03

206 15 0
                                    

"Hari ini kita belajar buat makaroni goreng. Masakan ala barat." Ujar Cikgu Nam.

Aku terpaksa berseorangan kerana seorang pelajar tidak dapat hadir hari ini. Semua orang berpasangan kecuali aku. Aku tidak kisah tentang semua itu. Yang penting aku dapat mencuba dan menyiapkan masakan hari ini.

Hari ini Cikgu Nam ingin kami memasak makanan ala barat. Ini ialah kali pertama kami mencuba masakan ala barat. Menu hari ini ialah makaroni goreng. Aku pernah merasanya ketika pergi ke rumah keluarga ayah di Seoul.

Nenek yang masakkan untuk kami. Ianya sedikit pedas dan berempah. Aku mengambil bahan yang perlu dan menyediakan alat memasak. Cikgu Nam datang kepadaku.

"Han-sshi, you wanna me to help you?" Pelawanya.

"Kwenchana. I will do by my own." Balasku yakin.

"Jeongmal?"

"Nae." Aku tersenyum kepadanya.

Dia berlalu dari situ. Sebelum pergi dia senyum kepadaku. Aku kembali menumpukan perhatian terhadap masakanku. Aku merebus mi makaroni dahulu sebelum membuat benda lain.

Selepas itu aku memotong dada ayam bentuk dadu kecil. Selesai sahaja aku perap ayam itu dengan kicap. Semasa menunggu mi makaroni itu masak, aku membuat jus mangga dan sejukkannya di peti sejuk.

Beberapa minit kemudian mi tersebut telah masak. Aku menapis airnya dan sapu mentega ke atas makaroni tersebut dan gaul sehingga rata. Selesai sahaja aku mula menumis bawang.

Aku memasukkan semua rempahnya dan gaul rata. Setelah naik bau, aku letakkan sayur campur dan gaul sekejap. Selepas itu aku masukkan makaroni pula dan gaul rata. Aroma menusuk ke hidung.

Cikgu Nam datang kepadaku lagi untuk melihat hasilnya. Dia tersenyum kepadaku dan pergi ke meja kumpulan lain pula. Aku memasukkan ayam yang diperap tadi. Aku terus gaul sehingga rata.

Aku mengeluarkan pinggan makan dan letak di tepi meja. Aku mematikan api dan meletakkan makoroni di atas pinggan itu. Aku menggoreng telur pula untuk hiasan.

Selesai sahaja aku memotong telur itu panjang-panjang dan letakkannya di atas makaroni tersebut.Selepas itu, aku memasukkan makaroni selebihnya ke dalam bekas untuk di bawa pulang.

Nasib baik aku sempat menyiapkannya tepat pada waktunya. Aku membersihkan apa yang patut lalu menghidangkan jus mangga yang ku buat tadi.

"Baiklah masa tamat!" Kata Cikgu Nam.

Semua orang berdiri tegak dan berhenti melakukan sebarang aktiviti. Cikgu Nam merasa sedikit makaroni yang di buat oleh mereka dan memberi komen serta menilai.

Cikgu Nam tiba dimejaku dan merasa sedikit. Dia menulis sesuatu di atas kertas.

"Bagus." Komennya ringkas.

"Awak pandai jadikan telur ini sebagai hiasan. Markah bonus." Tambahnya.

Aku begitu gembira mendengar komennya itu. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan dia berlalu ke meja terakhir di sebelahku.

Kelas sudah berakhir. Sesi pembelajaran hari ini juga telah tamat. Aku ke loker untuk meletakkan sesuatu sebelum pulang. Eun Ji datang kepadaku. Dia mengajakku ke taman.

"Ketua, nah." Dia menghulurkan sebotol jus minuman kepadaku. Aku menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. Aku meneguk jus itu sedikit demi sedikit.

"Hmm... Eun Ji nak cakap apa?" Tanyaku setelah penat menunggu dia untuk berbicara.

"Sebenarnya ketua..."

"Sebelum itu, berapa kali saya nak cakap? Panggil saya ketua bila waktu latihan kelab sahaja." Potongku.

Awan Kupu - KupuWhere stories live. Discover now