78

1.3K 59 8
                                    

Enjoy Your Read!
•••••••••

Hafizi dan Hafiqi sedang membuat kerja sekolah.Mereka berdua duduk di meja belajar di dalam bilik mereka.Yang cemberutnya adalah Hafiqi.Budak lelaki itu merindui ayahnya.Hafizi pula tenang sahaja sambil menulis-nulis dalam buku latihannya.

"Ah...cukuplah! Tak ada idea nak tulis karangan." Keluh Hafiqi menghempas pensel di atas meja.Wajahnya dihempuk serentak atas meja.Hafizi menajamkan pandangan.

"Adik ni baka...cubalah fikir apa yang nak dituliskan.Cikgu kata buat karangan tajuk bebas.Jadi, adik boleh fikir dan tulis apa saja yang adik suka." Terang Hafizi memandang adiknya di sebelah.Hafiqi meraung kecil.

"Fiqi tak boleh nak fikirkan lagi.Fikir pun tentang tou-san je.Dah lama kita tak jumpa tou-san.Mesti dia best duduk kat Malaysia."
Hafizi mencebik.

"Dah pandai merungut eh? Bersyukurlah kita dapat duduk kat sini.Makan minum semua mewah-mewah.Walaupun tou-san tak ada di sini, dia tetap akan ingat kaa-san dan kita semua." senyuman Hafiqi melebar lega.
Kembali dia memegang pensel.Buku latihan ditenung lama.

"Abang."

"Hn?"

Hafiqi menoleh.Ada satu perasan menjalar di hatinya.

"Kenapa abang mirip sangat dengan Huzairi-Nii? Sedangkan Fiqi tengok diri Fiqi, sama macam tou-san." Hafiqi menunduk lemah.
Abangnya kadangkala selalu memarahinya jika dia mahu bermain dengan gundam milik abangnya sendiri.Hafizi juga terkenal dengan sifat dinginnya.Sifat dingin yang pasti bukan seperti Zafirah tetapi Huzairi.

Hafizi terdiam.Tergamam sekali mendengar soalan adiknya.

"Kita bercakap lain kali.Abang dah siap kerja sekolah.Abang nak turun tengok tv." Hafizi mula mengemas semua peralatan sekolahnya dan meninggalkan Hafiqi yang termenung seorang diri dalam keadaan sedih dan kecewa.

Hafiqi bangun dan berjalan menghampiri almari cerminnya.Di atas meja itu, terdapat gambar dia dan Hafizi bersama dengan Hakim.Namun, ibunya tiada di dalam gambar itu.Dan pernyataan inilah yang membuatkan Hafiqi sentiasa bingung.Dia menutup buku latihan dan keluar dari biliknya menuju ke bilik Zafirah.

............

"Kaa-san! Omma! Kaa-san! Omma!" Hafiqi mengetuk pintu berkali-kali dengan menyebut ibu dalam berlainan jenis bahasa.Zafirah menyelakkan rambut di belakang cuping telinga.

"Masuklah sayang."

"Sumimasen...kaa-san!"

Hafiqi dengan manja terus baring telentang di atas katil besar empuk milik Zafirah.

"Ya sayang.Kenapa Fiqi cari Kaa-san? Kerja sekolah dah siap?"

"Mou ienai (Saya tidak perlukannya)" jawab Hafiqi dengan wajah merajuk.Bila minta tolong abangnya, berkali-kali juga minta tapi tidak pernah abangnya menolong.Sombong sahaja abangnya seperti budak ais.Zafirah bulat mata lalu mengelus pipi anaknya.

"Mana boleh tak perlu Fiqi sayang.Kaa-san boleh tolong kalau Fiqi tak tahu nak buat kerja sekolah.Na...Nii-chan tak tolong ke?"
Pertanyaan itu membuatkan Hafiqi sebal.

"Mou! Nii-chan baka.Dia kedekut ilmu dan tak mahu nak tolong Fiqi.Sekarang Nii-chan dah siap kerja sekolah.Tapi Fiqi belum siapkan karangan lagi Kaa-san." Jelas sekali Zafirah dapat melihat anaknya mengembungkan pipi.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now