07

169 13 1
                                    

"Sunny!" Aku memanggilnya dari hadapan rumahnya dan melambai tanganku ke udara ke arahnya.

Dia menjenguk ke luar dari tingkap biliknya. Aku tersenyum padanya. Aku telah berjanji dengan Mak Cik untuk berkawan dengannya.

"Marilah kita pergi bermain bersama!" Pelawaku.

Sunny masih tidak berganjak. Aku masih cuba untuk memujuknya untuk bermain bersama sehingga dia mahu pergi bersamaku.

"Kenapa bawa budak itu ke sini?" Marah Sung Kyu.

"Apa salahnya? Kita marilah bermain bersama-sama." Aku bertegas.

"Weh, kau! Kalau kau sanggup makan kepala ikan ini hidup-hidup, baru kau boleh..." Sung Kyu menunjukkan ikan yang baru dipancingnya tadi tapi sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya aku mengetuk kepalanya.

"Sakitlah!" Rintihnya.

"Janganlah kurang ajar sangat dengan dia." Aku menarik tangan Sunny dan kami pergi memancing.

Hoya dan Sung Kyu memancing di tepi tebing manakala aku dan Sunny memancing di batu-batu besar. Aku mengajar Sunny cara memancing. Lalu kami berempat memancing ke tengah laut sedikit menggunakan sampan milik ayah Sung Kyu.

"Alamak! Awan kupu-kupulah!" Aku bersuara setelah melihat ada awan kemulus di langit.

"Ribut nak tiba! Ribut nak tiba! Cepat beredar!" Arah Sung Kyu sambil aku dan Hoya menolongnya menolak sampan ke tepi laut.

Sunny mendongakkan kepalanya dan memandang ke langit. Dia memerhati awan kupu-kupu itu.

"Awan kupu-kupu?" Sunny kehairanan. Suaranya bertanya seperti berbisik tapi masih dapat di dengari kami.

"Oh, Sunny tak pernah tengokkah?" Hoya bertanya.

Sunny hanya menggelengkan kepalanya. Memang patut pun dia tidak pernah melihatnya kerana dia membesar di bandar.

"Di kalangan para nelayan, awan kemulus berbentuk kupu-kupu dianggap sebagai petanda yang angin kencang akan bertiup..."

Belum sempat Hoya memberi penjelasan lebih lanjut petir sudah berbunyi. Kami cepat-cepat menarik sampan ke daratan.

"Ribut dan tiba! Ribut! Ribut!" Sung Kyu dan Hoya menjerit ketakutan.

Kami berlari masuk ke dalam gua kecil berdekatan tebing tinggi. Kami berteduh di situ sehingga hujan reda. Semuanya sudah basah kuyup.

"Tapi... lautan selepas ribut... kelihatan sangat cantikkan?" Aku bersuara dengan girangnya.

Pelangi mucul setelah hujan reda. Kami amat seronok dapat melihat pelangi yang cantik itu. Itulah kali pertama Sunny melihat pelangi katanya.

Kami berempat pergi naik ke atas tebing tinggi dan terjun ke dalam laut lalu berenang bersama-sama. Hanya Sunny yang takut untuk terjun.

Budak bandar memang tak akan berani terjun dari ketinggian itu. Lagi pun hanya aku, Sung Kyu dan Hoya budak di pulau ini yang berani terjun dari tebing setinggi itu.

Sunny menggigil di hujung tebing tinggi itu. Dia tiada keberanian yang tinggi mungkin untuk terjun dari situ. Aku berenang bersama yang lain.

Agak lama Sunny berdiri di situ. Aku mengajaknya untuk berenang bersama kami sekali. Langkahnya berat untuk terjun dari situ.

"Sunny, marilah berenang sekali!" Laungku dari bawah.

"Hee Soo, tinggalkan sahaja dia! Jom pergi!" Sung Kyu memarahiku.

"Sunny tunggu di situ sekejap. Nanti Hee Soo datang balik!" Laungku.

Aku kembali berenang bersama mereka. Aku membiarkan Sunny bersendirian di situ. Sedang asyik kami berenang tiba-tiba kami terdengar suatu bunyi yang amat kuat.

Awan Kupu - KupuWhere stories live. Discover now