14 : Kyotttt

1K 120 10
                                    

Nafas Skye tidak rata, kencang. Dada Skye naik turun naik turun. Peluh menuruni dahi, mencecah pipi. Rambut oren yang panjang berselirat, melekat di mukanya yang lencun dengan peluh.

"Skye, it is your choice to make." Gema satu suara asing capai telinga Skye.

Dan suara yang sama itu kembali berulang.

"Your choice."

"Skye,"

"Le Roche."

Dan ulang.

"Your choice."

"Skye,"

"Le Roche."

Skye pandang keliling, mencari punca suara itu. Mengesan punca suara yang mengerikan itu. Mata Skye bergerak laju, scanning kawasan itu.

"Skye."

"Le Roche."

Dan-

"Boo!" Muncul satu lembaga bertopeng di kanan Skye, menyebabkan Skye menjerit.

"AAAAAAAAAA!!!!!!!!!" Skye menjerit sekuat hati.

"SKYE!" Satu suara lain yang kuat berdentum di kepala Skye.

Keadaan sekeliling tiba-tiba berubah menjadi cerah, diterangi lampu fluorescent. Rambut Skye yang disangkanya panjang, rupanya pendek sahaja. Skye berpeluh. Nafasnya kencang.

"Save me. S-sa-save me." Tanpa berfikir panjang, Skye memeluk sesiapa sahaja yang berada disisinya. Kisah apa dia. Dia perlukan teman sekarang ni. Dia perlu tenangkan diri.

Kepala Skye diusap lembut dan pelukan dibalas. "Shhh..... It's okay. It's okay. You are safe here."

"Noone can harm you here." Suara yang amat lembut itu sedikit sebanyak menenangkan Skye. Degupan jantung yang lajunya kalahkan Usain Bolt telah slow down, mencapai kadar normal. Nafas Skye yang kencang dan pendek kembali sekata dan panjang. Nafas yang dalam diambil secara instinctively bagi meratakan pernafasan.

"Thank you. Thank you." Skye berkata. Dia tidak sedar lagi dada siapa yang dia gunakan untuk lap peluh tu. Badan siapa yang dia peluk buat 'teman'.

Skye angkat kepalanya untuk mengecam empunya suara. Kerana dengan keadaan baru terjaga dari mimpi tadi ni, otak dia tak dapat nak proses suara siapakah itu. Sebaik sahaja Skye lihat wajah manusia itu, muka Skye terus berubah warna.

Menjadi merah pedam. Mulut Skye terkatup rapat. Air mata yang bergenang di tubir matanya terus tidak jadi turun. Pipi Skye serta merta terasa panas semacam, macam baru disimbah air suam.

Tambah lagi bila pandangan mereka bertaut.

'Oh. My. God.' Pantas, Skye toleh ke kiri, memutuskan tautan pandangan mata itu. Secepat mungkin, Skye berundur ke belakang. Malu. Segan. Semua ada. Dan satu lagi sebab Skye toleh ke kiri dan gerak belakang adalah untuk elakkan dari pipinya yang dah naik pink itu dilihat oleh orang tu.

Siapa?

Mesti boleh agak dah kan?

Berkemeja merah, berambut pendek, berkulit agak cerah. Dada leper macam plywood, tapi terasa ketak-ketak otot tu. Agak hensem. Tinggi-tinggi gitu.

Siapa lagi?

Aiman.

Kahkahkah. Fikir siapa?

Red?

Betul la tu.

Red. Bukan Aiman. Saja tipu. Red hanya memandang apa sahaja yang dibuat Skye, tanpa menambah apa-apa perkataan pun. Dia perlu perhatikan dulu, lihat reaksi Skye, sebelum dia melakukan apa-apa tindakan.

Possible situation,

Situasi 1: Skye sambung menangis dan panik.

Jika benda ni yang terjadi, Red akan teruskan usaha memujuk Skye supaya kembali tenang.

Situasi 2: Skye terus meluru keluar dari bilik rehat tu tanpa kata apa-apa.

In this case, Red cuma akan angkat bahu, dan keluar dari bilik rehat tu, dan tak mention apa-apa.

Situasi 3: Skye proceed on confessing apa yang buat dia jadi macam tu and minta maaf sebab peluk Red and cakap 'thank you' sebab tenangkan dia.

Kalau jadi cenggini, Red akan balas dengan ayat klise yang menyatakan dia seorang doktor, yang perlu membantu sesiapa sahaja, dan kebetulan dia disitu.

Situasi 4: Skye marah Red sebab peluk dia tanpa kebenaran.

Red akan balas dengan mempertahankan diri dia. Sebab technically, Skye yang peluk dia. Bukan salah Red kan?

Sempat Red memikirkan 4 possibilities kepada keadaan yang awkward ni dalam sekelip mata.

Dan apa yang berlaku ialah.....

Skye meluru keluar dari bilik rehat tu tanpa berkata apa-apa langsung, pintu dibuka dan ditutup semula begitu sahaja, meninggalkan Red disitu, terkebil-kebil tak terkata apa-apa. Bahu diangkat. 'Situasi 2 la nampakn-'

Red tak dapat nak habiskan ayat dalam kepala dia sendiri ketika dia hendak bergerak keluar dari bilik tu apabila pintu bilik itu kembali terbuka dan orang yang bukak pintu tu ialah Skye.

Eh?

"Thanks and sorry, for that." Skye berterima kasih, wajahnya menghadap keluar, masih lagi tidak berani nak pandang straight ke muka Red. Cukuplah dengan 'for that' untuk mewakili tindakan Skye memeluk Red dan Red menenangkan Skye.

'Situasi 3, I guess?' Red teruskan jugak dengan tekaan dia. "Oh, okay." Dan dengan reply dari Red ini, semakin jelas terasa partikel-partikel 'awkwardness' terapung di antara mereka berdua.

"And," Skye akhirnya merenung tepat ke wajah Red. Renungannya tajam. "Jangan sesekali, biarkan 'benda' ni ada orang tahu. If so, you'll see."

"Thank you nevertheless." Dengan ugutan serta ucapan terima kasih itu sebagai pengakhir bicara, Skye tutup pintu dan lenyap dari pandangan Red.

Red disitu masih berdiri tegak. Otaknya ligat berfikir. "Situasi 5: Tsundere."

Reaction, 'So KYOTTTTTTT!!!!' Poof! Muka Red pulak yang merah.

Again, pendek. No worries.
Next chap, ada something new terjadi.

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now