33

3.3K 119 6
                                    


Kana Nishino - Missing You.

................

"Ada pelajar baru?" Tanya Asyraf kehairanan.
Dia hanya menatap Chef Yamato dengan pandangan bingung.Kemudian pandangannya beralih pula memandang Encik Ghafi dengan pandangan tidak percaya.

"Ya, maklumat yang saya dapat daripada pengurusan kelas memasak.Ada pelajar baru yang akan belajar di sini.Dan gurunya adalah awak, Asyraf-san." Jelas Encik Ghafi dengan wajahnya yang serius bukan main lagi.Asyraf tersentak.

"Saya jadi guru kepada pelajar tu?" Soal Asyraf dengan suara lembut sambil menunjuk dirinya sendiri.Perilaku itu telah membuatkan Chef Yamato tergelak kecil akibat sikap Asyraf.Walaupun Chef Yamato tidak pandai bercakap Bahasa Melayu, tetapi dia boleh faham dengan apa yang Asyraf cuba sampaikan.

Encik Ghafi tersenyum simpul.
"Menurut pengurus, awak lah yang dipilih sebagai guru terbaik untuk mengajar mereka.
Jadi rasanya tak menjadi masalah bukan untuk awak mencurahkan segala ilmu masakan kepada pelajar baru ini? Atau...awak tidak sudi Asyraf-san?" Tanya Encik Ghafi menaikkan kaca matanya dengan memberikan tatapan seperti mengugut.

Asyraf pantas menggeleng dalam senyumannya.Dia mengangkat tangan.

"Gomen ne, bukannya saya tak sudi Encik Ghafi.Tapi setahu saya, pelajar baru ini akan diajar oleh Chef Yamato yang lebih handal daripada saya.Masalahnya, misal saya yang ajar pelajar itu, saya takut kalau-kalau timbulnya masalah Encik Ghafi." Terang Asyraf lalu selamba menyiku Chef Yamato yang sudah mengusap tengkuknya.
Encik Ghafi menaikkan kaca mata sebelum memandang Chef Yamato.

"Sepatutnya memang Chef Yamato yang diambil sebagai guru untuk pelajar baru itu.
Tapi, disebabkan awak ada masalah kesihatan, pengurus dah menetapkan yang awak hanya perlu mengajar pelajar itu seorang sahaja.Selain daripada itu, kelas memasak yang ramai pelajarnya Yamato akan mengambil alih."

DEG...

Asyraf merasakan sesuatu di dalam hatinya.
Namun ia sepertinya susah hendak ditafsirkan.Benarlah kata Encik Ghafi bahawa dia harus mencuba untuk mengajar pelajar baru itu.Dan sebelum Asyraf ingin menyetujui tawaran ini, dia harus memastikan satu perkara lagi.

  Asyraf tersenyum angguk.Dia segera mengeluarkan satu buku nota kecil untuk mencatat sesuatu.Setelah itu, dia mendongak pula menatap Encik Ghafi.

"Baiklah, saya setuju dengan apa yang Encik Ghafi minta tadi.Tetapi sebelum tu, saya nak minta maklumat biodata pelajar baru tu boleh tak?" Pinta Asyraf yang sudah sedia dengan buku nota kecilnya.Encik Ghafi terdiam sementara.Dia cuba memikirkan permintaan daripada Asyraf ini.Lama-lama Encik Ghafi tersenyum malu.

"Maaf, saya terlupa tadi." Encik Ghafi mengangkat tangannya dengan sopan-santun.Asyraf dan Chef Yamato saling berpandangan dan tertawa kecil.

"Tak apa lah Encik.Saya okey je kalau encik tak mahu memberikan sedikit maklumat fasal pelajar itu.Soalnya, senanglah nanti saya nak buat fail biodata dia di Jepun ni.Harap maklum ya Encik Ghafi." Asyraf menunduk hormat kepada Encik Ghafi.Lelaki tua itu pun kemudian mengambil beberapa helaian kertas di atas meja.

"Nama dia, Nur Humairah Binti Faris.Oh, dia Islam." Beritahu Encik Ghafi yang begumamkan nama pelajar baru itu.Asyraf terangguk sebelum menulis nama tersebut.
Namun entah mengapa tiba-tiba kepalanya mula rasa sakit.

' Humairah? Nama ni...' bisik hati Asyraf sambil merenung nama yang ditulisnya tadi.

"Dia dari warga negara Malaysia.Dan pernah sekali pergi ke Jepun.Atas urusannya ialah, dia dipilih sebagai penyanyi remaja untuk lagu Jepun.Beliau juga telah memenangi hadiah percutian tiga hari dua malam di sini.
Amat mengagumkan!" Bangga Encik Ghafi memberitahu.Asyraf terdiam lalu kembali menulis lagi.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now