dua

78 3 9
                                    

Enjoy....


Sidang akhbar berjalan hampir dua jam setengah. Kumpulan wartawan  berpusu-pusu mengajukan soalan kepada CPO. Am terus mencelah di antara para jurugambar  untuk mengambil gambar kampit2 dadah dan senjata-senjata yang tersusun diatas meja. Kecoh sebentar dewan taklimat dengan suara jurugambar meminta Datuk Farid Mahadi berposing dengan barang2 rampasan dab bunyi petikan kamera silih berganti.

Selesai menyelesaikan tugas mengambil gambar, Am segera memasukkan kamera dan pita rakaman ke dalam beg. Pegawai2 polis pula tidak menganggu tugas para jurugambar, hanya memastikan yang barang2 bukti di atas meja selamat.

     "Kau nampak pegawai polos tu? "
     "Yang mana? "
     "Yang tinggi tu. "
     "Yang muka ala-ala Arab tu ke? Dia bahagian narkotik kan? " tanya Am lagi.
     "Haah, Si Harfiss tu. "
Am memandang lelaki yang sedang berdiri memerhatikan anak2 buahnya melayan para jurugambar yang masih lagi sibuk dengan tugas masing-masing. Wajahnya kelihatan serius. Dia kemudian mengangkat tangan memberi isyarat yang mereka harus menyimpan semula kampit2 dadah untuk dijadikan bukti di mahkamah.

      "Dengar kata hari ini hari terakhir dia kat sini. Esok dia kena pindah ke KL, tukar bahagian. Pergi ke bahagian Interpol, "cerita Sarah. Mereka terus berjalan meninggalkan dewan taklimat.

Am mengangkat tangan dan tersenyum mesra kepada pegawai-pegawai polis yang dikenalinya. "Mana kau tahu? Contact kau ke? "tanya Sarah. Am hanya tersengih. Dia tidaklah kenal rapat dengan pegawai polis yang dikatakan oleh Sarah itu, tapi dia pernah juga beberapa kali berurusan dengan beliau atas dasar kerja. Orangnya memang tegas. Susah nak dapatkan maklumat daripadanya. Hanya orang-orang yang terpilih saja yang boleh mendapatkan maklumat daripada beliau. Itupun tidak penuh maklumatnya.

      "Hai, aku kan wartawan, mestilah aku tahu nak dapat berita, "balas Sarah tersengih.

      "Dia tu berat mulutkan? Aku ada pernah juga cuba contact dia dan nak dapatkan info yang aku nak tapi hampeh, dia pun tak pernah return call"cerita Am.

      "Eh ye ke? Dengan aku tak pulak macam tu. Aku selalu dapat contact dia dan dapatkan info yang aku nak"balas Sarah. Matanya melirik  kearah anggota polis yang berpangkat timbalan pesuruhjaya yang bernama Harfiss itu.

     "Oh! Tuah kau la tu... Agaknya dia tak suka aku la tu. Mungkin dia memilih kot. Yalah aku ni manalah tau nak tergedik-gedik nak dapatkan berita"

       "Hoi! Sedap mulut kau kata aku gedik.. Aku gedik ke?  Cakap siang pandang-pandang ye makcik! "

Am ketawa kecil. "Eh eh! Sorryla kalau kau terasa. Maksud aku, dia tak suka akulah tu. Aku kan kasar, tak macam kau lemah lembut. "

Sarah turut ketawa. "Yalah, kau tu pun satu. Kasar sangat. Cuba la lemah lembut sikit kalau nak dapat berita. Polis2 ni kadang2 mengada-ngada, kita kena la pandai ambil hati dia orang. "kata Sarah lagi.

    "Bagi aku senang jer. Kalau tak nak bagi maklumat. Baik aku cari yang lain. Tak guna tunggu maklumat dari satu sumber saje kan"

     "Aku rasa sebab tu lah agaknya dia tak layan kau. Sebab kau tu resourceful. Ada aje jalan nak dapatkan maklumat tambahan"kata Sarah sambil tersengih. Mereka Agak rapat tapi ada masanya Sarah gerun juga dengan sikap Am walaupun Am sebenarnya bukanlah wanita yang agresif. Kalau tengok orangnya, memang tak ada yang menyangka di sebalik wajah yang innocent dan selamba itu, terselit satu spirit yang sukar digugat. Kalau dia sudah nekad untuk melakukan sesuatu, dia akan pastikan yang dia dapat apa yang diingini. Mungkin juga sebab sudah terdidik untuk berdikari sejak kecil lagi. Bagi Sarah, Am adalah contoh wanita yang tidak mudah give up.

