5

7.2K 168 6
                                    

"Sekarang ni, ceritakan perkara yang sebenar.Apa yang berlaku sebenarnya.Daddy nak Mairah dengan Airi jujur! Faham?" Aku dan si mamat buaya memandang sesama sendiri dengan tatapan benci.

"Auncle, sebenarnya Mairah naik tangga nak pergi bilik yang aunty cakapkan tu.Lepas tu, bila Mairah ternampak pintu bilik mamat buaya ni...terbuka setengah, Mairah cubalah tengok dia ni buat apa." Lenganku disiku kasar.Seakan mamat buaya ini tidak memberiku menceritakan hal kebenaran.

"Airi, apa ni siku-siku Mairah? Biarlah dia nak ceritakan perkara sebenar.Yang kamu takut sangat ni kenapa?" Tanya Datin Razifah curiga.Huzairi terkejut.

"Eh tak adelah.Ha...boleh sambung!" Lalu dia menjelingku dengan kejam.

Aku pun menyambung semula cerita.Seketika raut wajah mereka berempat tercengang.Kemudian tertawa.Dan setelah aku habis menceritakan, mereka menggeleng kepala memandang kami berdua yang membenci antara satu sama lain.

"Astarghfirullah! Airi, kenapa Airi cium Mairah? Berdosa tahu tak?" Marah Datuk Syafie disela-sela tawanya yang belum hilang.Huzairi nampaknya menampilkan perwatakan biasa terhadapku.Seakan dia itu tidak merasa bersalah.Geramnya aku! Aku juga sebenarnya belum puas lagi mahu memukulnya.Kalau boleh, sekarang ini juga aku akan menyerang.Tetapi aku mesti hormat kepada orang tuaku dan Huzairi.

"Alah, biasalah daddy.Nafsu.Siapa je lelaki yang tak keluar nafsunya kalau tergoda dengan budak sekolah yang comel sangat ni!" jawabnya kasar menekankan 'comel sangat!' terhadapku.Ayat ini mesti ayat memerliku.Aku menjelingnya disebelah.

"Kalau ya pun tergoda, tunggulah dah halal.
Ini kamu main cium je tanpa ada ikatan." Tambah Datin Razifah menujukan ayat untuk kami berdua.Aku menunduk.Manakala Huzairi membuat muka tidak bersalah.Ugh...shannaro!

"Ehem...tapi kalau kamu berdua dah berkenan, apa salahnya jika kami jodohkan kamu berdua.Betul tak Faris?" tanya Datuk Syafie kepada ayahku.Kuharap ayahku tidak mengangguk.Tetapi apa yangku lihat ialah dia mengangguk.

"Betul tu.Ayah dan ibu restukan je kalau Mairah nak.Hehehe..." sempat pula ayahku tercengir-cengir begitu.

"Tak apalah En.Faris.Saya minta maaf sebab 'tercium' anak En.Faris.Saya tak sengaja." kata Huzairi tiba-tiba.Aku tercengang.

'Tak sengaja?! What the hell kau cakap tak sengaja!' Innerku keluar semula.Aku hanya terdiam menjelingnya ekor mata.

"Dah lah.Mairah nak naik atas solat isyak.
Lepas tu Mairah nak buat kerja sekolah.Mairah pergi dulu, semua." Pamitku kepada semua.Tetapi sebelum itu, aku menjelirkan lidah kepada Huzairi.Biar dia rasakan! Lalu aku segera beredar dari situ.

"Eh, tak nak makan dulu ke?" Tanya pula ibuku.Aku menoleh.

"Dah kenyang.Tak ada selera.Apalagi bila ada orang tu!" jawabku ketus.Dia pula sempat mendengus mengetepikan anak matanya padaku.Aku memusingkan badan tersenyum puas kemenangan.Buat pertama kalinya dia tidak menjawab apa yang aku katakan tadi.Aku amat gembira kerana aku telah menang.

Dan setelah kelibat Humairah hilang dari pandang semua orang, Datin Razifah menghela.Semua menghela nafas masing-masing.Kecuali Huzairi sahaja tampak biasa-biasa.Dan kini Huzairi sedang berkutat dengan ifonenya.

"Dia marah sangat agaknya.Sampai tak ada selera nak makan.Betul tak?" Tanya Datin Razifah kepada Khazanah.Khazanah tertawa lembut.

"Rasanya macam tu lah.Dia kalau tengah marah je, terus tak ada mood nak makan." Tambah Khazanah dan mereka berdua langsung tertawa sesama sendiri.Huzairi yang mendengar perbualan ibunya, terus mencebikkan wajah.Kenapalah semua orang cakap pasal budak tu?! Namun, soalan itu tidak berjawab kerana dia bertanya di dalam hati.
.
.
Jam loceng milik Datin Razifah berbunyi di dalam bilik yang aku sedang tumpang tidur.
Aku pantas menutup jam tersebut lalu aku bangun dari tidur.Subuh sudah pun masuk waktunya.Aku mengerjapkan mata beberapa kali.Rasa kantuk di mata masih berat.Mungkin kerana kerja sekolah semalam yang aku kerjakan.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now