lapan: bhgn I

15 1 0
                                    





_________________________________________


Seorang pemuda yg duduk didalam kereta pacuan empat roda yg tidak jauh dari situ sedang merenung dgn tajam pasangan yg berbual ditempat letak kereta. Sudah lebih tiga jam dia menunggu disitu akhirnya muncul jua orang yg dinantikan.




Susah benar dia hendak menjejaki gadis yg sedang masuk ke dalam  kereta kelisa itu. Dari satu tempat ke satu tempat dia mencari, akhirnya terserempak juga adgn tuan empunya kereta kelisa yg diparkir tidak jauh dari Danga Bay. Pemuda itu menekan speed dial dan menunggu panggilan disambut.



"Dia sudah bergerak dari Danga Bay, "katanya. Pemuda itu menerima arahan dari hujung talian. Dia terus mencampakkan telefon bimbit di tempat duduk kosong disebelahnya. Matanya tidak lepas memerhatikan pemilik kereta kelisa yg berwarna merah hati.



Kereta kelisa yg berwarna merah hati itu terus menyusur laju atas jalan. Walaupun sudah lewat malam,keadaan lalu lintas masih lagi sibuk dengan kenderaan. Tapi pemuda itu tidak mempunyai masalah untuk mengekori kereta kelisa itu kerana dia tahu tujuan pemandunya. Pasti wartawan itu hendak pulang ke rumahnya dan dia ditugaskan mengekori wanita itu saja! Tugasnya hari ini adalah menjadi pemerhati saja. Satu tugas yg membosankan!!!




Kereta kelisa itu membelok masuk ke satu selekoh. Deretan rumah kedai di tepi jalan sudah melabuhkan tirai masing². Stesen pam minyak pun turut bergelap. Pemuda itu terus mengekori kereta kelisa di hadapannnya dan membuntuti kenderaan tersebut.


Dia menghembuskan asap rokok dari tingkap yg sedikit terbuka. Ia satu kerja yg sangat membosankan tapi apa nak buat ,arahan sudah diberikan. Puntung rokok kemudian dilemparkan ke luar tingkap. Dia menekan punat automatik menutup cermin tingkap sepenuhnya. Penghawa dingin dikuatkan sedikit. Kereta kelisa dihadapannya memperlahankan kelajuan dan lampu isyarat ke kiri berkelip-kelip. Si pemandu terus membelok ke Jalan Permai 7,menempuh sebatang jalan perumahan yg sunyi.



Pemuda itu terus memberhentikan kenderaannya ditepi jalan. Dari jauh dia melihat pemandu kereta kelisa keluar daripada kenderaannya lalu membuka kunci pintu pagar rumah. Dgn cermat pemandu tersebut mengundurkan kenderaannya masuk kedalam halaman rumah. Setelah memastikan kenderaannya berkunci, si pemandu keluar dan mengunci semula pintu pagar sebelum masuk ke rumahnya.



Pemuda tadi menyandarkan badan. Dia mengeluarkan kotak rokok drp poket baju dan sebatang rokok dikeluarkan. Dia menekan soket cigarette lighter lalu menyalakan rokok yg dijepit di bibir. Dia menarik asap rokok dengan dalam. Dalam suram malam, yg kelihataana hanyalah bara puntung rokok berwarna merah setiap kali dia menyedut dalam² asap rokok. Terasa nikmat apabila asap yg bersulam tar dan nikotin masuk memenuhi ruang peparu yg mungkin sekarang sudah penuh dgn jelaga dan keras.



………………………………………

Farham FarrisWhere stories live. Discover now