10 : Rain

1.4K 117 22
                                    

Handbrake ditarik ke atas, brake kaki dilepaskan dan enjin kereta dimatikan selepas gear diubah ke neutral. Si driver jenguk melihat langit dari dalam kereta.

Gelap. Mendung.

"Kena cepat weyy, Aiman." Si driver berkata kepada penumpang yang duduk di sebelahnya. "Kang hujan kang. Dah mendung ni."

"No sht, Sherlock?" Aiman mengatakan ayat yang paling famous untuk bash orang yang cakap benda yang obvious or benda yang orang lain dah tahu. Captain Obvious.

"Menda la kau ni Dam, parking jauh sangat. Takde tempat berteduh pun sini." Bebel Aiman kepada Adam yang tua setahun dan berjantina XY, lain pula si Aiman yang berjantina XX.

Aiman lihat kawasan sekeliling dari dalam kereta. Tempat paling dekat untuk stop by or duduk berlindung time hujan pun hanyalah dekat kedai teres, which is agak jauh jugak dari kereta yang di-parking kat depan padang ni.

"Redah je la. Sementara tak hujan ni." Aiman tidak menunggu lama, terus ready memegang handle pintu, untuk bukak pintu. Nak keluar.

"Aku rasa aku ada payung." Adam berpusing ke belakang, melihat ke seat di belakang, kot kot ada payung ke.

Yes. Ada satu. Adam ambil payung tu dan pegang.

"Jom jom. Dah mendung gila ni." Ajak Aiman, terus bukak pintu dan keluar. Disebabkan tak hujan lagi, Aiman berlengah-lengah ketika berjalan. Langsung tak risau apa-apa. Adam berjalan disisinya dengan payung dipegang, belum dibuka.

Aiman masukkan tangan ke dalam poket parka yang dipakai, dan langkah besar diambil, macam budak-budak gayanya. Melangkah dengan gembira. Adam biasa-biasa je. Jalan seperti biasa. Tangan kirinya pegang payung, so satu lagi tangan dimasukkan ke dalam poket hoodie jacket yang dipakai.

Eloklah dua-dua ekor ni. Dua-dua pakai hoodie.

"Asal kau ajak aku ke sini doh?" Aiman memulakan bicara. Kenapa Aiman? Sebab namanya Aimanina. That's all. Sebab tu je. And Aiman sounds a whole lot cooler than Nina or Ai.

True.

"Budak-budak tu cakap kedai nasi campur kat sini sedap, rasa macam nasi royale tapi harga macam nasi campur yang biasa. So why not kita try dah alang-alang lalu area ni nak ke construction side." Adam memberitahu sebabnya.

'And I wanted to eat with you.' Cuma sebab utama dia bawak minah ni ke sini disimpan di dalam kepalanya sahaja. Mana mungkin dia nak bagitahu dia bawak minah ni ke sini and bukan kafe biasa dekat pejabat yang diorang selalu pergi tu adalah sebab dia nak date minah ni.

"Ye ke? Aku on je." Aiman kelihatan ceria dan annoying seperti biasa. Macam biasa. Tiada apa-apa perasan. "Tapi aku pun perna-"

Kata-kata Aiman tidak dapat disambung kerana hujan lebat tiba-tiba turun ke bumi. Mengejutkan Aiman dan Adam yang carefree sekarang ni. Tak lebat sangat, but cukup lebat sampai perlu libatkan payung.

Tapi Aiman tidak cuak ke apa ke. Just terkejut. Dia hanya angkat hoodie ke atas kepala dan kembali melangkah ke arah kedai teres yang dituju. Jauh lagi. So, why not enjoy the rain. Aiman dongakkan kepala ke atas, menikmati sensasi dingin apabila air hujan jatuh ke mukanya.

Adam pulak dah siap-siap bukak payung. Melindungi kepalanya dari hujan. Kang demam pulak. Being the gentleman he is, Adam payungkan Aiman dari hujan. Berkongsi payung. Macam a dream comes true untuk Adam bila dia dapat berjalan beriringan dengan perempuan yang dia minat, Aiman, and under satu payung pulak tu.

Wuittt.

