-33-

206 14 0
                                    

Suga melihat wajah eunbyul di dalam wad kecemasan melalui cermin kaca.

Selepas suga memberitahu keberadaan eunbyul, mrs.kim cuba menghubungi pihak berkuasa untuk mengeluarkan eunbyul dari gaung tersebut.

Ternyata benar tekaan suga, eunbyul memang ada di situ. mungkin eunbyul tergelincir dan jatuh.rasa bersalah menguasai suga.sungguh dia bersalah meninggalkan eunbyul.

Suga memakai penutup mulut sebelum dia masuk ke wad eunbyul.langkah diatur ke arah eunbyul yang tebujur kaku, hanya bunyi mesin penafasan saja yang kedengaran.

Suga duduk di kerusi yang disediakan.dia memandang eunbyul.sudah seminggu eunbyul begitu.tak sedar.

Puan go ada datang melihat anaknya itu tetapi disuruh pulang oleh suga apabila puan go ingin menjaga eunbyul.

"Eunbyul..aku baru nak jelas kan segalanya..nak luahkan perasaan aku..nak terus-terang..tapi.. kau dah jadi macam ni.. mungkin memang bukan kau ditakdirkan untuk aku..".kata suga dalam sendu.

Sungguh memilukan keadaan eunbyul.kepalanya dibalut dan terdapat banyak luka pada wajahnya.

"Eunbyul..aku suka kau dari dulu lagi..walaupun kau nerd dan lurus..tapi aku tetap suka kau sebab hati kau baik dan suci.. apa yang aku marah kau sebelum ni adalah cuma ego aku..maafkan aku..".suga merebahkan kepalanya ke tangan eunbyul yang penuh dengan wayar.

Suga menangis disitu.

***
Peperiksaan akhir tahun sudah pun berlalu, eunbyul tidak mengambilnya kerana masih berada di hospital.

Keadaan eunbyul masih begitu selepas sebulan kejadian itu.suga masuk ke wad eunbyul, memang setelah pulang sekolah dia akan ke situ melawat eunbyul.

"Eunbyul..peperiksaan dah habis..kau masih lagi tak sedarkan diri..kau pelajar yang pandai..tolonglah bangun dan tolong benarkan aku untuk bercakap semuanya dengan kau..".suga tersenyum hambar.

Tangan eunbyul bergerak-gerak. suga memandangnya.

"Eunbyul?..kau dah sedar?".suga memandang mata eunbyul yang buka sedikit demi sedikit.

"Om..ma..".eunbyul bersuara perlahan-lahan.

"Omma kau ada kat rumah..aku bagitahu dia yang kau dah sedar eh?".muka suga jelas gembira.

"Su..ga..".eunbyul menyebut nama suga pula.

"Ya..aku suga..ya..kau ingat aku?".airmata kegembiraan menitis dari mata suga.

"Suga...suga..eunbyul..".satu persatu eunbyul berkata.

"Kau jangan banyak bercakap.. aku panggilkan doktor ya..".kelibat suga hilang di balik pintu.

***
Puan go menunggu penjelasan dari doktor setelah memeriksa eunbyul sebentar tadi.

Suga sudah pulang kerumah setelah menghubungi dia tadi.

"Ingatan dia..sudah pulih..".kata doktor.

"Tapi bagaimana?".soal puan go.

"Dia amat kuat..kejadian tu membuatkan dia pulih dari ingatannya..tetapi dia perlukan banyak rehat..".

"Terima kasih doktor..".ucap puan go.

"Puan boleh melawat eunbyul sekarang..ini memang kerja saya sebagai doktor..saya hanya membantu..tetapi pesakit perlu lebih membantu dirinya untuk pulih..".kata doktor.

Puan go hanya mengangguk dan keluar dari bilik doktor.

Bersambung..

[c] Nerd Girl ; yoongi°Où les histoires vivent. Découvrez maintenant