13 : Kejatuhan

1K 112 8
                                    

Warning: pendek, author habis idea. Gomenn...

SEPERTI biasa, hari Isnin dimulakan dengan keluhan. Kerana Isnin adalah hari bermulanya hari-hari bekerja di kebanyakkan negeri dan negara. Isnin kini sinonim dengan terma "Monday's Blue" dan 'Mundane Monday'. Semuanya gara-gara nikmat cuti weekend telah tamat dan disambut hari Isnin.

Mata Red merenung tajam model prototaip di hadapannya, tapi fikiran dia, sudah semestinya melayang ke tempat lain, memikirkan misteri yang dia cuba selongkar. 'The Fall of Le Roche.'

'The Fall of Le Roche.'

'The Fall of Le R-' Kata-kata di dalam kepala Red terhenti apabila dia disapa seseorang.

"Red, apa pendapat kau?" Skye tetiba muncul di meja Red. Rambut pendek berwarna oren Skye diselit kemas di belakang telinga Skye walaupun rambut itu curled, menampakkan telinga kiri Skye yang ditindik dibahagian atasnya.

Red angkat wajahnya untuk pandang Skye, dan ketika itu Skye sedang tolak rambut ke belakang telinga, maka benda pertama yang dia perasan ialah tindikan itu. "Nice piercing?"

"Huh?" Skye angkat kening dia, tanpa dia sedar dia pegang tindik di telinganya itu. Apahal mamat ni? Buang tebiat? Lain ditanya lain yang dijawab.

"On that." Skye merujuk kepada model tangan prostetik yang sedari tadi direnung Red.

"Oh this. Ahem-" Red betulkan anak tekaknya. Malu. Segan. Dah la salah faham, then tetiba puji orang pulak. And orang tu pulak is Skye, 'musuh' dia. Damnnn. Malu siot.

"Aa, aku rasa structure dia dah okay dah, tapi agak berat la untuk budak-budak tu." Red komen, kembali fokus.

Skye hanya menadah telinga dan perhatikan segala apa yang dilakukan Red sambil dia berpeluk tubuh. Dia masih sedang memproses kebolehan Red ni. Meskipun mereka dah bekerjasama dekat sebulan dah.

Selepas 3 minit menerangkan pendapat dari dirinya sendiri, Red letak kembali model itu. "Itu je aku rasa."

'Just what I thought.' Skye note kepada diri sendiri. Nampaknya skill Red telah mendapat approvement di dalam minda Skye. "Yeah betul la tu."

"Apa pendapat kau? As a leader for this project." Red menyoal, sengaja ingin memanjangkan perbualan yang sepatutnya singkat ni.

"Aku?" Skye tuding ke arah dirinya sendiri. Tangan seperti biasa dilindungi glove. "Aku rasa semua orang dah buat kerja memasing dengan baik,"

"Termasuk kau." Ayat ni Skye sebut dengan nada perlahan sikit. "So far, puas hati."

"Nice." Red bagi thumbs up. Tak sempat dia nak lontarkan soalan seterusnya, Skye dah cakap dulu.

"Kalau dah takde apa-apa, aku nak pergi tengok Aiman." Skye terus meminta diri. Situasi yang awkward ni tak perlu dipanjangkan lagi. Skye berpusing untuk beredar.

"The Fall of Le Roche." Red tetiba sebut benda yang menghurung kepala hotak dia sedari hari tu.

Skye yang dah mula melangkah terus terhenti. Terkesan dengan apa yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut Red. Skye pusing ke belakang dan pandang tepat ke mata Red.

Red terkesima. 'Shit, tersebut', cuak kemain. "Kau tahu apa-apa tak pasal kes tu?"

Skye pandang mata Red dalam-dalam, cuba untuk mencari motif atau apa-apa niat yang cuba disembunyikan Red.

Nothing found.

"Why?" Satu perkataan sahaja reply dari Skye.

"Takde apa-apa pun, benda tu muncul ke feed aku semalam. Esok genap 15 tahun since that case." Red cover dengan cubaan menipu. Sebab mana mungkin kes tu akan muncul kembali tanpa sebab kan? Well, actually Red tetiba teringat pasal benda tu weekend lepas dan end up research pasal kes tu. And tarikh kejadian tu berlaku is esok pada 15 tahun yang lalu.

Coincidence?

I think not.

"Oh." Hanya itu sahaja jawapan Skye selepas mendengar penjelasan Red sebelum dia kembali melangkah ke destinasinya, meja Aiman.

Hambar.

Skye tak jawab langsung soalan Red. Dia hanya tinggalkan Red dengan 'Why?', 'Oh.' dan pandangan yang tajam sahaja. Dan Red dimejanya sedang menahan diri dari terus menerpa Skye meminta penjelasan. Kerana.....

"Seems like I hit a nerve." Red bersuara sendiri. Dia dah berjaya dapatkan kepingan yang pertama. 'Skye is indeed involved in The Fall of Le Roche.'

PROSTHETIC [HIATUS]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