-5-

277 21 0
                                    

Eunbyul sedang membaca di dalam kelas pagi itu.sedang dia membaca,dia ternampak suga masuk ke kelas.suga menggalas beg dengan satu tali di bahu dan satu lagi di biar lepas.

Terus saja mata eunbyul melihat suga dari masuk kelas sehinggalah duduk di kerusi.

Apabila dia memandang suga.ingatannya teringatkan hal semalam di library yang mana suga perasan dia menangkap gambarnya secara senyap. hampir saja suga tahu,nasib baik dia sempat lari.

Eunbyul memandang suga yang duduk di tempatnya.suga mula membuka buku dan mula membaca.eunbyul menongkat kepala sambil memandang suga. bibir mengukir senyuman.

Sedang eunbyul melihat suga. tiba-tiba suga memandangnya.

"Hoi!..kau ni memang tak ada kerja lain eh?".suga memberi jelingan kepada eunbyul.eunbyul sudah kaku.

"Alamak!..dia perasan lah pulak.. habis lah aku dia dah marah". hati eunbyul berkata-kata sambil tangan sibuk menyelak helaian buku.

***
Eunbyul mengangkat kepala dari meja.mata di gosok perlahan.di keliling eunbyul kelihatan meja2 sudah kosong.dia tertidur dalam kelas lagi.

"Macam mana aku boleh tertidur ni?..sampai dah waktu balik pun aku tak perasan".tangan eunbyul kalut mengemas barang-barang diatas meja.

Setelah beg dikemas,dia melangkah keluar dari kelas.baru sahaja mahu keluar ada orang menghalang jalannya pula.

"Eh,kau tak boleh balik lagi..budak nerd!".seorang lelaki yang menahannya.lelaki itu kelihatan seperti samseng kerana pakaiannya tak kemas langsung.

"A..awak nak apa?".eunbyul sudah gagap.takut.

"Aku..nak..kau buatkan homework aku..aku malas".sebuah buku latihan dilempar kemuka eunbyul.

"Awak buatlah sendiri..".eunbyul cuba melawan.

"Aku dah cakap aku malas..aku malaslah!..kau boleh tak buat ja apa yang aku suruh..".kepala eunbyul ditolak dengan jari telunjuknya.

"Tapi..ni kan homework awak..".kata eunbyul lagi.

"Kau ni kan..dah pandai melawan ya?".kedua tangan memegang bahu eunbyul.

Eunbyul menangis.dia tak tahu nak buat macam mana.dia selalu saja disuruh dan dibuli.dia ni bukan kuli.

"Alolo..janganlah nangis..nanti muka kau bertambah hodoh!". jari telunjuk lelaki itu menolak kepala eunbyul.

***
"Aduh!..macam mana aku boleh tertinggal pulak ni?".suga memarahi dirinya apabila kunci keretanya tertinggal di kelas.

Langkah diatur ke kelas semula. apabila dia sudah hampir kekelas,dia terdengar sesuatu.

"Kau dengar tak?".suara lelaki kedengaran.sekali sekala terdengar tangisan gadis.

Suga melangkah ke arah mereka.

"Hey,apa kau buat ni?".soal suga.

"Kau tak payah nak sibuk lah".

Kelihatan eunbyul menagis sambil menundukkan muka.

"Baik kau pergi..kau jangan sampai aku laporkan kepada guru disiplin..".kata suga lagi.

"Kau ni..sibuk saja..".kata lelaki itu.

"Memang lah aku sibuk dah kau dah buat salah..baik kau pergi sebelum penumbuk aku naik ke muka kau..".kata suga dengan muka yang serius.

Kelihatan lelaki itu mengambil bukunya dan pergi dengan muka yang marah.

Suga melihat eunbyul yang masih menunduk dan menangis.
dia melangkah ke dalam kelas dan mengambil kunci keretanya yang tertinggal tadi.

Setelah kunci diambil,suga melangkah keluar dari kelas dan melepasi eunbyul.suga terus saja pergi meninggalkan eunbyul.

Setelah suga pergi,eunbyul mengambil beg sekolahnya yang jatuh dan mengalasnya.airmata di lap dengan belakang tangan.

Ketika eunbyul sudah mahu keluar dari pagar sekolah,ada seseorang memanggilnya.

"Hoi!".eunbyul berpaling apabila dia dipanggil.

"Ye?".soal eunbyul apabila terpandang suga yang menaiki kereta sportnya.

"Aku boleh tolong hantarkan kau..".kata suga dengan muka yang tak ada perasaan.

"Huh?".eunbyul masih lagi blur.

Bersambung..

[c] Nerd Girl ; yoongi°Where stories live. Discover now