45

1.9K 71 4
                                    

Kana Nishino - Dear

.........

Memang sengaja menempah kekesalan pada Balqis.Ingatkan dirinya sahaja akan bersama dengan Huzairi.Namun, kelihatan Syakif dan Huzairi dari jauh berjalan dalam keadaan serius sambil berbual-bual.
Perbualan itu terlihat seperti perbualan yang penting.

Balqis bangun dari kerusi mempamerkan senyuman paksa.Wajahnya sedikit kesal apabila Syakif dulu yang membalas senyuman berbanding dengan Huzairi. Dingin sahaja lelaki itu.Dan kali ini rancangan Balqis gagal sepenuhnya! Sudah cantik begini dia siap, takkanlah ini hasilnya?

Tak adil!

"Ohayou gozaimasu.(selamat pagi)" ucap Balqis membungkuk hormat.Dibalas oleh Syakif dan Huzairi dengan senyuman datar.
Huzairi menghembuskan nafas apabila melihat Balqis mengernyitkan mata.
Daripada dia chat di dalam wassap lagi Balqis memang sering gedik begini.

"Saya nak awak buat sesuatu Balqis." Ujar Huzairi memalingkan wajah apabila sekali lagi pandangannya bertemu dengan Balqis.
Gadis itu mengangkat alis.Sepertinya kurang faham.

Mereka bertiga pun duduk di meja cafe tersebut yang telah disediakan.Kelihatan orang pun tidak ramai.Segintir adalah juga yang memesan sarapan untuk disantap pada pagi ini.

"Kami ada kerja untuk awak Balqis.Kerja ni tak susah pun, senang je." Kata Syakif menampilkan senyum yang yakin.Dari situ lagi membuatkan Balqis lagi tertanya-tanya.

"Ha...janganlah buli saya.Saya ni budak lagi."
Balqis sedikit memberontak.Dia kurang selesa.Keselesaannya hilang 100%!

Tersenyum paksa terus Huzairi sambil menghulurkan fail maklumat peribadi Asyraf yang orang suruhannya dapatkan semalam.
Balqis mengambilnya tanpa segan silu.
Dia mendongak.

"Asyraf? Siapa ni?" Tanya Balqis.

"Itu tak penting.Yang penting, saya betul-betul nak awak tolong saya.Perkara ni rumit dan awak kena laksanakan dengan penuh teliti." Pinta Huzairi kini menormalkan dirinya melihat Balqis yang mengangguk.

"Tolong periksa DNA dia dengan abang saya."
Kening Balqis terangkat.Mengapa pula dia harus menurut perintah si Huzairi pula ni?
Bukankah ada banyak lagi perkara yang harus Balqis lakukan? Yang benar saja...

PAP!

Fail diletakkan kasar di atas meja.Pelayan Jepun yang baru ingin menghampiri meja itu juga terkejut tiba-tiba lalu membungkuk badan dan memundur diri.

"Saya, bukannya tak boleh tolong.Boleh, tapi kebelakangan ni saya sibuk sangat sebab nak fokuskan kepada exam.Lagipun, saya ni jarang tau pergi Hospital.Ada masa, duduk klinik je." Jelas Balqis tanpa dosa membalas tatapan Syakif yang bingung.Huzairi bergumam.

"Hn, awak memang sibuk ke sepanjang hari?
Isteri saya pun student.Tapi tak adalah sesibuk macam awak ni.Lagipun saya dah tanya Ikhwan.Jadual awak dengan dia, sama.So, itu tak membuktikan yang awak sedang sibuk.Kerja ni awak tetap juga kena buat." Kata Huzairi melemparkan senyuman sinis.Dia bangun dari duduk dan berjalan pergi meninggalkan Syakif.

"Tunggu abang, Zairi! Balqis, abang minta diri." Pamit Syakif.Balqis baru sahaja ingin menahan, tetapi sudah terlambat.Mulutnya terkumat-kamit ingin berkata-kata soal fail ini.

Balqis duduk semula dengan kesal.Fail coklat ini dipandang benci dan Balqis terpaksa mengambilnya lalu dibawa pulang.

........

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now