-26-

204 15 0
                                    

Eunbyul keluar dari kelas dan menuruni tangga.tujuannya ingin ke tandas.

Baru saja melepasi tangga,ada pula orang menghalang laluannya.

"Ya?".soal eunbyul dengan muka pelik.

"Kau tanya aku?..apa masalah kau sebenarnya ni?".soal hyomi.

"Masalah saya?".eunbyul masih tak faham.

"Yalah masalah kau..kau sengaja pakai cantik-cantik macam ni.. hanya untuk goda si suga tu..".

"Hah?..apa ni?".eunbyul sudah naik marah.sudahla dia tak faham apa yang berlaku,tiba-tiba pula dia dituduh.

"Haissh!!..kau ni kan!!..kau memang nak naikkan darah aku kan..dulu bukan main selekeh lagi..sekarang dah cantik..kau cuba nak lawan aku ke?".hyomi masih lagi tak puas hati.

"Apa ni?..saya tak kenal awak ni siapa..tiba-tiba datang marah-marah saya..tuduh-tuduh saya pula..suga tu siapa pun saya tak kenal..sudahlah..".eunbyul menolak tubuh hyomi sehingga hyomi terdorong ke belakang.

Eunbyul terus perjalanan ke tandas dan sempat memberi jelingan tajam ke arah hyomi.

***
Eunbyul mengemas barang-barangnya untuk pulang.beg digalas dan dia melangkah keluar dari kelas.

Dia berjalan kaki ke rumahnya. pagi tadi ke sekolah pun dia berjalan kaki.rumahnya pun dekat saja.

Eunbyul memberhentikan langkahnya apabila terlihat tiga orang pelajar lelaki berada dihadapannya seperti menghalang laluannya.

Eunbyul hanya buat tak tahu dan cuba berjalan melepasi mereka.

Tiba-tiba saja tangan eunbyul dipegang.

"Hey,pretty girl..".lelaki itu tersenyum.

"Apa ni?".eunbyul cuba melepaskan pegangan lelaki itu.

"Jangan lah kasar sangat..".lelaki itu menyentuh pipi eunbyul.

Dua lagi pelajar hanya berdiam di belakang lelaki tersebut.

"Apa awak buat ni?".eunbyul menampar pipi lelaki itu sehingga tangannya terlepas dari pegangan lelaki itu.

"Kau ni kan..aku layan kau elok-elok..kau main kasar..".lelaki itu mencengkam kedua-dua bahu eunbyul dan merapatkan jarak mereka.eunbyul menjadi takut.

Melihat muka eunbyul yang takut membuat lelaki itu tersenyum.

Dia merapatkan lagi jarak mereka.tetapi eunbyul cuba
untuk melangkah ke belakang.

Eunbyul semakin takut.lelaki itu tiba-tiba menarik baju eunbyul sehingga menampakkan bahu eunbyul yang putih.eunbyul sudah mahu menangis.

"Hoi!!".lelaki itu berpaling melihat gerangan yang memanggilnya.

"Eh...budak popular nak jadi hero lah?".kata lelaki itu kepada rakan-rakannya setelah melihat suga.

Tangan eunbyul masih lagi dipegang lelaki itu.eunbyul hanya mampu menitiskan airmata sambil membetulkan bajunya.

"Baik kau lepaskan dia..".muka suga kelihatan serius.

"Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan dia..".lelaki itu seperti taknak melepaskan gengamannya dari tangan eunbyul.

"Lepaskan dia!!".suga terus menumbuk muka lelaki itu.lelaki itu terjatuh dan bibitnya berdarah.

Eunbyul yang sudah terlepas dari pegangan lelaki itu,berlari ke belakang suga.

Lelaki itu bangun semula dan menumbuk muka suga.suga bertumbuk dengan tiga lelaki itu sehinggalah tiga lelaki itu jatuh tersungkur.akhirnya mereka berlari pergi dari situ.

Eunbyul memegang tangan suga. mukanya dibasahi airmata.suga memandang eunbyul dengan muka yang risau.

Bersambung..

[c] Nerd Girl ; yoongi°Kde žijí příběhy. Začni objevovat