04

182 13 0
                                    

Aku terjaga dari tidurku. Hujan sudah berhenti dan hari makin gelap. Mungkin sudah lewat malam dan bekalan elektrik masih terputus. Aku melihat sekeliling. Sunyi sepi.

Sung Kyu sedang tidur di sebelahku. Aku bermain dengan rambutnya yang lembut itu. Beberapa saat kemudian dia terjaga. Dia menguap beberapa kali. Kami saling berpandangan.

"Awak dah bangun?" Dia bertanya dalam keadaan mamai.

"Hmm~" Aku masih bermain rambutnya dengan jari jemariku.

"Tadi ahjumma ada menelefon." Sung Kyu bangun dan duduk di sisi katil.

"Omma cakap apa?" Aku duduk bersandar ke kepala katil.

"Ahjumma kata mungkin dia akan pulang esok tengah hari. Dia minta maaf."

Aku hanya mengeluh berat mendengar jawapannya. Sung Kyu merenungku. Aku mendiamkan diri. Suasana sepi buat seketika.

"Hee..." Belum sempat dia menyambung kata-katanya, aku mencelah.

"Jangan... jaebal.."

"Hee Soo..."

"Jangan balik... Awak tahukan..." Aku berbisik dan air mataku seperti hendak gugur.

"Hee Soo..." Sung Kyu memelukku. Air mataku jatuh bergelinganan.

"Saya ada di sini. Awak jangan risau. Saya tak akan biarkan awak berseorangan..." Aku memeluknya erat.

"Gumawo." Air mataku makin deras.

"Sung Kyu..." Aku meleraikan pelukan.

"Hmm?"

"Sekarang pukul berapa?" Aku bertanya.

"Dah tengah malam. Awak jangan risau. Ibu bapa saya tahu saya bermalam di sini. Awak tidur lagi, ya?" Dia mengusap ubun-ubun rambutku.

"Hmm..." Aku kembali baring di atas katil dan badanku diselubungi selimut.

Aku memejamkan mata. Aku dapat merasa Sung Kyu sedang mengusap kepalaku lembut. Suasana kembali sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah hembusan nafas kami.

Perlahan-lahan aku tertidur lagi.

Ada sesuatu yang memancar ke arahku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku melihat di sekeliling. Tiada orang di situ. Sung Kyu tiada di sebelahku. Oliver juga tiada di tempat tidurnya.

Aku bangun dari katilku dan turun ke tingkat bawah. Aku menuju ke dapur kerana terhidu sesuatu yang lazat.

"Sung Kyu?"

Sung Kyu sedang menuang susu ke dalam gelas. Dia memandang kepadaku lalu tersenyum. Aku melihat ada sandwich di atas meja makanku. Mungkinkah Sung Kyu yang membuatnya?

"Marilah duduk. Saya dah sediakan sarapan untuk awak." Pelawa Sung Kyu lalu meletakkan segelas susu di sebelah piring sandwich itu.

Aku berjalan mendekati meja makan dan duduk di hadapan Sung Kyu. Dia hanya tersenyum dan menyuruh aku untuk mencuba sandwich tersebut.

"Makanlah."

Aku menyuapkan sandwich itu ke dalam mulutku. Sedap. Itulah yang aku rasa. Walaupun ianya ikan tuna tin segera tetapi rasanya agak lain bila Sung Kyu yang menyediakannya.

"Macam mana sedap tak?"

"Hmm.."

"Saya cuba buat sahaja. Saya cuma tahu buat sandwich tuna sahaja..."

"Oh... Awak tak makan?"

"Dah... dengan Oliver tadi."

"Oliver?"

Awan Kupu - KupuWhere stories live. Discover now