-6-

292 19 0
                                    

"Terima kasih..".kata eunbyul memecahkan kesunyian di dalam kereta milik suga itu.

"Untuk apa?".kata suga dengan matanya fokus kepada jalan.

"Tadi awak dah tolong saya..".eunbyul berkata sambil tangan menggenggam skirt sekolah.gementar mungkin?. kerana disebelahnya adalah orang yang dia minati sejak tahun lepas lagi.

"Kau jangan nak perasan sangat.. aku tolong kau bersebab..aku rasa memang aku patut tolong kau waktu tu..kau jangan ingat aku ada hati kat kau pulak..".

Kelihatan eunbyul hanya diam dan menunduk.

"Woi!".sergah suga apabila melihat eunbyul hanya diam. terangkat bahu eunbyul disergah begitu.

"Huh?..ya?..apa?..".soal eunbyul tiba-tiba.

"Kau ni lembab lah..".

"Huh?..kenapa?".soal eunbyul lagi.cermin mata dibetulkan.

"Tak da apalah..ni rumah kau kat mana?..takkan aku nak bawa kau pergi rumah aku kot?".soal suga.

"Huh?..ermm..awak jalan ja terus..pastu nanti berenti ja kat tepi jalan tu..nanti saya jalan kaki..".kata eunbyul.

"Yelah..".suga teruskan perjalanan sehingga tempat yang disebut oleh eunbyul tadi.

"Thanks..".kata eunbyul setelah turun dari kereta milik suga.suga hanya menjeling dan memandu untuk pulang ke rumah.

***
"Tuan muda baru balik?".soal ahjumma dari dapur.

"Ya..saya hantar kawan saya tadi..ahjumma,saya naik atas dulu ya..".jawab suga dan melangkah menaiki tangga.

Ahjumma meneruskan kerjanya semula.suga sudah seperti anaknya.dia yang menjaga suga dari kecil.ia sudah seperti tanggungjawabnya sejak dulu.

***
"Omma..nak eunbyul tolong?". eunbyul melangkah kaki ke dapur.

"Tak payahlah..kamu mesti penat..".kata omma sambil menggoreng sesuatu didalam kuali.

"Memanglah penat..tapi omma mesti lagi penat dari eunbyul sebab dah seharian duduk rumah dan buat kerja rumah.. bagilah eunbyul tolong pula..".

"Yelah..dah kamu nak tolong..tolong sajalah..omma nak kata apa lagi..".

Eunbyul hanya menayang sengih kerana dapat juga dia menolong ommanya.yelah bila lagi dia dapat tolong.

***
Suga berjalan karah keretanya setelah loceng berbunyi menandakan waktu pulang. sedang dia bermain-main dengan kunci kereta itu,dia ditegur seseorang.

"Hoi!".

Suga berpaling.kening diangkat seperti bertanya 'apa?'.

"Kau ni..budak hot kat sekolah ni..tapi sayang kan..appa kau tu kaki botol..".lelaki itu tersenyum sinis apabila melihat suga menahan geram.

"Hoi!..apa masalah kau hah?..kenapa nak cari pasal dengan aku?".suga melemparkan beg sekolahnya ketepi.jaket sekolah dicampakkan.

"Wo~dia marah lah..".lelaki itu tersenyum kearah rakannya.

"Kau ni memang tak ada kerja lain..apa yang kau tak puas hati dengan aku?..kalau tak puas hati..sebut aku sudahlah..tak payah nak babit appa aku..".suga sudah geram.

"Apa yang aku tak puas hati?..ermm aku rasa aku tak payah kot bagitahu..sebab aku memang tak puas hati dengan kau..dengan sejak kau ada kat sekolah ni..".lelaki itu bercekak pinggang.

"Owh..jadi kau nak populariti kat sekolah ni lah..kau nak tahu satu benda?..aku taknak pun semua ni..bukan aku yang nak..semua orang yang labelkan aku sebagai pelajar popular..".suga memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam kocek.

"Aku cakap..aku tak suka..aku tak sukalah!!".pantas saja penumbuk lelaki itu mengena pipi suga.darah pekat sudah mengalir.

"Kau ni kenapa hah?!!..nak cakap..cakaplah elok2..tak payah lah nak main kasar!".suga sudah menggenggam kolar baju lelaki itu.lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil memberi isyarat kepada rakannya menggunakan mata.

Bukk!!

"Arghh!!".jeritan suga bergema di situ.

Bersambung..

[c] Nerd Girl ; yoongi°Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt