menuju ke meja yg terletak ditengah-tengah bilik lalu kembali menyelak majalah fotografi kegemarannya.

"Kalau dah ajal. Muda ke tua, tiba masa kena panggil menghadap Tuhan. "balas Am perlahan. Dia merenung gambar lelaki berbangsa Cina itu.

Jantungnya berdegup kencang. Terasa hormon adrenalina terhambur diseluruh badan ibarat paip air yg dibuka tiba-tiba. Memang benar firasatnya. Memang dia tidak salah orang.

Itulah lelaki yg cuba meragutnya ditempat letak kereta bawah tanah tempoh hari. Lelaki yg tersenyum kecil lalu mengenyitkan mata, sebelum melarikan diri tanpa sempat meragut beg yg mengandungi pelbagai khazanahnya itu. Dialah lelaki peragut itu. Lelaki yg mati tiba-tiba akibat serangan jantung. Dan nama lelaki itu ialah Leong Siew Choon.



----------------------------------------------------------------
HIJRAH!!!
Jadikan setiap minit dalam hidup itu sebagai satu titik permulaan ke arah yang baru. Tidak pernah ada istilah terlambat kecuali hanya kamu yang tidak mahu memulakan.


Farham FarrisWhere stories live. Discover now