Tapi Aiman bertindak di luar jangkaan Adam. Adam keluar dari bawah payung. Berjalan di bawah hujan. "Tak nak, tu payung kau. Kau pakai je la." Simple sahaja penjelasan dari Aiman.

"And payung tu untuk sorang je." Aiman menambah dengan senyuman sebelum dia kembali memandang jalan tar yang kini basah dek hujan tu.

Pada ketika ini, bukan sahaja angan-angan Adam tak jadi kenyataan, malah hancur berkecai sebab dia kini nampak macam douche bag, macam orang jahat sebab biarkan perempuan basah kena hujan while dia selfishly kering di bawah payung sorang-sorang.

Nampak selfish dan tak gentleman kat situ.

So Adam buat keputusan terbaik yang dia dapat fikirkan sekarang ni. Dia payungkan Aiman sahaja, menghalang air hujan dari kena dekat Aiman while dia sendiri basah. Baru nampak macho dan gentleman.

Dan sekali lagi gentleman move yang dilakukan oleh Adam tidak menjadi kerana Aiman menolak dengan baik. Aiman tolak payung ke arah Adam semula supaya Adam tidak kena hujan.

"No need to be a gentleman to me. Kau pakai untuk diri kau sudah. Nanti demam pulak. Aku takpe, sado." Aiman berseloroh di akhir ayat, tapi sebenarnya apa yang dia cakapkan ada sebabnya. Kalau Mamat ni sakit or demam, nanti dia yang risau lebih. So better Mamat tu sihat, and dia yang sakit. At least dia tahu Mamat tu okay.

Well. Dia bukannya couple pun dengan mamat tu. But somehow, Aiman tak boleh tengok mamat tu sakit ke apa ke.

"Tapi nanti kau pulak yang sakit." Bebel Adam, yang langsung tidak didengari Aiman yang dek hujan lebat ni.

Langkah Aiman yang gembira semacam terhenti, kaku seketika. Aiman sedang memandang ke arah garisan zebra yang digunakan untuk melintas. Generally. Usually.

Walaupun orang malaysia ni end up melintas kat memana je dia nak.

Seorang nenek tua sedang memegang daun pisang di atas kepalanya, cuba untuk melintasi jalan yang semakin sibuk dek tengah break lunch ni, dan jugak tengah hujan lebat ni. Menggeletar tangan nenek itu menahan sejuknya air hujan itu.

Aiman, dibesarkan dengan neneknya sahaja, yang end up meninggal dunia due to overwork dalam hujan, terus berlari ke arah Adam. "Kita tak perlukan payung pun kan?" Senyuman kecil diukir Aiman, bagaikan ada makna tersendiri di sebalik senyuman itu. Dan walaupun titisan air hujan membasahi muka Aiman, Adam yakin air mata Aiman telah mengalir walaupun hanya setitik.

Adam serahkan payung itu, dan kemudiannya disambut Aiman dengan senyuman yang lebih lebar. Tanpa membuang masa, Ainan terus bergegas ke arah nenek itu berserta payung yang diambil dari Adam.

"Nek, meh saya tolongkan." Aiman payungkan nenek itu, dan pegang pinggang nenek itu sebagai support kepada nenek.

Adam yang memerhatikan dari jauh menjalankan fungsinya sendiri. Dia tahan kenderaan yang cuba lalu sementara Aiman escort nenek tu untuk melintas jalan.

Usai menolong nenek itu, Aiman kini berada di seberang jalan. Bertentangan dengan Adam. Kereta yang tak henti-henti lalu lalang menjadi pemisah di antara mereka berdua. Namun, Adam dapat lihat senyuman lebar yang dilemparkan Aiman dari seberang jalan.

Gembira.

Itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk describe Aiman sekarang ni. Aiman gembira. Lebih dari gembira sebenarnya. Dia melambai ke arah Adam supaya Adam segera gather balik dengan dia and so that diorang boleh lunch. Perut dah berbunyi.

3 hari kemudian.....
"Achoo!"

"Achoo!"

"Achoo!"

"Achoo!"

"Achoo!"

Satu office terkena selsema jangkitan daripada Aiman dan Adam. Minggu mereka habis dengan bunyi bersin setiap ahli.

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now