61

1.4K 79 14
                                    

"Kalau kau nak sangat beg aku, meh la lawan! Kau lupa ke siapa aku? Aku ni bekas pelajar silat Gayong Ma'riffat." Balqis mula membuat kekuda.Dan itu menjadi bahan gelak Alif untuk diri Balqis.

"Kau pun lupa ke siapa aku? Pelatih kung fu yang terhandal.Tumbukan wusyu Bruce Lee, kalau kena pada kau...kau boleh mati!"

"Siot! Aku tak takutlah! Aku takut Allah." Jerit Balqis menyerang Alif.Namun pantas lelaki itu mengelak.Mereka sama-sama hebat dan setaraf dengan hero dalam perlawanan.
Kungfu Vs Silat.Wow!

Teknik Balqis amat lincah sehingga berjaya membuat Alif mundur beberapa langkah.
Apabila Alif menyerang, Balqis mengelak dan menerkam kedua-dua bahu Alif kemudian menyepaknya dengan teknik lompat lipatan.
Alif menghela nafas pantas bangun dari baring dengan melompat ke atas.Dia mengeliatkan urat-urat dan timbul lah ketulan pada otot lengan dan juga dahinya.

Senyuman sinis diberikan.
"Tadi tu baru sikit." Balqis menyegetkan kepalanya.

"Ceh! Aku baru je nak panaskan badan."
Perlawanan bermula sudah! Sama-sama tangkas membalas serangan dan pukulan.
Balqis melompat dalam lipatan dan cuba menumbuk Alif.Namun senang sahaja ditepis oleh Alif.

Mereka memang sudah menjadi musuh.Seperti berdepan dengan final boss.
Balqis mula memundur apabila bertubi-tubi diserang oleh Alif.Dia geram.Mafela yang dipakai pada leher ditarik dan pantas menghasilkan satu silat libasan pada Alif.
Lelaki itu terjerit berang.Memegang lengannya.

Perit!

"Sakit? Ini namanya silat selendang.Tapi ops...aku guna mafela.Mesti lagi sakit kan?" Gedik Balqis sempat menjelir lidah.Dia melarikan diri dari satu tren ke satu tren.

"Tak guna!" Alif laju berlari dan cuba menarik sweater labuh milik Balqis.Namun, usahanya memang gagal.Balqis berhenti melulu dan menegangkan mafela.

Alif hampir jatuh namun, badannya seperti menahan daripada jatuh.Dia bangun semula.Balqis tercengang kembali menepis tumbukan daripara Alif.Dia juga membuat lipat ke belakang tiga kali dan menegangkan mafela dengan kedua-dua tangan.Matanya tajam melihat Alif turut bernafas tidak normal.

"Sinilah!" Teriak Balqis.Alif membuat beberapa teknik pergerakan wusyu dan melompat ke arah Balqis.Sekali lagi perlawanan bermula.Balqis memegang mulutnya yang disepak mamai oleh Alif.Dia mundur beberapa lompatan lipat ke belakang.

"Lelaki poyo!" Balqis berlari laju ke arah Alif dan melibasnya dengan mafela.Kekuda dipasang dengan betul.

"Seterusnya, tren akan berhenti di stesen Kiroto Hokagi untuk pergi ke kampung pedalaman Okinawa.Bersiap sedia untuk diri anda.Saya ulangi..."

Balqis memandang skrin di Tren tersebut.Tinggal lagi dua stesen untuk dia sampai ke Kampung Okinawa.Balqis menelan air liur dan kembali menendang Alif.Alif tergolek di depan pintu tren.Namun, apabila dia berdiri dengan wajah yang geram, pintu tren terbuka.Alif membulatkan mata.Dia ditolak masuk ke dalam dengan orang yang ramai.Penduduk Jepang hanya tidak mengendahkan Alif yang sudah dihimpit ke dalam.

Dengan kesempatan ini, Balqis pun berlari keluar dari tren.Helah yang mahu ia lakukan.
Alif yang nampak Balqis keluar dari tren, dia ikutan mengejar walaupun terpaksa menolak para penumpang di dalam tren.Namun sebaik sahaja keluar, Balqis ghaib.Alif terkedu seorang diri.Wajahnya berpeluh-peluh dengan nafas yang hampir sesak.

"Pintu stesen akan ditutup..."

Alif menoleh ke belakang apabila pintu tren berjaya ditutup rapat dan mula ingin bergerak.Balqis muncul di dalam.

'Bye...'

Gerakan bibir Balqis membuatkan Alif marah meluap-luap.Rahangnya menegang.Uratnya timbul semula.Dia segera menahan tren itu dengan menumbuk-numbuk tingkap tren yang moden anti pecah.Namun tidak berhasil.Tren sudah pergi laju meninggalkan stesen ini.Alif berang.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now