08 >> Mark | Fate | <<

542 48 0
                                    

Requester; DoKyungMi | Sandra Byun.
Genre; Friendship + Highschool life + Comedy + Happy ending.
Situation; ikut author^^

- - - -

"Eomma!! Appa!! Sand---" Mulut kau terus ditutup oleh seorang penjahat.kau menjerit sekuat hati tetapi setiap kali kau menjerit mulut kau akan ditekup dengan kuat.

"Bising lah! Sekarang kau bagi duit kau! Aku tahu,kau bukan anak orang biasa" kau menjegilkan mata. Kau semakin geram lalu memijak kaki penjahat itu dengan kuat.

Penjahat itu mengerang kesakitan. Baru kau ingin melarikan diri daripada penjahat kejam itu tetapi tindakan lelaki itu lebih pantas dari kau.

Dia menarik rambut kau kasar. Kau tersentak, badan kau mula terdorong ke belakang dan kulit kepala kau mula terasa perit.

"Apa ni?! Kalau nak duit pergi lah cari kerja!! Tak gu-- Ugh!" dia memeluk pinggang kau sambil tangannya lagi satu menyelok poket seluarnya untuk mengambil sesuatu.

"Pandai kau menjawab ye? Aku tak kira! Bagi aku duit jugak! Bawa aku pergi ke rumah kau! kalau tak benda ni hinggap kat badan kau! " cakap penjahat itu dengan sinis.

Kau meronta-ronta meminta dilepaskan. Tetapi tindakan kau mula terhenti setelah melihat pisau lipat yang masih dalam keadaan yang bersih dan nampak baru di tangan penjahat itu. Air mata kau mula bertakung di tubir mata.

Tiba-tiba bunyi satu hentaman kuat dari arah belakang..

Kau terkejut, penjahat tadi itu mula jatuh rebah ke tanah.

"Awak tak apa-apa?" Tanya seorang budak lelaki yang menyelamatkan kau tadi.

"Ani..saya okey" kau menyeka air mata kau dengan hujung lengan baju kau dan kau mengurut dahi kau yang berdenyut-denyut secara tiba-tiba.

"Jom,saya hantar awak balik?" Pandangan mata kau mula kabur.

Kau sudah tidak menyedarkan diri tetapi budak lelaki itu sempat menyambut badan kau sebelum kau jatuh rebah.

- - - -

"Hey..awak bangun lah" sayup-sayup sahaja suara yang kau dengar.kau mula membuka kelopak mata.

Mata kau membuntang besar selepas melihat satu susuk tubuh lelaki di hadapan kau.

"Awak ni siapa? Sa-saya kat mana?!" budak lelaki itu menggeleng-geleng sambil tersenyum.

+NCT DREAM IMAGINES | 엔씨티 Dream {CLOSED}Where stories live. Discover now