14 >> Chan + Mark | Game On! | <<

332 21 10
                                    

Calling for dear requester~♡

Requester; deliciouskookie_ |Park Jungmi.
Genre; Action + Happy Ending
Storyline;

Park Jungmi merupakan seorang ahli daripada group dance cover yang bernama FABULUS. Apabila kumpulan FABULUS memenangi satu pertandingan. Jungmi terpaksa mengundur diri untuk berpindah ke sekolah impian nya iaitu SOPA. Manakala, pelajar yang sudah lama bersekolah di SOPA iaitu Mark dan Haechan. Walaupun, mereka sangat rapat di dalam kumpulan syarahan mereka mempunyai karakter yang berbeza. Mark adalah kaki bangku tetapi lain pula Haechan yang amat aktif dalam bola sepak. Dengan sikap Haechan yang begitu membuatkan Jungmi sudah jatuh cinta pada Haechan dalam diam. Tetapi Mark pula sudah menaruh hati pada Jungmi yang mempunyai sikap pemalu dan friendly itu. Dapatkah Mark meluahkan perasaan nya pada Jungmi di hadapan semua pelajar sewaktu perhimpunan?

- - - -

"Tahniah kepada kumpulan FABULUS kerana telah memenangi di tempat kedua dalam pertandingan ini!! "

"Memandangkan Jungmi berjaya dalam pertandingan menari tu, mama akan tunaikan janji Jungmi untuk bersekolah di School Of Performing Arts (SOPA)."

"THANKS MAMA! ❤" kau terus mendakap mama dengan air mata yang bertakung.

{skip}

Kau menjejakkan kaki ke dalam kawasan sekolah baru. Kau menghela nafas perlahan. kau bertekad untuk meneruskan perjalanan dalam bidang seni ini. kau memandang ke langit, rasa bangga terhadap diri sendiri mula hadir. kau rasa berbangga kerana dapat mencapai impian kau ke sekolah ini.

+ + +

"Annyeonghaseyo.. Ireumeun Park Jungmi imnida. Saya dari Seoul Highschool. saya harap, awak semua dapat beri tunjuk ajar. selamat berkenalan" suara kau kedengaran lantang di dalam kelas baru itu. Pelajar - pelajar yang lain menyambut kedatangan kau dengan senyuman. Kau menguntum senyum, berasa senang selepas melihat riak wajah mereka.

"okay Jungmi.silakan duduk di sebelah Seolji" kau melihat seorang budak perempuan yang rambut bewarna kuning dan pendek itu dengan senyuman selepas budak perempuan yang bernama Seolji itu mengangkat tangannya.

Kau menghenyakkan punggung di atas kerusi lalu kau menyambut huluran tangan Seolji yang tidak bersambut dari tadi.

"Hi, nama aku Kim Seolji. Selamat berkenalan " kata Seolji dengan ramah.kau tersenyum. Tiba-tiba..

"Hello! Nama aku pulak Rose. Aku kawan Seolji hehe.. selamat berkenalan" Rose yang duduk di belakang Seolji terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman lalu aku menyambutnya.

"selamat berkenalan juga"

"Lepas ni..rehat. jom kita pergi padang sekolah nak tak? aku ajak ni sebab nak usha-usha abang sado dengan hensem yang main bola kat padang" sampuk Rose dengan suara yang separuh berbisik.

Kau dan Seolji saling berpandangan.

"aku on je" kata Seolji dan aku hanya mengangguk.

"aku pun sama" kata aku dengan sengihan di bibir.

"good! " Rose mengangkat ibu jarinya lalu menoleh ke depan semula untuk menumpukan perhatian dalam sesi pembelajaran.

+NCT DREAM IMAGINES | 엔씨티 Dream {CLOSED}Where stories live. Discover now