-13-

246 19 0
                                    

Eunbyul berjalan kaki dengan mulutnya menyanyikan lagu apink.sambil berjalan,dia menyayi riang.

PINNN!!

"Arghh!!".jerit eunbyul kerana terkejut.eunbyul memandang wajah pemilik kereta itu.

"Woi,kau masuk kereta aku sekarang".arah suga.

"Kenapa pulak??".soal eunbyul.

"Masuk saja lah..boleh tak kau ikut saja apa yang aku suruh ni?".suga membuka pintu di sebelah pemandu dari dalam.

"Yelah..".jawab eunbyul seperti terpaksa.

Setelah eunbyul masuk kedalam kereta dan menutup pintu, tiba-tiba saja suga membuka satu per satu butang baju sekolahnya.

"Ke..kenapa awak buka baju awak??".eunbyul pantas menutup mata.

"Suka hati aku lah..".suga menaggalkan baju sekolahnya dan hanya ada t-shirt putih yang tersarung di tubuhnya.

"Buka sajalah mata kau tu..aku bukannya buka semua baju aku pun..".suga mencapai begnya dan mengeluarkan kemeja berwarna biru berlengan panjang.

Kemeja itu disarung ke tubuh nya.butang baju kemeja itu dibiar terbuka.

Eunbyul perlahan-lahan membuka matanya dan tersenyum.

"Kenapa kau senyum macam tu?".soal suga dengan muka pelik.

"Sebab...awak nampak handsome pakai macam ni..". eunbyul tersenyum lagi.

"Aku memang handsome pun..". kata suga sambil memulakan pemanduannya.

"Belagak!!".kata eunbyul sambil membuang pandang kearah luar.

"Suka hati lah..eleh..kau suka aku kan?".soal suga tiba-tiba.

"Ermm..mana ada!".eunbyul kelihatan malu.

"Eleh..mengaku sajalah..".

"Mana ada!!".eunbyul menampar bahu suga dan menyilangkan tangannya tanda dia betul-betul tak sukakan suga.

Suga hanya ketawa dengan gelagat eunbyul.

***
"Kita dah sampai..".kata suga sambil tangannya memakaikan cermin mata hitam.

"Kita kat mana?".

"Kau ni lembab lah..kau tak nampak tulisan besar2 kat atas tu..kita kat mall lah..".kata suga sambil berjalan masuk.

"Eh,janganlah tinggal saya!". eunbyul berlari membantuti langkah suga dari belakang.

Mereka memasuki kedai pakaian.kelihatan suga sedang ralit melihat pakaian berjenama disitu.kelihatan suga juga sedang bersembang dengan pekerja disitu.eunbyul tiba-tiba menjadi bosan dan mula menilik baju disitu.

Tiba-tiba mata eunbyul terpaku pada satu baju.ianya gaun berwarna merah terang.gaun itu kelihatan labuh sampai ke paras lutut.sungguh cantik.

"Woi!!".sergah suga.

"Ya..ya..ada apa?".

"Kau ni kan..berangan je tau..nah tolong aku pengangkan beg ni..". suga menyerahkan tiga beg plastik. yang berisi baju yang dibeli suga tadi.

"Banyak nya..".eunbyul memuncungkan bibir.

"Jangan merungut..ikut je..".suga kembali kepada pekerja tadi.

Eunbyul melangkah keluar dari kedai dan menunggu suga dari luar.

"Nah lagi satu..".suga menyerah kan satu lagi beg plastik dari kedai tadi.eunbyul hanya menurut.

"Nak pergi mana lagi?".soal eunbyul.

"Kau ikut saja lah..".suga berjalan ke depan dan memasuki kedai lain.dia mula membelek-belek barangan disitu.

"Kau..eh?".baru saja suga mahu memberitahu sesuatu kepada eunbyul tetapi eunbyul pula tiada disitu.

"Eunbyul?".suga berpatah balik ke kedai pakaian tadi.tetapi pekerja itu menggeleng seperti dia tak melihat kemana perginya eunbyul.

"Eunbyul,kau janganlah buat hal macam ni..aku betul-betul risaukan kau..tolonglah jangan hilang..".wajah suga kelihatan sungguh risau.

"Maaf ya ahjusshi..".kedengaran suara eunbyul berdekatan.

"Eunbyul?".

"Ya?".

"Kau pergi mana tadi..kalau kau hilang..siapa yang susah..kau ni menyusahkan aku lah..".suga melangkah keluar dari mall itu.

"Suga marah ke?..aku cuma singgah kedai tu kejap je..".hati eunbyul bersedih.

Bersambung..

[c] Nerd Girl ; yoongi°Where stories live. Discover now