09

156 16 0
                                    

Tetap sama. Sudah beberapa hari berlalu tetapi Sunny masih tidak sedarkan dirinya. Dia terpaksa dipindahkan ke hospital yang lebih lengkap di bandar besar.

Tidak lama selepas itu, aku dengar khabar yang dia dah sedar... Namun sejak itu... kami tidak dengar apa-apa berita lagi tentang mereka.

Aku, Sung Kyu dan Hoya berdiri di hadapan rumah Sunny. Kelihatan papan tanda 'Rumah Untuk Dijual' tergantung di depan pagar rumahnya.

"Entah bilalah omma si Sunny itu pindahkan barangnya." Seorang Mak Cik berbisik kepada rakannya.

"Tak ada siapa yang tahu pun. Dengarnya dia macam berpindah waktu malam buta." Seorang lagi membalas.

Itulah orang tua bila bersama suka sangat bergosip. Banyak berita yang tak betul di gosipnya. Agaknya mulut mereka itu memang tidak reti duduk diam.

"Tapi bukan senang hendak membeli rumah."

"Kalau takut kemalangan macam itu menimpa lagi, baik pergi belajar berenang. Itu memang perkara asas kalau mahu duduk di pulau."

Kami memandang kedua-dua mak cik tersebut. Mereka dari tadi sibuk bergosip di belakang kami. Sung Kyu dengan tiba-tiba menundukkan badannya dan mengambil sesuatu di tanah.

Dia membaling batu ke arah mak cik-mak cik yang bergosip tadi itu. Nasib baik batu itu tidak terkena mereka tetapi terkena pada dinding jalan. Sung Kyu berlalu dari situ. Aku dan Hoya mengekorinya.

"OMO!" Mak cik - mak cik itu terkejut tiba-tiba ada sesuatu melintas di hadapan muka mereka.

"Apa hal itu?" Mereka memandang kami yang berlalu pergi.

Sung Kyu... sejak hari itu dia dah jadi pendiam. Tak banyak ayat yang keluar dari mulutnya.

Aku pula... terus dicengkam perasaan berdosa di atas jenayah yang telah aku lakukan. Namun aku takut untuk membuat pengakuan kerana... aku masih lagi rapat dengan Sung Kyu...

***

Sudah beberapa musim panas berlalu. Kami semua dah jadi senior tahun 3 sekolah tinggi.

"Han Hee Soo!" Cikgu Jeon memanggil namaku dengan nadanya yang agak dikawal marahnya.

"Borang konsultasi kerjaya kamu ini masih... kosong!" Cikgu Jeon menunjukkan borang konsultasi kerjaya itu kepadaku.

"Nak isi apa-apa pun jadilah. Kamu bukankah... selalu kata impian kamu ialah 'mahu jadi pengantin perempuan Sung Kyu'?"

Aku tersentap. Aku berasa malu dan pipiku kemerah-merahan. Aku tidak menjawab pertanyaan Cikgu Jeon.

"Hahaha. Cikgu dah tahu sangat tentang hal kamu Hee Soo." Perli cikgu.

"Takkanlah tiada apa-apa yang kamu ingin lakukan? Sung Kyu dengan Hoya pun ada rancangan untuk masa depan mereka."

Cikgu Jeon mengipas dirinya. Hari ini cuaca amat panas. Matahari mengeluarkan sinarnya yang hangat itu.

"Kalian bertiga memanglah dah lama berkawan baik. Tapi... setiap orang, bila tiba masanya akan memilih haluan hidup sendiri juga." Cikgu Jeon berkata sebelum kami bersurai.

Aku berjalan pulang sendirian dari sekolah. Hari ini pulang lewat kerana hal borang konsultasi kerjayaku yang masih kosong. Fikiranku juga kosong seperti langit biru itu.

Aku memandang ke laut. Kelihatan Sung Kyu sedang membantu ayahnya menangkap ikan di laut. Aku melambai ke arahnya dan memangilnya.

"Sung Kyu!"

Dia menoleh dan memandang ke arahku. Aku senyum kepadanya dan berlari ke arahnya. Sung Kyu turun dari sampannya dan berjalan ke arahku.

"Oh, Hee Soo! Awak pulang lewatkah?" Dia bertanya.

"Ya, konsultasi kerjaya punya pasallah ni." Aku mengeluh.

"Sung Kyu pun jadi nelayan...?" Aku bertanya pula.

"Oh, saya kenalah 'menyambung warisan' supaya tiada orang yang akan menangis lagi." Perli Sung Kyu sambil jarinya menunjukkan ke arah ayahnya.

"Kenapa pula itu?" Pak Cik Kim terkejut mendengar penyataan Sung Kyu.

"Kamu pun mestilah pilih dengan betul." Sung Kyu memberi nasihat.

"Nae..." Balasku ringkas.

"Ini ada ikan kerapu hitam. Bawalah balik." Sung Kyu menghulurkanku baldi kecil yang berisi beberapa ekor ikan kerapu hitam.

Aku mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih. Aku rindu jenaka Sung Kyu. Sung Kyu yang sangat ceria. Aku rindu senyuman dan tawanya.

"Sung Kyu mari tolong!" Pak Cik Kim meminta bantuan Sung Kyu.

"Yalah, saya datang." Sung Kyu pergi ke arah ayahnya.

Aku berjalan pulang ke rumah. Aku masih buntu. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tidak pernah terfikir tentangnya selama ini.

***

"Hee Soo ada surat untuk awak!" Hoya berdiri dihadapan pintuku.

Aku dengar cerita yang Hoya bekerja sambilan sebagai posmen di tempat kerja ayahnya. Sung Kyu juga menjadi nelayan. Aku? Masih tiada hala tujuan.

"Susahkan awak sahaja Hoya." Aku mengambil surat yang di hulurnya.

"Rupanya Hoya pun bila dah graduate nanti akan bekerja sebagai posmen di pejabat pos untuk menyambung warisan ayah juga... Hmm~ semua orang dah buat pilihan." Keluhku.

"Dalam kes saya bukan untuk menyambung waarisanlah... Kenapa ni? Tentang kursus itu, ya?" Hoya bertanya.

Aku mengangguk lemah. Aku masih tidak dapat fikirkan apa-apa. Fikiranku kosong. Hatiku pun kosong.

"Bukankah awak nak jadi pengantin perempuan Sung Kyu, Hee Soo?"

Soalan Hoya buat aku terkejut. Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya. Aku tidak memberi sebarang reaksi terhadap soalan Hoya.

"Jadi pilih sajalah apa-apa kerjaya yang sesuai sebelum awak berdua berkahwin nanti..." Pujuk Hoya.

"Sung Kyu... langsung tak pandang aku sebelah mata pun..." Itulah kenyataannya.

Realiti yang harusku hadapi. Sung Kyu masih menanti kepulangan Sunny. Dia amat mencintai Sunny. Walaupun hatiku sakit mengetahui itu tapi aku harus menerimanya. Tiada ruang lagi untukku memiliki cintanya.

"Mana ada macam itu!" Hoya masih memujukku.

"Kalian berdua memang sepadanlah! Bersemangatlah sedikit." Hoya memberi motivasi.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Itu semua auta. Aku dan Sung Kyu bukan lagi bagai pinang di belah dua. Aku tidak layak untuknya. Dia bukan takdirku lagi.

Awan Kupu - KupuWhere stories live. Discover now