tujuh

30 3 0
                                    





"Habis.. Kau tak buat report polislah? "
"Malas"
"Kau kan wartawan, kau tahu mana bahaya mana tidak. Perkara macam ni bukannya remeh-temeh. " Daniel mula membebel. Wajah sahabatnya direnung dgn kesal.

"Aku selamatlah, Danny. Barang-barang aku pun selamat. Buat apa aku nak tambahkan kerja aku dgn hal polis kat Balai tu. Entah-entah mereka senang hati aku tak buat report. "

"Tak elok kau buruk sangka macam tu, Am. Sudah kerja mereka utk menyelamat dan melindungi orang ramai macam kita. Setiap kejadian curi atau jenayah macam ni perlu dilapor supaya lebih mmudahkan kerja mereka menjejaki penjenayah tu. "

Am angkat tangan dan letak jari di dahi, menabik. "Baik tuan! "dia berseloroh.

Daniel tersengih. Ini yang dia malas hendak bertekak dgn Am. Kadang-kadang dia terfikir macam manalah dia boleh dpt sahabat macam ni.

Kebudak-budakan...

"Pukul berapa kau akan bertolak ke KL, Danny? "
Soalan berubah arah.

"Lepas aku jumpa kau ni, aku siap-siaplah nak pergi. Flight aku dalam pukul sepuluh lima puluh lima pagi. Biasalah nak kena check-in dua jam sebelum tu. "

"Berapa lama kau kat sana? "
Cemburu juga dia dengan Daniel. Lepas habis sekolah menengah, terus ke universiti untuk ijazah kemudian kerja setahun dua bosan makan gaji, terus saja menyambung pengajian di peringkat sarjana dan kini dalam usia 26 tahun sudah pula melangkah untuk meneruskan pengajian tertinggi dlm bidang akademik-PhD  dan apabila pulang nanti pasti dia kan dpt title 'Dr.' pada awalan namanya; Dr. Daniel Danne Van Arkel. Wah!

"Biasalah Am. Kalau buat PhD ni, sekurang-kurangnya tiga tahun. Tapi, kalau nasib tak menyebelahi terpaksalah duduk negara mat salih bersalji tu sampai empat tahun. "jawab Daniel sambil tersengih mengusik.

"Seronok lah kau. Jangan malas belajar sebab duduk lama main salji sudahlah. Aku pun ada saham hantar kau mengaji jauh-jauh kat sana, jangan nak main-main pulak. Aku tak halalkan duit aku tu baru kau tau"balas Am beri amaran.

"Yalah, kau ingat senang ke nak tanggung amanah berjuta-juta rakyat Malaysia ni?  Isy!  Takkanlah aku nak main-main " jawab Daniel lalu mencebik bibir.

Am ketawa. "Aku tahu, kau memang serius dan bertanggungjawab orangnya. Hmm... jadi, tiga tahun lagilah baru aku jumpa kau balik ye? Nak bawa balik puan mata biru jugak ke? "
 

Meletus ketawa Daniel mendengar soalan yang diajukan oleh Am. "Jenuhlah aku nak mengajar dia makan belacan. Tak payah! Kalau kau sanggup bersabar, tunggu aku tiga tahun lagi. Aku ambik kau jadi isteri. Boleh? "Dia angkat kening berkali-kali.

Kali ini Am pula yang ketawa. Jantungnya berdegup kencang. Danjel memang suka benar menyakatnya dgn kata2 macam ni. Entah betul entah tidak.

"Yalah kau nak ambik aku sbgai isteri. Sanggup ke kau nak beristerikan aku ni? Sudahlah gaji ciput, masa kerja pun tak menentu. Karang tak makan pula suami aku ni. "Am mengusik. Jangan Daniel, jangan usik aku lebih-lebih! Nanti aku juga yang merana, mengharap pada buah yg takkan gugur.

Siapa yg pandang Daniel pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Bukan aku seorang saja yg minat pada Daniel dalam diam-diam, rasanya hampir semua kawan perempuan sekelas dahulu minat pada Mamat seorang ni. Sudahlah hensem, tinggi dan berkulit cerah;  bijak dan sopan santun orangnya. Pendek kata, cukup package lah Si Daniel ni, memang sesuai utk jadikan calon suami mithali.

Daniel tersenyum kelat. Orang bersungguh, dia main2 pula! Susah benar nak memikat hati Am, hitungnya dlm hati. "Engkau tu, memilih sngt! Kau ingat senang ke aku nak buat tawaran macam ni. Sekali kau tolak,  takkan ada tawaran kedua"balasnya. "Eh! Ada. Aku boleh buat tawaran sampai empat kali kan? "

Am jelir lidah. "Sudahlah kau Danny. Ni pukul berapa kau nak balik ni? Nati tak sempat pula nak bersiap pergi ke airport. Siapa yg kau salahkan? Aku juga! "Am pura2 merajuk. Malas dia nak melayan cakap Si Daniel.

