01

951 20 0
                                    

"Sung Kyu! Hoya!" jeritku sambil berlari ke arah mereka.

Mereka adalah sahabatku dari kecil lagi. Sepuluh tahun, seratus tahun mahupun seribu tahun selamanya akan bersama mereka kerana pastinya Sung Kyu ada bersama.

Kami hanyalah anak-anak kampung yang tinggal di perkampungan nelayan. Tidak banyak kemajuan dan pembangunan berada di sini.

"Hee Soo cepat!" laung Hoya sambil melambaikan tangannya ke udara.

"Yah! Selalu sangat lambat!" Kata Sung Kyu kepadaku sambil menjentik dahiku setelah aku tiba.

"Ouch. Yah! Sakitlah." Marahku. Aku mengusap dahiku yang kemerahan.

"Lain kali jangan lambat!" Ujarnya lalu kami berlalu dari situ dan menuju ke sekolah.

Seperti biasa kami akan ke sekolah bersama-sama, pulang bersama-sama dan kami jarang rehat bersama-sama waktu sekolah. Sung Kyu selalu ada di gelanggang bola keranjang untuk berlatih. Hoya kebanyakannya ada waktu untuk bersamaku. Aku pula sibuk dengan Kelab Badminton sekolah.

"Hari ini... kita rehat bersama ya?" Tanyaku kepada Sung Kyu sebelum kami memasuki pintu pagar sekolah.

"Hmm~ tengoklah." Jawabnya singkat tanpa memandangku. Dia pergi dari situ meninggalkan aku dengan Hoya berdua.

"Hee Soo jangan risau. Hoya ada. Nanti kita rehat bersama ya?" Pujuknya setelah melihat aku kecewa mendengar jawapan Sung Kyu.

Aku hanya mendiamkan diri dan mengejar Sung Kyu yang berada di hadapan.

"Sung Kyu tunggu!" Laungku.

"Hee Soo tunggulah!" Jerit Hoya dari belakang. Aku hanya menjelirkan lidah.

"Kyu!" Bentakku setelah berada di sebelahnya.

Dia memberhentikan langkahnya. Dia memusingkan badannya ke arahku lalu mengusap lembut rambutku.

"Hmm... Kenapalah Si Pendek ini selalu menyusahkan?" Katanya sambil mendekatkan mukanya kepadaku.

"Eo?" Tanyaku terkejut. Badanku menggigil. Pipiku hangat dan merah padam. Aku hanya diam terpaku. Mataku memandang tepat pada matanya.

"Baiklah."

"Bo?" Tanyaku masih tidak faham.

Dia berdiri tegak sekali lagi. Memandang ke arah bangunan sekolah yang berada di kananku. Aku masih menanti jawapannya.

"Kalau tiada apa-apa aktiviti, kita rehat bersama." Balasnya dengan malas.

"Betul ni?" Tanyaku teruja.

Sung Kyu berlalu dari situ dan aku mengekorinya dari belakang. Aku asyik menanyakan soalan yang sama. "Jeongmal? Kita rehat bersama?" Tanyaku berulang kali.

Saat yang ku tunggu selama ini. Kami jarang dapat bersama pada waktu rehat. Kami terlalu sibuk. Bagaikan mimpi kami dapat meluangkan masa bersama sekali lagi pada waktu rehat.

Hoya datang kepada kami dengan tercungap-cungap. Badannya yang agak berisi membuatkan dia agak lembap bila berlari. Walau bagaimanapun, dia tetap Hoya sahabat kami yang comel.

"Hee Soo... pantasnya awak berlari! Sung Kyu pun jalanlah perlahan-lahan." Katanya yang tak cukup nafas dan dengan nada merajuk. Aku dan Sung Kyu hanya tertawa. Hoya juga turut tertawa bersama.

Saat yang menggembirakan. Kami bertiga sama-sama tertawa. Walaupun ribut taufan datang melanda, senyuman mereka, persahabatan kami dan segala memori tidak akan pernah hilang kerana kami sentiasa bersama. Selamanya.

Kami memasuki kelas. Setiap tahun cuma ada satu kelas. Ini kerana kami hanya tinggal di kampung. Tidak ramai yang ingin ke sekolah. Kini kami menjadi senior di Sekolah Rendah Mokpo. Pada tahun ini ialah tahun terakhir kami berada di sekolah itu dan pada tahun hadapan kami akan belajar di Sekolah Menengah Mokpo.

Awan Kupu - KupuWhere stories live. Discover now