-8-

286 21 0
                                    

Eunbyul masuk kelas seperti biasa,kelas hanya ada beberapa orang.yang sedang membaca,yang sedang sibuk membuat homework dan yang tidur pun ada.

Mungkin pagi ini dia datang awal.diletakkan beg ditempatnya dan kerusi diduduki.pandangan dialih kan ke arah suga.tempat suga agak jauh dari tempat duduknya tapi dalam keadaan kelas yang agak lengang itu membuatkan dia mudah untuk melihat suga.

Suga sedang tidur,tetapi luka di dahi suga itu masih lagi kelihatan.eunbyul memberanikan diri untuk menuju ke tempat suga.

Kerusi dihadapan suga diduduki nya.eunbyul menyelak rambut suga yang menutupi luka itu. perlahan-lahan luka itu disentuh.

"Auch!".suga terus bangun dan memegang lukanya.eunbyul  dihadapan dilihatnya.muka suga sudah ketat.

"Apa kau buat ni?".soal suga.

"Saya nak tengok sama ada luka wak dah baik ke belum..". eunbyul menundukkan wajahnya.

"Kau nampak kan tadi aku sakit.. so tak payah la nak sibuk pegang..".suga semakin marah.

"Saya minta maaf..saya cuma nak pastikan luka awak sembuh..".

"Ok..kau nak luka ni sembuh kan?..sekarang aku nak kau pergi tempat kau..kau buat kerja kau..kau tak payah sibuk hal aku..sebab lagi kau duduk sini lagi aku rasa sakit kau tahu..".suga menghempaskan buku nota di meja dengan geram.kacau mood dia tidur saja budak nerd ni.

***
Eunbyul bermain-main air dengan kakinya di tepi kolam. sebenarnya waktu pulang sudah tiba tapi di lebih suka termenung di kolam renang itu.kolam renang itu disebabkan kepada atlet renang sekolah itu.

Eunbyul sebenarnya sedih dengan perlakuan suga tadi.niat nya hanya untuk menolong suga tapi dia pula yang kena marah.

"Hey,nerd girl~".sapa satu suara.

Eunbyul bangun dari duduk di tepi kolam itu.dipandang orang yang menyapanya.

"Ya?..ada apa?".soal eunbyul sambil memandang hyomi iaitu gadis popular plus cantik kat sekolah ni.

"Tak da apa..aku cuma kesian kat kau bila kena marah dengan suga tadi..yelah..suga kan popular..adakah dia nak kawan dengan budak nerd plus muskin macam kau ni..".hyomi tersenyum sinis.

"Ermm..apa maksud awak?". eunbyul membetulkan cermin matanya.

"Maksud aku..kau tu tak layak..baik kau cermin diri kau tu sebelum nak berkawan dengan 'prince' sekolah ni..". hyomi sudah geram melayan budak nerd dihadapannya ini.

"Tapi..salah ke saya hanya nak berkawan?..saya pun berhak apa..".

"Yelah..berhak sangat..tapi yang setaraf dengan kau lah..".hyomi mendekat kearah eunbyul dan membuka cermin mata eunbyul.

"Awak nak buat apa ni?".soal eunbyul kerana pandangannya sudah kabur.

"Aku nak kasi kau mandi..".hyomi memegang bahu eunbyul.

"Huh?".eunbyul masih lagi blur.

"Nah!!".jerit hyomi sambil tangan menolak tubuh eunbyul ke belakang.

Kelihatan eunbyul sudah terkapai-kapai kelemasan.

"Hyomi!".panggil eunbyul dalam keadaan lemas.

Ternyata dia tak kuat lagi. dia memang tak pandai berenang atas peristiwa yang berlaku keatasnya dulu.

Perlahan-lahan eunbyul tenggelam hampir ke dasar kolam.sungguh dadanya sesak dan sukar untuk bernafas. badan eunbyul hanya lemah disitu.

Bersambung..

[c] Nerd Girl ; yoongi°Where stories live. Discover now