21

5.8K 143 2
                                    


Kana Nishino-Nerdhead.

"Tahniah sayang, Mairah lulus!" badan kecilku dipeluk erat oleh ibu dan ayahku.
Aku tersenyum menampilkan tangis kegembiraan sebaik sahaja sudah lama menunggu keputusan SPM ku keluar.
Dan inilah hasilnya.Aku berjaya juga.

"Mairah tahniah! Mummy bangga pada Mairah.Lepas ni Mairah bolehlah sambung belajar." Datin Razifah pula memelukku ketat.
Aku terangguk.

"Arigatou.InsyaAllah mummy, Mairah akan ikut je.Janji itu ada kebaikan pada Mairah."
Kataku dan disambut oleh senyuman semua orang.Datuk Syafie, Datin Razifah, ibu dan ayahku.Dan Huzairi? Jangan cakap lagi.
Aku tidak mahu mendengarnya.

4 bulan berlalu begitu sahaja.Masa tidak boleh diputarkan semula.Begitu juga dengan aku yang sudah mencapai impian untuk sambung belajar.Kehadiran semua orang di dalam kehidupanku itu adil.Tetapi ada yang kurang.Ya, kehadiran Huzairi terhadapku.
Dia memang benar mengabaikanku selama 4 bulan.

...

Huzairi berajalan seiringan dengan Suzi sambil membincangkan soal kemajuan syarikatnya yang hampir menaik.Tidak merosot, itu kerana kehendak Allah SWT memajukan bisnesnya.

"Emm...ayah saya mana?" Tanya Huzairi menampilkan senyuman manis.Suzi senang bila melihat perubahan pada diri Huzairi.Tiada lagi perempuan di sekeliling pinggang.Rajin beribadat dan taat pada perintah ayahnya.

"Datuk kata nak keluar.Dia nak raikan sesuatu untuk isteri tuan." Suzi tersengih mengusik Huzairi.Hati Huzairi bagaikan berdegup kencang mendengar nama itu.
Dia mahu segera mengubah topik dan berdalih.

"Oh, okay tak apa.Saya dah tahu ayah nak raikan apa.Kalau macam tu, awak boleh sambung kerja awak.Saya nak pergi office ambil barang.See you later." Formal Huzairi berucap.Huzairi membungkuk badan dan segera beredar dengan hati yang bertambah rindu.

Mata Suzi masih setia memandang Huzairi dengan tanda tanya.Apakah dia mempunyai masalah? Suzi tersenyum.Dalam hati dia berdoa agar Huzairi dan Humairah bersatu cinta abadi.

...

Bila mata dipejam, wajah itu terbayang-bayang.Bila ketuk kepala, masih lagi tidak dapat mengeluarkan lagi bayangan Humairah dalam kepala.Apa yang sudah terjadi pada dirinya? Dilamun rindu sampaikan begini sekali.

"Kenapa ni? Kenapa aku asyik terbayang wajah dia dalam fikiran aku? Peninglah kepala." batang hidung ditekan sekejap.Kening cantik Huzairi bertaut panjang.Rasa lelah terhadap perasaan rindu ini.Namun dia cuba padamkan.Tetapi payah!

Dia telah mengabaikan isterinya selama 4 bulan.Itu sangat lama.Lama sampai membuatkan egonya lebih tinggi dan tidak mahu diturunkan.Apa yang terkandung di dalam fikirannya, semua tentang Humairah.
Bukannya apa, dia masih tidak boleh membuang bayangan gadis itu dari fikirannya.

Jiwanya boleh dikatakan keseorangan.
Lagipun, dia memang sudah berubah.Dia memang menyesal apabila terikut-ikut dengan perangai playboynya itu.Sekarang Huzairi tidak boleh memandang sesiapa perempuan selain dari Humairah.Dia selalu memerhatikan gadis itu dari jauh meskipun Humairah tidak perasan.

"YaAllah, ampunilah dosa-dosaku yang lalu.
Sesungguhnya, Engkaulah maha pengampun dosa-dosa besar.Amin..." selesai menadah tangan, Huzairi meraup wajah dengan kedua-dua tangannya.Dia merehatkan diri di atas sofa sementara menunggu daddynya tiba.

...

"Mairah, boleh tak tolong ambilkan daddy fail kat meja Airi? Daddy rasa, Airi dah balik.Tengok dia tak ada pun dalam office tu."
Datuk Syafie menggaru kepala.Membuatku tertawa kecil.Selepas mengambil result SPM ku, Datuk memintaku untuk menemaninya pergi ke pejabatnya.Itu pun permintaan dari Datin Razifah.Aku menurut sahaja.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now