06 >> Jaemin | Confess | <<

664 52 8
                                    

Requester;ATIRA__EXO | Taehrin
Genre; Romance + Sad ( sorry sbb tak mengikut genre yg awak nak TT)
Situation; In School.

Hujan turun dengan begitu lebat.Kau berpeluk tubuh kerana kesejukan.Mana tidaknya kau menunggu bas sekolah di 'bus stop' yang berdekatan dengan rumah kau.Seorang budak lelaki terkocoh-kocoh mengambil sesuatu di dalam beg nya.

"Nah,ambil ni" Budak lelaki itu menghulurkan baju hujan kepada kau.

"Kamsahamnida Jaemin" kau mengukir senyuman. Kau rasa amat bersyukur kerana mempunyai kawan yang mengambil berat tentang kau.

Mujurlah dia membawa baju hujan lebih.Jaemin yang hanya mendiamkan diri dari tadi,mula membuka mulut.

"Taehrin,kau tak rasa ke aku ni 'superman' dalam hidup kau?" Tanya Jaemin dengan riak wajah yang ingin tahu.

Kau hanya menjengketkan bahu,malas untuk melayan karenah Jaemin yang pelik.

"Bukan apa. Aku rasa curiga sebab setiap kali kau ada masalah mesti aku datang tolong.Are we meant to be together?" Dahi kau mula berkerut.

"Merepek lah kau ni! superman ke batman ke kau tetap kawan baik aku.Kita dah lama kenal Jaemin" Kau memandang wajah Jaemin sekilas.Jaemin hanya tersenyum tawar.

Jaemin ternampak bayangan bas dari jauh lalu mencuit bahu kau.

"Bas dah nak sampai"

Kau hanya mengangguk perlahan.

Apabila bas sudah berhenti betul-betul di hadapan kau,kau melangkah masuk ke dalam bas.Tetapi lantai di dalam bas itu licin dan menyebabkan kau hampir tergelincir jatuh.

Jaemin cepat-cepat menahan pinggang kau dan menolak badan kau ke hadapan.

Kau terkebil-terkebil dalam masa yang sama kau mencari tempat duduk.Tak lama kemudian,Jaemin sampai lalu duduk di sebelah kau.

"Lain kali dah tahu hujan tu jangan lah menggelabah pulak.Bukannya sekolah tu lari pon" Eh,sempat pulak dia melawak.

"Nae nae ahjusshi. Membebel je tahu!" kau mengetap gigi,geram.

"Aku membebel banyak mana pon, aku ni lah kawan yang paling kau sayang" Jaemin mencubit hidung kau dengan pantas.

+NCT DREAM IMAGINES | 엔씨티 Dream {CLOSED}Where stories live. Discover now