08

156 12 0
                                    

"Cantiknya! Hanbok dari kain sutera memang nampak lebih cantiklah!"

Sung Kyu dan Hoya tidak habis-habis memuji Sunny. Aku mereka pinggirkan. Aku tidak jadi mendekati mereka. Panas telingaku mendengar pujian itu.

Sakit hatiku makin bertambah. Bagaikan beribu duri tertusuk di hati ini. "Awak nampak comellah." Sung Kyu tidak pernah walau sekali pun memujiku comel.

Aku berlalu pergi dari situ. Aku pergi ke tempat permainan.

[Author's P.O.V]

Hoya melihat kelibat Hee Soo. Tapi mengapa dia tidak menuju ke sini? Mengapa Hee Soo pergi ke arah bertentangan?

Hoya mengetuk kepala Sung Kyu dengan kipas. Sung Kyu memarahinya.

"Sakitlah!"

"Tengok itu!" Jari telunjuk Hoya menunjuk ke arah Hee Soo yang berlalu pergi.

-END-

"Apa semua ini tak kena!" Aku memarahi diriku.

Aku seperti ingin menangis di situ. Dari tadi aku ingin cuba menembak cincin itu tapi asyik tersasar dari sasaran sahaja. Aku putus asa.

"Kesiannya~ Mari Pak Cik bagi kamu hadiah sagu hati." Pujuk Pak Cik itu.

Aku mengesat air mataku. Pak Cik kedai itu memberiku rantai kunci ulat bulu. Aku mengambilnya. Aku seperti ingin menangis lagi.

"Tsk!" Aku mengenggam hadiah itu dan sekali lagi air mataku mengalir. Hari yang teruk terjadi kepadaku. Aku mendengar ada langkah kaki yang mendekatiku.

"Teruknya."

Suara itu amatku kenali! Aku memandangnya yang berdiri di hadapanku ketika ini. Sung Kyu! Dia buat apa di sini? Mengapa dia ke sini? Bagaimana dia ada di sini? Bermacam-macam soalan lagi muncul di mindaku.

"Pinjam sekejap." Sung Kyu meminta senapang di tanganku.

Aku memberinya. Aku masih terkejut yang dia ada di sini. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Aku hanya memerhatinya.

"10 tembakan 100 won ya!" Pak Cik kedai itu bercakap dengan Sung Kyu.

"Awak nak cincin itukan?"

Aku tidak memberi sebarang jawapan ataupun reaksi terhadap soalan Sung Kyu tadi. Sung Kyu pula terus menembak cincin itu dan ianya tepat pada sasaran!

Hanya dengan sekali tembakan Sung Kyu berjaya menjatuhkan cincin yang berada dalam kotak lutsinar itu! Cincin yang dari tadi cuba aku jatuhkan!

"Nah!" Dia memberi cincin itu padaku setelah Pak Cik kedai itu memberinya kepada Sung Kyu.

"Dah jom pergi!" Dia berjalan meninggalkanku.

Aku mengenggam kotak cincin itu. Sung Kyu berjalan ke arah Sunny. Mereka kelihatan gembira. Kakiku lemah. Aku tak sanggup melihat semua ini.

'Tolong jangan pergi... Tolong jangan pergi... Tolong jangan pergi... Jangan pergi... Jangan pergi!'

Aku hanya menjerit dalam hati. Aku tidak mampu untuk bersuara. Aku berlari sekuat hati dari situ. Aku tidak mahu melihat semua ini!

***

Aku duduk terbaring di atas sampan. Aku melihat cincin yang tersarung di jari manis kananku. Cincin yang diberikan Sung Kyu di festival musim panas.

Ianya cantik bersinar kerana terkena pancaran matahari. Aku merenungnya lama. Tiba-tiba aku mendengar tapak kaki berlari ke arahku.

"Hee Soo~!" Suara itu memanggilku.

Awan Kupu - KupuWhere stories live. Discover now