05

208 14 0
                                    

"Mana tiada pun?" Keluhku.

Kami meninjau-ninjau ke arah kapal yang baru berlabuh di jeti. Kami ingin tahu siapakah yang datang ke kampung ini.

"Buat apa tunggu mereka?" Sung Kyu yang bersikap angkuhnya itu tidak suka dengan orang bandar.

"Yang itukah atau yang di sana?" Hoya menunjuk-nunjuk ke arah orang yang baru turun dari kapal.

"Bukanlah! Itu Mak Cik yang tumpang di rumah Myung Soolah!"

"Lupa pula. Mereka ada kata ingin pergi beli-belah di Busan."

"Budak baru itu datang dari Seoul kan? Mestilah mereka nampak macam kaya dan moden sikit!" Sung Kyu yang menggunakan teropongnya untuk melihat lebih dekat.

"Haish~ Panasnya!" Kata satu suara dengan lantang.

"Pantai bau busuk! Kampung bau hanyir! Tak boleh tahan! Macam-macam bau ada!" Suara itu makin tinggi dan angkuh.

Aku, Sung Kyu dan Hoya memandang wanita yang berdiri di hadapan kami. Hoya berbisik sesuatu kepadaku.

"Inikah? Awak rasa dia ni ke..."

Semua mata memandang serong terhadap wanita itu. Dia memakai cermin mata hitam, berbaju tanpa lengan dan berseluar jean. Dia juga memakai kasut bertumit tinggi.

Dia membuka cermin matanya. Wanita itu memandang ke arah kami bertiga. Kami diam terpaku di situ.

"Oh? Hai semua! Kamu semua ni pelajar di pulau ini, ya? Darjah berapa? Kelas mana?" Mak Cik itu bertanya kepada kami tanpa henti.

"Dar-Darjah enam... Kelas... Ada satu kelas sahaja!" Aku membalas. Kami terkejut dengan soalan yang diajukan bertubi-tubi itu.

"Oh, nasib baik sebaya dengan dia." Wanita itu menarik keluar seorang budak perempuan dari belakangnya.

Cantik budak perempuan itu. Dia kelihatan takut dan malu. Matanya yang bulat dan besar. Anak matanya berwarna coklat. Kulitnya amat putih. Mukanya seperti anak kacukan.

"Ini Sunny. Dia sebaya dengan kamu semua, sekolah rendah darjah enam. Berkawan baik-baik ya!" Kata Mak Cik itu memperkenalkan budak perempuan itu kepada kami.

"Aigoo~ Perempuanlah. Kalau nak masuk geng kami, kau kena lari satu pusingan pulau ini dalam masa 50 saat." Sung Kyu menakutkan Sunny.

Aku mengetuk kepala Sung Kyu sekuat hati. Dia tidak patut berkata seperti itu dengan orang yang baru dikenalinya. Dan.... dia menggunakan 'kau'?

"Saya Han Hee Soo. Yang ini Lee Howon dan itu budak yang mulut jahat namanya Kim Sung Kyu." Aku memperkenalkan diri lalu tunduk hormat di hadapannya. Hoya juga begitu.

"Dia ada nama timangan boradori sebab dia suka dengan benda berwarna ungu. Hampir semua barang peribadinya berwarna ungu." Aku berbisik kepada Sunny.

"Tak perlulah cerita pada dia Hee Soo!" Jerit Hoya.

"Selamat berkenalan!" Aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya. Sunny menyorok ke belakang ibunya. Mereka berlalu pergi dari situ setelah Mak Cik itu meminta diri.

"Sombonglah dia itu! Tapi omma dia baik." Ujar Sung Kyu yang agak bengang.

"Agaknya dia pemalu kot? Walaupun rupa dia macam tak suka kita..." Aku membuat andaian.

"Nak kawan pun susah. Nampaknya Hee Soo seoranglah kawan perempuan kita." Keluh Sung Kyu.

Aku tersentap. Pipiku merah padam dan hangat. Aku memandang ke arah Sung Kyu. Dia memalingkan mukanya dan membuka langkahnya.

