-1-

575 33 0
                                    

"Go eunbyul!".jerkah mrs.park. ini dah masuk kali ke tiga dia panggil tapi gadus dihadapannya ini masih nyenyak tidur.

"Go eunbyul,kamu bangun sekarang!!!".mrs.park sudah naik angin.rotan ditangan dihayun dan dihentak ke meja milik eunbyul.

PAKK!!

"ye?..apa cikgu??".eunbyul baru sedar dari tidurnya tapi masih lagi dalam keadaan mamai.

"Ada apa kamu tanya??..kamu tidur di dalam kelas saya..ni dah masuk kali kelima kamu tidur dalam kelas saya..".mrs.park membebel.seisi kelas sudah ketawa dengan perlakuan eunbyul.

"Kamu semua diam!!".terus kelas menjadi senyap sunyi dengan jeriran mrs.park itu.

"Saya minta maaf cikgu..".

"Kamu ni asyik nak minta maaf..tapi kamu buat lagi..kalau kamu tidur lagi sekali dalam kelas saya..saya takkan teragak-agak akan turunkan kelas kamu dan masukkan kamu ke kelas sebelah..".kata mrs.park panjang lebar.

Walaupun eunbyul selalu tidur didalam kelas dan kelihatan seperti budak malas,tapi dia adalah pelajar yang pandai dan berada di kelas yang pandai.dia taknak berada di kelas sebelah yang cikgu pun jarang-jarang masuk.

"Tapi cikgu..".eunbyul sudah mati kata.macam mana lah dia boleh tertidur di dalam kelas mrs.park ni.

"Tak ada tapi2..kamu mesti tingkatkan cara pembelajaran kamu..jangan asyik tidur saja..".mrs.park sudah beredar ke meja guru dan meneruskan sesi pembelajaran.eunbyul mengeluh.

Selepas lima minit,mrs.park keluar dari kelas.

"Asyik2 aku tertidur dalam kelas..mungkin aku selalu buat homework lewat malam..".kata eunbyul di dalam hati dan menongkat kepalanya.

Sedang eunbyul termenung sendiri dia terlihat wajah seorang lelaki.lelaki yang sentiasa membuat dia tersenyum.ianya suga.

Suga sedang bersembang dengan rakannya sambil tersenyum. wajah kacak suga itu selalu membuatkan eunbyul tersenyum.

"Suga oppa..comelnya awak senyum..".kata eunbyul perlahan sambil tersenyum.memang susah baginya untuk melihat senyuman suga kerana suga terkenal dengan wajah yang tiada perasaan dan susah untuk senyum.

Lelaki itu kacak dengan pakaian sekolah yang dipakainya.dengan jaket hitam yang tersarung di badannya itu membuat kulit putih suga itu makin terserlah. tangan suga berpeluk tubuh semasa bersembang dengan rakannya itu.seluar seragam sekolah yang berwarna coklat cerah itu menampakkan lagi kekacakkan suga.tak lupa juga kasut converse hitam yang dipakainya.habis dari atas sampai bawah eunbyul tengok.

"Weh,suga..budak nerd tu dari tadi tengok kau..sambil senyum2 pulak tu..".kata jhope merangkap teman baik suga di kelas itu.

Suga memandang gadis itu dan memberi jelingan tajam dan bibir tanpa senyuman.kelihatan eunbyul sudah gelabah dan berpura-pura membuat homework.suga memandang jhope semula.

"Alamak..dia perasan ke aku dok usya dia?!".eunbyul membetulkan cermin matanya dan berpura-pura membuka buku.

"Kau ni kan suga..aku tengok dah semakin popular lah kat sekolah ni..".jhope memuji dengan senyuman.

"Aku tak buat apa pun..aku pun tak kisahlah pasal popular ni..aku malas nak ambil tahu..". suga membuang pandang pada tingkap yang memaparkan sekumpulan pelajar lelaki junior yang sedang bermain bola keranjang.

"Kau nak main ke??..petang nanti aku ajak geng kita datang padang kita main sama2..".jhope juga melihat apa yang dilihat suga.

"Boleh juga tu..aku dah lama tak main..lama juga tak jumpa geng kita..".kata suga tanpa memandang jhope.

"Nanti aku call namjoon..kita main sambil lepak2..".jhope menayangkan gigi.seronok agaknya dapat jumpa geng.

***
Bersambung..

[c] Nerd Girl ; yoongi°Where stories live. Discover now