20

6.1K 148 6
                                    

"Gambar siapa ni?" tanya aku sambil mengintai abang Syakif yang sedang melukis.Abang Syakif tersenyum lembut sebelum memadam kesan kehitaman pada kertas lukisan.

"Kenal Emma Maembong? Tengok tak, drama 'Sayang Papa Saya Tak'?" Tersengih-sengih Abang Syakif menyoalku.Aku terangguk kepala.

"Wah! Tengok...tengok! Raisya dengan Qalish comel.Faris pula dingin.Akhir sekali, dia suka dan angau pada Raisya kan?" teka aku menyimpulkan senyuman manis.Abang Syakif terhibur sebelum mencubit hidungku.

"Mairah, ada boyfriend ke?" Tanya Abang Syakif dan aku tersentak.

"Of courselah tak ada.Mairah kan dah ada suami.
Tu ha abang Airi.Mairah suka kat dia.Mairah sayang dia." Tipu.Semua itu pembohongan dariku.Aku tersenyum tanpa dosa.

"Hahaha, sayang kat suami rupanya.Tapi abang nak tanya ni.Semalam kenapa Airi tindih Mairah dalam bilik.Dia buat apa kat Mairah?" terkebil-kebil mataku melihat Abang Syakif menyoal.Suami ini pasti mimpi!

Aku menggeleng tanpa senyuman.
"Mana ada.Abang salah nampak agaknya.Hahaha..."

∩__∩💧

= ̄ω ̄=

"Eeh...yeke ni? Jangan tipu.Abang nampak dengan mata kepala abang sendiri tau.Airi tu macam nak err...perkosa kamu je." Selamba Abang Syakif mengherdik aku.Aku melopong besar.Sangat tidak suka apabila topik suamiku dibualkan.

"Mana ada.Dia takkan perkosa Mairah lah.Mairah ni masih budak lagi.Mana tahu apa-apa pun." kecut perutku apabila melihat kedipan mata abang Syakif.Mesti dia mahu mengenakan aku.

"Apa-apa je lah.Sejak bila abang pandai melukis?" Tanyaku mengalih kepada topik yang lain.Abang Syakif bangun dari kerusi lalu menyimpan kertasnya di dalam fail lukisan.Membuatkan aku kagum dan suka melihat gayanya yang seolah-olah boleh menjadi arkitek.

"Mairah?" Panggil Syakif pelik apabila merenung wajahnya begitu.Budak ni dah kenapa? Hahaha...gelak hati Syakif secara diam.

Wah...kacak juga yang abang Syakif.Kalau boleh semua lelaki yang aku jumpa itu, kacak-kacak malaikat bila ditenung lama-lama.
Huzairi, Alif, Ikhwan.Dan sekarang tambah lagi satu.Abang Syakif yang menjadi idolaku kerana bakatnya yang pandai melukis.

Jari dijentik kuat.Aku mengerjapkan mata beberapa kali.Sentak aku dibuatnya, Abang Syakif sudah berada tepat di hadapan wajahku.

"Astaghfirullahalazim!" Aku memundurkan langkah.Lalu berpura-pura membetulkan tudung bawal kuningku.Aku menelan air liur apabila melihat wajahnya yang mirip (Cristiano Ronaldo itu.)

"Aik? Baru nak mengucap? Tadi lupa diri bila tenung abang.Abang ni hensem sangat ke sampai Mairah nak tenung abang lama?" Syakif memandang Humairah atas bawah dengan pandangan lembut.Dianggap Humairah seperti adiknya pun sudah cukup tanpa memiliki gadis ini.

Aku menggaru pipi yang tidak gatal.
"Abang ni macam pemain bola Cristiano Ronaldo lah.Mairah suka." Aku dan abang Syakif sama-sama tergelak.Kami selepas itu belajar cara-cara hendak melukis wajah dalam bentuk asas.
.
.
Ratna turun ke bawah dengan pakaiannya yang sudah siap dipakai.Ratna akan menginap dulu di rumah adik sedara sementara menunggu kehadiran Datin Razifah dan Datuk Syafie.Hal penting masih harus dibincangkan oleh mereka pada saat suntuk ini.

Mata Ratna menangkap tubuh Humairah yang sedang mengupas biji apel di tepi singki kaca.Huzairi dan Syakif duduk berbual-bual sambil menyantap pancake yang dimasak oleh Humairah.Bau sedap ini amat menusuk.

"Sayang, sinilah duduk.Kita sarapan sama-sama.Isteri Airi yang masak ni.Sedap tau."
Pelawa Syakif lalu menarik kerusi kayu di sebelahnya.Anina menoleh wajah sebelum meneguk air susu yang dibancuh oleh Huzairi.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now