15 : Normal

1.1K 120 15
                                    

"WHAT the ffff did I just do to him?" Skye hempas pintu tandas. Pantulan dirinya memandang Skye.

Wanita yang masih kelihatan muda, dengan kulit yang cerah dan rambut pendek berwarna oren merenung kembali ke arah Skye. Muka Skye tegang, kedutan di wajahnya yang tak pernah wujud kini kelihatan.

Tangan Skye dibawa ke bawah paip dan air paip mulai keluar, memenuhi kedua-dua belah tangan Skye yang dirapatkan untuk menakung air, almaklumlah paip automatik. Air yang ditakung dipercikkan ke wajahnya. Kesejukan air menyentuh wajah Skye yang masih terasa panas dek kejadian tadi.

"What the hell is that? Why now?" Skye topangkan tangannya di sinki, masih lagi merenung dirinya sendiri. 'Mimpi' yang dia hadapi tadi masih segar dalam fikirannya. Dan masalah sebenar dia adalah, itu bukan mimpi.

Tisu diambil rakus oleh Skye, dan air berlebihan di wajahnya dikesat sampai kering. Terasa lebih segar. "Chill. Relax. It's an old story. It happened years ago." Skye menenangkan dirinya sendiri. "It's okay."

Nafas yang dalam dihembuskan. Skye telah peroleh semula composure dirinya. Sudah tenang. Mimpi yang baru berlaku itu hanyalah memori silam yang dia tidak mahu ingat dah. Yang Skye harap dah di-delete dari kepala hotak dia.

Skye kembali merenung dirinya. Segala perbuatan dia diikut oleh pantulan Skye di cermin itu. Setiap pergerakan. Satu lagi nafas yang dalam diambil, mata dipejamkan dan nafas dihembus. Matanya kemudian dibuka.

Skye merenung lagi sekali dirinya di cermin itu. Ada sesuatu yang berbeza pada pantulannya itu. Pantulannya mempunyai rambut oren panjang yang panjang, tangan Skye, adalah tangan Skye yang sebenar. Bukan tangan prosthetic or tangan palsu. Tangan sebenar yang dia dah gunakan sejak 2 dekad yang lalu.

"Hello, Skye Le Roche." Pantulan Skye bersuara, dengan suara Skye.

Skye berganjak ke belakang beberapa langkah, tergamam. "You are not real." Tisu yang telah digumpalkan dicampak ke dalam tong sampah sebelum Skye bergegas keluar.

Meninggalkan pantulan Skye di cermin itu disitu, tersengih sendiri sambil dia memandang Skye meluru keluar dari tandas. "We'll see, Skye."




"BABE, she came out again today." Skye berkata sebaik sahaja panggilan videonya terjawab. Wajah Amy kelihatan diskrin telefon pintar. Bahu Skye yang tegang terus jatuh dek lega, apabila dia akhirnya dapat lihat wajah peneman dan penenang hati dia.

She?

"Oh no, are you okay?" Amy kelihatan resah, gelisah, sebaik sahaja dia dengar apa yang dikatakan Skye sebentar tadi.

Skye tersenyum kecil. "I'm okay, now that I see you."




RED angkat kepalanya daripada posisi menopang dagu, membuang masa di waktu rehat ni, apabila dia nampak kelibat Skye melintasi kawasan rehat itu, baru sahaja keluar dari tandas. Red bingkas bangkit dan terus mengekori hala tuju Skye. Sebagai seorang doktor dan juga seorang manusia, dia agak curious akan apa yang baru berlaku tadi. Dan kalau boleh, dia nak tahu sebabnya.

Busybody.

Red perlahankan langkahnya apabila Skye akhirnya berhenti di kubikel Skye di bilik sebelah. Kubikel yang hanya digunakan untuk taip report, jarang sekali digunakan. And there is Skye, there.

Red hanya melihat dari balik dinding apabila Skye keluarkan telefon pintar dan terus membuat panggilan video. 'Siapa?' Persoalan pertama muncul di kepala Red. Tanda tanya literally timbul di kepala Red.

"Babe-" Sebaik sahaja Skye sebut perkataan 'Babe', terus kepala Red kalih ke arah telefon Skye, mata Red fokus ke skrin telefon pintar, ingin melihat siapakah gerangan manusia yang berjaya mendapat gelaran 'Babe' dari Skye ni.

Jeles ke Bang?