"Err... Jangan salah anggap, saya tiada apa-apa maksud lain..." Sung Kyu mengusap belakang lehernya.

Kami bertiga selalu bersama...

Jarang terpisah...

10 tahun lagi, 100 tahun lagi malah 1000 tahun lagi sekalipun...

...pasti akan tetap berada disisiku.

Semestinya...

...akan ada Sung Kyu.

Aku duduk di balkoni bilikku. Tiba-tiba aku teringat perbualanku dengan Eun Ji di sekolah tadi.

-FLASHBACK-

"Sunbae~" Eun Ji memanggilku lalu aku memalingkan mukaku kepadanya.

"Eun Ji..."

Eun Ji membawaku ke taman mini sekolah lalu duduk di bawah sebuah pondok kecil. Eun Ji kelihatan gelisah. Seperti ada sesuatu yang penting ingin dia bicarakan.

"Sunbae..." Panggilnya lembut.

"Hmm.." Aku memandangnya. Dia menyembunyikan mukanya.

"Hoya sunbae ada cerita apa-apa pada sunbae tak?" Nada Eun Ji agak mendatar.

"Hmm.. cerita apa? Tiada apa-apa.." Aku bersuara.

"Cerita yang... Dia ada sukakan seseorang?" Eun Ji memandangku. Renungannya penuh dengan kesedihan.

"Sukakan seseorang? Maksud Eun Ji?" Aku agak terkejut dengan apa yang baru aku dengar tadi.

'Hoya? Sukakan seseorang? Apa maksudnya? Hoya jarang bergaul rapat dengan perempuan...'

"Begini... Pagi tadi saya meluahkan perasaan saya terhadapnya..."

"Wah! Jeongmal? Daebak!" Aku bangga dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Eun Ji.

Meluahkan perasaan ialah sesuatu yang memerlukan keberanian yang tinggi. Ini juga berkaitan maruah diri kita. Ramai yang tidak berani meluahkan perasaan terhadap orang yang di sukai kerana takut di tolak oleh mereka.

"Tapi..." Eun Ji menyambung.

"Tapi apa?"

"Saya kata 'Sunbae johahae.' Dia balas 'Hmm.. Saya dah tahu.' Itu membuatkan saya betul-betul terkejut!"

"Dia dah tahu? Macam mana?"

"Saya tanya dia lagi. 'Macam mana sunbae tahu?' Hoya sunbae membalas 'Tingkah laku awak kebelakangan ini agak berbeza...' Saya rasa mahu menyorokkan muka saya ketika itu tapi tiba-tiba dia sambung lagi '...Tapi... mianhae. Saya tak boleh terima awak jadi kekasih saya.' Saya..." Eun Ji mengalirkan air matanya.

Aku tersentap dan tergamam. Hoya menolak cinta Eun Ji? Kenapa?

"Eun Ji.." Aku cuba untuk menenagkan Eun Ji.

Sambil tersenyum dan air matanya masih bercucuran Eun Ji menyambung ceritanya. "'Apa maksud sunbae?' Ketika itu hati saya bagaikan pecah kepada berjuta keping. Saya takut nak dengar jawapannya tapi... saya tabahkan diri. 'Saya tak sukakan awak, mianhae.' Saya tak puas hati dengan jawapan yang diberikan jadi saya bertanya lagi. 'Sunbae dah ada seorang yang disukaikah?' Dia hanya membalas 'Hmm..' dan berlalu dari situ. Sebelum beredar jauh dia ada cakap sesuatu. 'Mianhae. Orang yang saya suka bukan awak.' Maknanya dia memang ada orang yang disukailahkan?" Terang Eun Ji panjang lebar.

-END-

'Hoya... Siapakah yang bertakhta di hatinya? Mengapa aku sebagai sahabatnya tidak mengetahui hal ini? Aku... benci diriku sendiri.'

Aku memandang ke langit melihat bulan dan bintang. Tanganku masih mengusap Oliver yang tidur di atas ribaku. Aku mengeluh sendiri.

Awan Kupu - KupuWhere stories live. Discover now