"Okeylah. Aku tahulah kau dah muak tengok muka aku ni. Tapi lepas ni mesti kau rindu gilalah kat aku. Yalah, siapa lagi yg kai nak ajak supper tengah-tengah malam buta ni kalau aku dah tak ada di sini? "seloroh Daniel. Memang dia selalu jadi mangsa temankan Am makan malam apabila gadis itu terpaksa mbuat kerja lebih masa.

Bukan Daniel tidak tertarik dgn Am. Bertahun-tahun mengenali gadis didepannya ketika ini, sedikit sebanyak dia dpt juga menilai hati budi anak yatim piatu ini. Sebagai seorang sahabat, Am memang setia dan tahu batas-batas dlm persahabatan. Pekerja yg penuh dedikasi walaupun kadang-kadang nampak terlalu relaks.

Walaupun masih kurang daripada segi agama, Am sentiasa maju memperbaiki dirinya. Itulah satu sikap Am yg paling Daniel suka. Sentiasa mahu memperbaiki diri sendiri.

Tapi...

Ada sesuatu yg mbuat dia geram dgn Am ni, apabila gadis itu sentiasa buat-buat tidak faham apabila dia mahu menyuarakan isi hatinya kpd Am. Sering saja terbantut. Apabila buka saja topik hati dan perasaan, gadis itu pasti menolak.

Hailah, Am!  Moga2 hatimu yg keras bak batu itu akan dpt dilembutkan suatu hari nanti. Dan aku berharap Allah makbulkan doaku supaya akulah lelaki yg akan berjaya lembutkan hati kau. Aku akan jadikan kau suri hatiku, jaga kau sebaik-baiknya. Hatimu yg lembut akan ku belai selalu dgn jiwa ku, rambutmu yg hitam lurus itu akan aku lindung dgn kerudung sutera, sesuai dgn fitrahmu sebagai Muslimah. Dan aku suamimu sebagai panjaga maruahmu.

"Udah, udahlah... Tak usah berangan lagi. Kau tunggu sini dulu, aku pergi bayar makanan. "suara Am menyentak lamunan Daniel.

"Duduk ajelah. Panggil saja pelayan bawa bil. "
"Lambat! "

Daniel hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Dia melepaskan pandangan ke arah taman Danga Bay yg masih lagi dilimpahi dgn warna warni cahaya lampu. Pantai yg sudah diberi makeover yg berkos berjuta-juta Ringgit Malaysia itu menarik pengunjung drp pelbagai peringkat umur. Kalau siang, ia dipenuhi dgn warga kerja yg ke sana utk menikmati makan pagi atau tengahari. Di waktu petang atau hujung minggu, ramai pula keluarga yg beriadah di situ. Dan diwaktu malam-malam sebegini, pasangan muda mudi pula yg mjadi pengunjung setia bermadu kasih.

Huh!  Buat maksiat aje! Lepas tu kalai yg si gadis terberanak, kat situ jugalah mereka membuang janin. Tak takut dosa. Daniel geleng kepala. Malah Am sendiri memberitahunya hampir setiap bulan pasti akan ada mayat bayi yg baru lahir dijumpai terapung-apung di Pantai Lido.

      Pandai buat, pandailah tanggung!

"Ni apa yg kau membebel seorang diri ni? "tegur Am apabila dia melihat sahabatnya itu berkerut-kerut muka merenung Danga Bay di seberang jalan.

"Tak ada apa-apa. Aku cuma terfikir bilalah lagi aku dpt merasa duit kau belanja aku makan kan? " balas Daniel sambil tersengih.

"Tiga tahun lagi. Lepas kau habis belajar. "
"Kalau aku balik bercuti tahun depan, kau belanja aku makan tak? "

"Kalau kau balik tahun depan, kau lah yg belanja aku pulak. Teringin nak merasa duit Pound Sterling"balas Am mengusik. "Jomlah balik. Aku dah letih sangat ni. Esok nak kerja. "

Daniel tersengih lagi. "Terima kasih Am sebab belanja aku dinner. Kau memang seorang wanita yg baik. Aku rasa mesti aku kesunyian tanpa kau kat sana. "

Am telan air liur. Jangan Danny. Jangan masuk ke kawasan bahaya! Ayun langkah semakin dilakukan.

Mereka tiba di tempat meletak kereta. Daniel membuka pintu keretanya yg diparkir bersebelahan dgn kereta Am. Dia melemparkan senyuman manis ke arah gadis itu.

"Fikir-fikirkan juga cadangan aku tu ye? "

Am masih terkial-kial membuka pintu kereta kebingungan. "Cadangan apa? "

"Tunggu aku tiga tahun lagi? Untuk jadi isteri pada Dr. Daniel Danne Van Arkel. "

Erk! 






Farham FarrisDonde viven las historias. Descúbrelo ahora