02

245 14 0
                                    

Setelah selesai bersarapan aku menjenguk kucingku sebelum pergi ke sekolah.

"Kucing hari ini Hee Soo pergi ke sekolah. Nanti petang kita bermain dengan Sung Kyu dan Hoya, ya?" Kataku manja sambil membelai kucing itu.

Aku berjalan di lorong sunyi itu. Sambil berjalan aku memikirkan nama apakah yang sesuai untuk kucing itu. Banyak nama yang muncul di fikiranku tapi aku masih bingung.

Tiba di simpang aku melihat Hoya berdiri di situ. Aku tidak nampak bayang Sung Kyu. Aku tertanya-tanya kemanakah Sung Kyu. Langkahku makin mendekati Hoya yang berdiri sambil bersandar di tiang lampu jalan di situ.

"Hoya mana Sung Kyu?" Tanyaku risau.

"Saya di sini." Sergah Sung Kyu dari belakang membuatkan aku terkejut.

"Saya tak akan lewat macam awak." Perlinya.

Sepanjang perjalanan ke sekolah aku hanya mendiamkan diri. Hoya dan Sung Kyu bercerita tentang perlawanan hoki yang bersiaran secara langsung di kaca televisyen malam semalam.

Aku tidak berminat untuk berbual dengan mereka. Lagipun aku semalam tidak menonton televisyen dan dalam fikiran aku pada saat ini ialah nak beri nama apa pada kucingku.

Sebelum masuk ke dalam kelas Sung Kyu menarik pergelangan tanganku. Membuatkan aku berhenti dari lamunanku. Dia memandangku tajam. Aku menggigil ketakutan.

"Kenapa?" Tanyaku dengan nada perlahan.

Dia menarikku ke belakang sekolah. Aku kehairanan dengan sikapnya hari ini. Dia berkelakuan aneh. Matanya merenungku tajam seperti aku membuat salah.

"Ada apa?" Aku memberanikan diri bertanya.

"Ada apa? Patutnya saya yang bertanya!" Bentaknya.

"Apa maksud awak?" Aku meninggikan suara.

"Awak pura-pura tak tahu atau memang tak tahu?" Tanyanya. Nadanya masih sama.

"Saya tak tahu!" Bentakku pula. Aku mendengar dia mengeluh beberapa kali sebelum berkata-kata sekali lagi.

"Awak kenapa hari ini?" Suaranya sedikit mendatar.

"Tiada apa-apalah." Aku tersenyum. Rupanya dia cuma risaukan aku.

"Awak jangan sembunyikan apa-apa dari saya." Tegasnya.

Sung Kyu amat mengambil berat terhadapku. Dia sentiasa risaukan aku. Aku juga risaukannyanya. Selalu. Dia bersikap begini semenjak aku asyik menangis kerana kena ejek tiada ayah bila berada di sekolah.

Sung Kyulah yang menjadi penyelamatku. Semua takut bila melihat Sung Kyu marah. Semenjak hari itu tiada yang berani mengejek dan membuliku. Sung Kyu jugalah yang mengenalkan aku kepada Hoya.

Mereka adalah sahabat pertamaku. Aku mula-mula seorang penakut dan pendiam menjadi peramah dan lasak di sebabkan oleh mereka. Kami sentiasa bersama. Di mana ada mereka di situ ada aku.

"Mana ada apa-apa yang saya sembunyikan." Aku tersenyum lagi.

"Tipu."

"Betul."

"Jadi kenapa awak asyik mendiamkan diri dari tadi macam ada masalah sahaja." Tanyanya dengan risau.

"Saya..." sebelum sempat aku menjelaskan dia memotong.

"Awak kena buli lagikah?" Mukanya amat risau.

Aku makin tersenyum. Aku menggelengkan kepala,.

"Awak asyik senyum sahaja. Ceritalah..." Nadanya makin perlahan.

Awan Kupu - KupuWhere stories live. Discover now