Am tersengih lagi. "Maybe jugalah kan. Dah dia tak nak layan aku... Why bother menyusahkan diri.. Baik terus cari yang lain yang sudi layan aku dan bagi maklumat yang aku nak. "

--why bother korang... Why bother... Hahaha... 😂--

       "Eh! Kejap.. Aku nak pergi bilik air dulu. Kau tunggu kejap bolah tak? muka Sarah berkerut-kerut. Dia meminta diri meninggalkan Am di koridor dan bergegas menuju ke bilik air.

Am menyandarkan badan di dinding koridor, memerhatikan rakan2 yang lain meninggalkan bilik taklimat.

     "Oi! Apasal tak balik lagi ni? "
Am tersengih memandang wartawan Utusan Malaysia, Nadia Azizi. "Tunggu Si Sarah. Dia ke bilik air. "

      "Banyak betul dadah tadi tu ye?  Bayangkanlah kalau syabu bentuk kristal tu harganya dalam RM200000 hingga RM300000 seKG, huish! Mesti sekelip mata aje tauke dadah tu jadi Billionaire, "kata Nadia sambil tersengih mengira untung.

      "Kenapa,?Kau nak tukar profesion ke? Nak jadi tauke dadah pulak? "Am mengusik.

     "Terima kasih aja lah. Aku sayangkan nyawa dan kerja aku.  Aku tak nak buat kerja hina dan mati mandatori "kata Nadia sambil mencebik. "Eh, aku balik dululah! Nanti bising pulak bos aku tu. Dia bukannya boleh tak tengok muka aku satu hari kat pejabat"kata Nadia sambil melihat jam ditangannya.

   "Dia sayang kat kau tu, sebab tu dia selalu nak kau ada depan matanya"balas Am sambil ketawa mengusik.

   "Sayang la sangat! Dia tengah kelam kabut tu sebab tak ada lead story untuk Johor hari ni"balas Nadia pula.

 

Am masih berdiri di koridor menantikan Si Sarah. Akhirnya orang yang ditunggu-tunggu tiba sambil tersengih-sengih memandang Sarah. "Sorry la Am.. buat kau tunggu lama. "

   "Nasib baik la aku ni kawan kau, kalau boyfriend kau, dah lama kena tinggal agaknya "ujar Am melawak. Mereka berjalan beriringan di koridor.

     "Alaaa... Am, kau bukak topik sensitif la pulak"rungut Sarah.
     "Sensitif apa hal pulak ni?  Topik kahwin? Hah! Carilah boyfriend cepat-cepat. Lepas tu ajak kahwin"usik Am lagi. Dia tersengih melihat wajah sahabatnya yang tiba-tiba mendung.

      "Aku ni tak lawa la Am.  Tak dak sape yang nak. "

       "Laa... Kesitu pulak. Kau ingat asal laea je senang nak dapat boyfriend? Sekarang ni orang dah moden la Sarah. Laki muda dari isteri pun.. Orang dah tak kisah sekarang ni"pujuk Am sambil melawak.

     "Tapi orang lelaki kat sini masih lagi macam dulu. Dia orang pandang kecantikkan daripada ketulusan seseorang wanita tu"kata Sarah lagi. Dia mengeluh. "Kalau dalam cerita Jepun, Korea, China tu, tak lawa tak lawa pun nanti ada jugak lelaki kedua yang minat kat heroin. Masa tu barulah hero terhegeh-hegeh nakkan heroin balik. Tapi, macam aku ni, bukan takat tak dapat kejar hero, tak ada hero kedua pun yang nakkan aku. "

    "Kau ni Sarah, banyak sangat tengok cerita Korea dan Jepun. Kan dah terpengaruh. Itu kan cuma lakonan sahaja, mainan pengarah dan penulis skrip je."

    "Alah, cerita pun banyak yang dia orang ceduk daripada realiti. Hmm... Macam mana ni Am? Umur dah berganjak naik, tapi satu boyfriend pun aku taj ada nak bawa jumpa ibu bapa aku. "

Am tersengih. "Ada lah tu jodoh kau. Usahalah dari sekarang. "

    "Tak ada siapa nakkan aku Am. "Sedih saja suara Sarah mengadu nasib kepada Am.

      "Alah, sedangkan artis pun kahwin bercerai-berai... "
      "Lagilah aku sedih, tu artis yang sentiasa melawa, aku ni? Dah lah harta tak ada, tak popular, rupa pun tak ada"pintas Sarah.
      "Tu mulut, hidung, mata tu bukan rupa ke? Bayangkan hodohnya muka kau kalau tak ada semua pancaindera tu"ujar Am, mengusik lagi.
      "Eh! Betul jugak kata kau tu yaa? "Sarah ketawa geli hati, jangtung, buah pinggang dan bla bla bla..

      Tiba-tiba ketawa Sarah terhenti. Matanya bulat memandang Am.

      "Hah! Apa pasal pulak ni? "
     "Aku tertinggal alat perakam dalam bilik air! "













Farham Farrisजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें