CHAPTER 1

8.9K 279 9
                                    

Loceng sekolah sudah berdering menandakan waktu belajar sudah selesai. Membuat para pelajar SK Pulau Rintis berebut keluar dari kelas. Dengan semangat mereka berlari menuju rumah masing-masing sambil tertawa-tawa. Beberapa pelajar ada yang di jemput oleh orang tua mereka, dan beberapa pelajar balik dengan kawan-kawannya..tak terkecuali...

"Hari ni aku yang kalahkan kau, Boboiboy! Mengaku je lah"

"Suka hati kau je! Kau tengok sendiri kan aku yang sampai dulu."

"Mana ada? Kau tengok sendiri kan aku yang sampai dulu"

"Grrr"

Pemandangan yang sudah lumrah di kawasan Pulau Rintis setelah selesai loceng untuk menandakan waktu pulang sekolah, di mana seorang budak lelaki bertopi orennya bertemu dengan kawannya yang lebih tinggi daripanya berkacamata.

Ketiga kawan mereka, seorang gadis bertudung pink berhias dengan corak bunga, di sampingnya pula seorang gadis berkaca mata bulat dan juga seorang pemuda berbadan besar hanya menggeleng kepala setiap kali pegaduhan dua pemuda itu.

Bukan sahaja di sekolah, Boboiboy dan Fang selalu bergaduh setiap saat. Tentu sahaja Yaya, Ying dan Gopal tak pernah ambil tahu pasal pergaduhan antara kedua pemuda itu atau meleraikannya sehingga pergaduhan itu sudah selesai.

"Haiya..korang tak pernah nak berkawan elok-elok ke..dah banyak kali kami leraikan korang berdua tau..wo"Ying menghela nafas sambil berjalan di samping Yaya.

"Hmph!"Sekarang Boboiboy dan Fang hanya membuang muka.

"Aish..korang tak pernah ke rasa bosan asyik bergaduh sahaja. Kita orang dah naik bosan tengok korang bergaduh macam ni.."Yaya juga turut menghela nafas.

"Dey, korang nak selesaikan kerja sekolah sekali ke?. Aku rasa..perlu bantuan untuk siapkan kerja sekolah ni nanti".

"Ah bila kita orang siapkan kerja sekolah kita orang kau mesti tiru jawapan kami kan"kata Ying kepada Gopal yang hanya terkekeh.

"Ah, boleh juga..!! Kita buat dekat Koko Tiam Tok Aba je..!"

Yaya dan Ying kembali melihat Gopal yang setuju dengan rancangan Boboiboy kerana ia ingin membeli manisan coklat di kedai tersebut. Fang setuju sahaja tanpa bercakap apa dan terus berjalan mengikuti kawan-kawannya ke kedai Koko Tiam Tok Aba.

Sebuah kedai kecil yang berada di kawasan rumput hijau kehijauhan dan di dalam kedai tersebut terdapat Tok Aba yang sedang mengelap meja dan Ochobot yang sedang mengelap cawan.

"Asalammualaikum atok"

"Waalaikumsalam..ramai-ramai ni datang nak buat kerja sekolah ke?"sambut atok Boboiboy yang sudah berusia tetapi tetap sahaja kuat dan cergas.Keempat-empat kawan Boboiboy melontarka senyuman kepada atok Boboiboy dan terus mengelilingi sekeliling kedai Koko Tiam Tok Aba dan Boboiboy pula menolong sedikit kerja atoknya sebelum menyiapkan kerja sekolahnya.

"Aduhh,susah betul lah soalan nombor 35 ni! Yaya tolong lah lah aku siapkan soalan ni"kata Gopal kepada Yaya.


[][][][][][][]~~T.B.C.~~[][][][][][][]

BOBOIBOY:LOVE STORY [FANG X BOBOIBOY](COMPLETED)Место, где живут истории. Откройте их для себя