Sebaik sahaja dia dapat lihat dengan jelas skrin telefon pintar yang dipegang Skye, terus soalan kedua muncul di kepala Red.

'Siapa?!'

Soalan yang sama, tapi kali ni, Red terkejut. Bukan tertanya-tanya dah. Tapi terkejut. Terkejut melihat siapa yang berada di skrin telefon pintar Skye itu.

Sebab.......



"SO, scene ni, kita buat ceni, and then, cemni. Malam karang rehearsal." Terang si Adam kepada si Aiman. Beberapa keping kertas putih yang telah berconteng dengan orang lidi berada di hadapan Aiman.

Red memasuki ruang bekerja mereka. Waktu rehat masih berbaki 20 minit, dan dia sangat perlukan distraction selepas apa yg dia lalui dan 'lihat' tadi. Biarlah hal itu terkubur seketika dalam kepala hotak dia, jangan timbul lagi buat masa ni. Sebab sekarang ni dia perlu fokus dengan kerja dia.

"Oh, okay. Cun jugak idea ni." Aiman meneliti lukisan orang lidi yang dilukis Adam tadi, dan juga kertas berisi perkataan sahaja, yang disediakan oleh Adam. "Tapi part ni, sape yang main? Joe kan takde."

"Aku main." Adam membalas acuh tak acuh.

'Waaahhhhh, nicee!!!' Aiman teruja sendiri. Akhirnya, dia dapat lakukan benda ni bersama-sama dengan Adam, setelah sekian lama.

Lakukan apa wey?!!

"Aiman, apasal aku macam pernah nampak muka kau eh? Sebelum aku kerja sini." Red memulakan topik perbualan.

"Sebab dia agak famous." Adam yang membalas, and suara dia ada riak bangga sikit. Aiman yang famous, dia yang bangga.

"Instafamous?" Red menyoal. Sesungguhnya dia agak ketinggalan dengan apa-apa yang trending zaman sekarang ni.

"Youtuber. Takkan tak tahu?" Hubaish mencelah, tak sempat Aiman nak menjawab.

"Yes." Hanya itu sahaja yang dijawab Aiman.

Kepala Red terteleng ke kiri sedikit, youtuber? Famous?

"Ah well, dia mula dengan Vine, then Youtube, then Insta." Sam pun tumpang sekaki. Mar mengangguk. Setuju aja.

"Kau duduk dalam gua ke?" Fuuuuuuuuu laju je ayat ni keluar dari mulut Leyla yang sedang menyandar ke belakang sampai kerusi ru rasa macam nak patah dah.

"ApacheCorp." Dan akhir sekali Skye pulak yang menambah, terus mengalihkan perhatian Red ke arah Skye.

Skye kelihatan seperti biasa. Tidak lagi gelabah gelisah panik macam tadi, dan tidak juga 'macam tadi' time video call tu. Dah normal balik.

"Agak terkenal among Malaysian, and Asian. Agak mengejutkan yang kau tak tahu pasal diorang ni." Banyak pulak dialog Skye.

"Eh, takde la cenggitu sekali. Baru start lagi ni." Adam menepis dengan baik ayat Skye itu. Mereka belum cukup famous di Asia lagi. Malaysia mungkin. Tapi Red pun tak kenal diorang. Maknanya takde la famous mana pun.

Kuang Kuang Kuang~.

"Kitorang buat video random, usually parodi soap opera or parodi drama melayu. Sometimes, trending video And aku usually jadi watak utama a.k.a hero yang kacak." Fuhhhhhh, confident je Aiman sebut ayat ni. Lancar. Memang confident habis ah. "And Adam is the director and prop master."

"Really?" Red angkat kening dia. Tak sangka pulak ada youtuber terkenal dekat dengan dia. Much less dekat tempat ni, and partner dalam group ni. "Hoho, nice ah korang." Red bagi thumbs up.

"Tengoklah video diorang, sesuai untuk hilangkan stress. In case kerja under aku terlalu banyak stress." Skye selamba drop the bomb.

Benar, ini adalah Skye yang normal.

Red asyik terbayangkan Skye yang tadi. Skye yang tak normal. Bukan Skye yang selamba, witty dan sarcastic ni. Tetapi Skye yang.....

Insecure.





Yass, kembali ke 1000 words.
And awal sehari. Sempena 1 Ramadhan.
So, here you go.

SELAMAT BERPUASA bagi yg Muslim.

PROSTHETIC [HIATUS]Where stories live. Discover now