-15-

248 19 0
                                    

Eunbyul mengeluarkan sapu tangan dari poket skirtnya untuk mengelap tangannya yang basah.dia baru saja selesai membasuh tangan setelah keluar dari tandas tadi.

Langkah diatur ke kelas.waktu pulang sudah hampir tiba. langkah kaki dipercepatkan.

Setelah mendaki tangga,dia bersedia untuk ke kelas.tetapi ada orang pula menghalang jalannya.

"Eh,kau tak boleh masuk kelas lagi..".kata suga sambil menahan tangan ke dinding seperti tidak memberi laluan kepada eunbyul.

"Tapi..kan dah nak balik..".kata eunbyul dengan muka sedih yang dibuat-buat.

"Kau tak payah buat muka macam tu..aku nak kau pergi ke cafe depan sekolah tu..kau pergi beli coffee ais untuk aku..". suga menyerahkan duit kepada eunbyul.

"Alah..taknak..".eunbyul bergerak kearah celah ruang kosong yang ada untuk menyelit dan memboloskan diri ke kelas.

"Haip..kau kena pergi juga..sebab aku dahaga sangat..". pantas saja suga menahan dan buat muka kesian.

"Okaylah..".eunbyul mengambil wang kertas dari tangan suga dan mula menuruni tangga semula.

"Thanks..".suga melangkah masuk ke kelas.

***
Eunbyul melintas jalan dengan berhati-hati setelah membeli coffee yang dipesan suga tadi.

KRINGG!!

loceng jelas kedengaran menandakan waktu pulang.baru saja di memasuki pekarangan sekolah,dia dilanggar beberapa orang pelajar yang berpusu-pusu ingin pulang.

BUK!

Terus eunbyul jatuh ke ke lantai dan coffee milik suga pun turut jatuh dan tumpah.eunbyul melihat coffee itu.

"Alamak..coffee suga!..macam mana ni?..".eunbyul bangun dari jatuh.

"Ermm..macam mana ni?..".kepala eunbyul masih lagi berfikir.

Eunbyul melintas kearah cafe tadi kembali.dia memesan minuman yang sama kepada pekerja cafe itu.

Dompet dibuka dan dibayar coffee itu dengan duitnya.

***
"Nah!".eunbyul meletakkan coffee itu diatas meja suga dan mengalihkan tangannya kebelakang.

"Thanks..kenapa lambat sangat?".suga mula minum coffee tersebut.

"Ermm..ramai sangat pelanggan kat cafe tu..mungkin sebab waktu balik sekolah kot..". eunbyul cuba menipu.

"Er..saya balik dulu ya..".

"Eh,kejap!".suga memegang tangan eunbyul.

"Huh?".

"Kau duduk dulu..teman aku..". suga menarik tangan eunbyul supaya duduk dihadapannya.

"Ermm..ok..".eunbyul menyembunyikan tangannya di bawah meja.

"Kau tak payah nak sorokkan tangan kau tu..".kata suga selamba sambil minum coffee.

"Huh?..kenapa?".

"Aku nampaklah tangan kau luka..".kata suga lagi.

Eunbyul hanya diam.

"Meh sini tangan kau tu..".kata suga tiba-tiba.

"Huh?..nak buat apa?".eunbyul menjauhkan tangannya.

"Meh la sini aku ubatkan..".suga menarik tangan eunbyul dan diletakkan diatas mejanya.

Suga mengeluarkan kotak kecil dari begnya.ianya kotak yang hanya diletakkan barang asas untuk merawat luka sahaja.

Suga menuangkan ubat yang berwarna jernih keatas kapas putih.kemudian kapas itu disapukan ke luka eunbyul.

"Auww..".eunbyul mengaduh sambil memandang lukanya.

"Sakit?".soal suga sambil matanya memandang anak mata tepat anak mata eunbyul.

Eunbyul hanya mengaggukkan kepalanya.

"Luka ni kau kena cuci..kalau tak nanti masuk kuman..".kata suga mengalahkan doktor.

"Ermm..tapi sakit..".

"Kau tahanlah sikit..".suga menutup luka eunbyul setelah selesai meletakkan ubat.

Eunbyul memandang suga.suga turut memandang eunbyul.tiba-tiba eunbyul tersenyum lebar sehinggakan matanya terpejam.

Suga membuang pandang kearah lain sambil bibirnya mengukir senyuman manis.

"Awak..kenapa saya kena jadi pembantu awak?".soal eunbyul.

"Ermm..itu nuna aku yang suruh..aku pun tak tahu..eh, nanti cuti aku bawa kau jumpa geng aku..aku jarang jumpa diaorang..".

"Oh..saya ok je..".eunbyul menurut perintah.

Bersambung..

[c] Nerd Girl ; yoongi°Where stories live. Discover now