9 : Prank

1.4K 117 10
                                    

"BREAK. As usual. Gather balik kat sini lepas ni." Skye akhirnya memberi break kepada elite team ni, setelah 1 jam lebih brainstorming.

Skye menambah dengan nada sarkastik. "Yang 'tak usual' pandai-pandai la." Jelas sekali, perkataan 'tak usual' tu directed to Red, the latecomers and also the newcomer.

Red terus jeling ke arah Skye. Tak puas hati. Kenapa Skye ni nak cari pasal dengan dia je? Kenapa bukan dengan orang lain? Tak padan dengan tangan sakit.

"Dismiss." Satu perkataan sahaja, sudah cukup untuk membuatkan meeting room itu kembali dihuni pelbagai bunyi, bunyi sembang menyembang sebelum diikuti bunyi kerusi ditarik untuk mereka keluar dari meeting room itu.

Red menurut Adam. Jam di tangan di-usha untuk melihat waktu sekarang ni. '1.30 petang. Baru sejam bincang dah break. Padahal sebelum bincang tu dah break dah. Relax betul.' Dahi Red berkerut memikirkan betapa senang lenang nya kerja ni.

"Mesti pelik kan kenapa banyak break?" Hubaish menyoal dari kiri Red. Senyuman terpancar.

"Sebab ni Elite?" Red meneka sambil lewa. Well, elite kan usually special.

"Well, Elite, time dia flexible, but, by flexible, boleh cecah tengah malam. Depend on the Brain la." Adam menjelaskan.

"So, this time, Skye is the Brain. Dengan Skye, break dia banyak. Macam sekarang. Waktu zohor, so dia bagi break for zohor. Tadi pukul 12, short break, so that everyone is not that stressed." Tambah Adam lagi. Menjelaskan dengan lebih lanjut. "Yang macam ni, usually 2 hours something la. Pukul 3 start balik."

"Walaupun Skye tu non-muslim, dia tak bagi muslim yang lain tangguh or lambatkan solat sebab dia. Hence the breaks." Tambah Hubaish.

Buat seketika Red terasa kagum pulak. Malu pun ada. Sebab orang usually habiskan kerja baru solat. Which end up melambatkan solat. Tapi, Skye, dia suruh orang habiskan solat dahulu sebelum habiskan kerja. Quite considerate.

Rasa malu sekejap sebagai seorang yang beragama Islam, untuk ditegur supaya tidak melambatkan solat oleh orang bukan Islam.

Red mengangguk faham, sudah terhakis sedikit rasa sakit hati dia dekat Skye tu. 'Eh? Skye non-muslim?' Ayat itu tiba-tiba muncul di kepala Red. Selama ni dia sangkakan Skye adalah seorang Mat Salleh celup, sebab fluent sangat cakap Melayu. Even Sam ada slang, pelat barat tu. Rupa-rupanya Skye original.

Skye Le Roche?

Ring a bell yet, Red?



SKYE tenyeh matanya yang baru sahaja terbuka selepas dia tidur buat seketika. Tidak lama. Hanya sejam sahaja. Dan itu sudah cukup untuk fuel kan diri Skye semula untuk sambung perbincangan nanti.

Sejurus selepas Skye bangkit, dia tidak menggeliat. Tiada guna untuk dia menggeliat. Dia tak rasa nikmat menggeliat tu. Tak dapat rasa. Dah la dengan tangan yang 'injured' tu lagi.

Haiihhhhh.......

"Awake? Jom lunch." Red mengajak tiba-tiba tanpa salam mahupun pembuka kata. Tiba-tiba ja ajak keluar makan. Masa rehat ada lagi sejam. So..... why not right? "As an apology?"

But the problem is, Red yang ajak. Skye dah pelik tahap zirafah dah ni. Bukan setakat pelik, tapi Skye dah Tak tahu nak respons apa, especially selepas tengok muka Red. Memang dia tak dapat nak tahan.

Sebab?

Ada apa kat muka Red yang buatkan Skye tak tahan tu?

Entahlah deme.

"Hmm... okay." Skye memberi kata persetujuan. Skye setuju dengan mudah dan tanpa banyak songeh. Mungkin sebab Red sebut 'as an apology' tadi kot.

Lagipun, makan free, siapa yang tak nak?

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now