06

165 14 0
                                    

"Cikgu perkenalkan Sunny Kim. Pelajar baru dari Seoul. Kamu semua berkawanlah baik-baik dengan dia ya." Cikgu Jang memperkenalkan Sunny kepada murid-murid di kelas.

Tiada respon yang diberikan oleh mereka. Semuanya senyap. Sunny duduk di barisan hadapan sekali bersebelahan dengan tingkap.

"Cepatnya dia dipulaukan..." Sung Kyu bersuara selepas loceng waktu terakhir berbunyi.

"Tiada siapa pun yang akan sudi berkawan dengan budak baru itu. Appa aku cakap omma budak itu dibenci oleh semua orang kampung di pulau ini." Myung Soo, rakan sekelas kami bercerita.

"Kenapa pula?" Aku bertanya kehairanan.

"Aku tidak tahu cerita sebenarnya tetapi aku dengar mereka cakap, 'Kalau terserempak dengan perempuan itu, kita jangan layan dia baik-baik' dan macam-macam lagilah." Jelas Myung Soo.

Aku dan Sung Kyu saling berpandangan. Kami bersurai dan pulang ke rumah. Hari ini Hoya tidak hadir ke sekolah kerana ada hal keluarga yang perlu diuruskan.

Jadi aku berjalan pulang sendirian ke rumah. Sung Kyu seperti biasa dengan latihan bola keranjangnya. Aku teringat kata-kata Myung Soo tadi.

Orang dewasa...

Walaupun mereka yang buat video untuk Pendidikan Moral tentang 'Buli dan Diskriminasi'...

...tapi diri merekaa sendiri yang tidak menunjukkan contoh yang baik.

Itulah perangai yang paling aku benci!

"Apa semua ini???"

Aku menoleh ke arah suara lantang itu.

"Kenapa belut laut sudah jadi 500 won pula seekor?" Ibu Sunny memarahi Pak Cik Jung Yeop.

Aku berjalan mendekati mereka.

"Harga asalnya memang macam itulah! Kalau tak suka, pergilah cari di tempat lain!" Bentak Pak Cik Jung Yeop.

Aku berasa geram melihat situasi itu.

"Penipu!" Jeritku.

"Pak Cik, masa saya beli hari itu harganya tak sampai pun 100 won seekor!" Kenapa sampai teruk sangat naikkan harga?!" Marahku.

Pak Cik Jung Yeop dan Mak Cik terkejut melihat aku. Mak Cik memandang hairan ke arahku. Aku hanya mendiamkan diri.

"Hee.. Hee... Soo.." Pak Cik Jung Yeop terketar-ketar memanggil namaku.

"Kwenchana Hee Soo. Tidak baik marah-marah." Mak Cik menenagkan aku.

"Jahat betul... Melampau.. Grr... Berani cuba tipu aku. Geramnya!" Mak Cik mengawal suaranya.

"Wah~ Dengan bantuan Hee Soo, harga dapat dikurangkan!" Mak Cik menyanyi dengan gembira.

Kami berjalan pulang bersama-sama.

"Dapat ikan sardin percuma lagi!" Mak Cik begitu seronok.

"Hee Soo suka makan belut laut?" Mak Cik bertanya.

"Hmm! Suka sangat! Makanan kegemaran saya!" Aku membalas dengan gembira.

"Kalau begitu datanglah singgah ke rumah! Ahjumma akan masakkan donburi belut laut (Sejenis makanan Jepun) istimewa untuk kamu sebagai tanda terima kasih! Ahjumma terhutang budi pada kamu." Pelawa ibu Sunny.

"Err, tapi... orang tua kamu mesti tak izinkan..." Mak Cik memberhentikan langkahnya lalu membongkokkan sedikit badannya dan memandangku.

"Ahjumma tahu yang penduduk di pulau ini semua tak suka pada ahjumma." Tambahnya.

"Eh, mana ada. Mesti boleh! Dan... saya tak benci pada Mak Cik sikit pun." Aku membalas.

"Hee Soo memang anak yang baiklah." Puji Mak Cik lalu kami berjalan semula.

"Apa ahjumma lakukan dahulu? Kenapa orang disini tidak suka pada Mak Cik?" Aku bertanya ingin tahu tentang kebenaran yang diceritakan oleh Myung Soo dikelas sebelum kami pulang ke rumah.

"Haha. Kamu ini tidak pandai berselindung betullah." Mak Cik tertawa.

"Hmm?"

Sebelum ibu Sunny bercerita, aku mendengar dia mengeluh beberapa kali. Aku pura-pura tidak mengetahuinya.

"Hmm... Ya, mungkin yang terjadi ini akibat kesilapan ajumma. Masa ahjumma berumur 20 tahun, ahjumma telah ditetapkan untuk berkahwin dengan seorang pemuda pulau ini... tapi hati ahjumma tiba-tiba ditawan oleh jejaka dari luar negara yang datang bercuti di pulau ini." Terang Mak Cik panjang lebar.

"Wah~ Mesti ahjumma jatuh cinta!" Aku teruja mendengar ceritanya.

"Mestilah~!"

Mak Cik menyambung lagi ceritanya. "Orang-orang tua pulau ini menentang hubungan kami habis-habisan! Akhirnya ahjumma terpaksa ambil tindakan drastik. Walaupun ahjumma tak rela. Ahjumma kata 'Saya tidak akan pulang ke pulau ini lagi!' Itulah puncanya."

"Wah! Ahjumma kahwin larikah?" Aku bertanya ingin tahu. Mak Cik hanya menganggukkan kepalanya.

"Ya, tapi.. bercerai dengan tragiknya tidak lama selepas itu." Mak Cik menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Selepas itu, omma dan appa ahjumma juga turut sama berhijrah ke bandar besar. Ahjumma memang tiada hati langsung nak balik ke pulau ini semula tapi..." Mak Cik memandang ke tanah.

Mukanya penuh kerisauan, kekesalan dan kekecewaan. Dia melepaskan keluhan. Aku menanti ayat yang seterusnya dari bibirnya.

"... anak perempuan Mak Cik, Sunny..."

Mak Cik memberhentikan langkahnya. Aku juga berhenti.

"...Dia tidak betah berkawan dengan budak-budak di bandar itu... Di pulau ini pun rasanya dia mungkin tidak akan ada kawan langsung. Mak Cik tidak sepatutnya bawa dia ke sini. Kenapalah..."

Mak Cik kelihatan betul-betul risau tentang Sunny. Aku dapat melihat kesedihan yang jelas terpancar pada mukanya. Aku turut bersimpati.

"...kita mengharapkan sesuatu yang mustahil. Nampaknya pulang ke sini adalah tindakan yang salah." Mak Cik berjalan meninggalkan aku di belakang.

"Mak Cik jangan risau!" Laungku.

Mak Cik memusingkan badannya dan memandangku. Aku tersenyum padanya. Aku ingin membantunya.

"Serahkan hal Sunny pada saya!" Aku berkata dengan penuh keyakinan.

Awan Kupu - KupuWhere stories live. Discover now