KVSA | 4

56K 3.2K 210
                                    

Salam terakhir diberi. Aulia Zulaikha menadah tangan dan membaca doa. Kemudian muka disapu usai membaca doa. Telekung berwarna ungu itu dibuka dan dilipat. Kemudian disidai di ampaian bersama sejadah.

Aulia yang sudah siap berpakaian baju sekolah terus ke meja solek dan menyikat rambutnya. Ocean si kucing putih melompat ke atas meja solek itu dan memandangnya.

"Pandang apa ha?" Soal Aulia kepada anak kucing yang pastinya tidak faham apa yang dia kata. Kepala kucing itu diusap manja.

Lima bulan yang lalu, dia dan adiknya, Adam Zarief yang baru pulang dari taman permainan terdengar suara anak kucing dan menemuinya di dalam sebuah kotak di dalam longkang.

Mereka membawa anak kucing itu pulang. Kedua ibu bapa mereka tidak membantah malah membelikan segala keperluan yang cukup untuk Ocean.

Oleh kerana bulu kucing itu berwarna putih bersih dan matanya yang berwarna biru laut, dia memutuskan untuk menamakannya Ocean.

Setelah siap memakai tudung sekolah, Aulia menuang sedikit makanan kucing ke dalam mangkuk.

"Ocean, jangan lupa breakfast dan jangan berak merata-rata." Pesan Aulia Zulaikha.

Dia memang suka bercakap dengan Ocean. Bagi dia Ocean seakan faham apa yang dia katakan.

Kaki diatur keluar dari bilik.

"Good morning," Ucap Aulia sebaik tiba di dapur. Dia duduk di sebelah Adam Zarief.

"Morning... Morning... Cepatlah!" Kata Adam Zarief.

"Halah.. kejaplah. Baru pukul enam tiga puluh lima minit pagi." Nasi goreng dicedok ke dalam pinggan. Kemudian di suap ke mulut penuh nikmat.

"Haih.. naik motor asing-asing pun kena tunggu dia.." Keluhnya.

Dia dan Adam tidak suka menunggang motor bersama ke sekolah. Lebih selesa naik berasingan.

"Adam, kakak kamu ni perempuan. Pagi macam ni kalau dia pergi sekolah sorang dirikan bahaya. Kalau kamu ada, selamat sikit.." Ujar Encik Ridhuan.

"Betul tu. Adamlah satu-satunya hero akak," Aulia memalingkan wajahnya ke kanan dan buat muka hendak muntah.

Adam mencebik.

Habis sarapan, mereka menyarung kasut sekolah. Aulia membuka pintu pagar dan memandang rumah yang baru saja diduduki orang.

"Akak tengok apa?" Sergah Adam membuatkan Aulia terkejut.

"Tu ha. Rumah orang baru pindah tu. Gelap je.." Adam turut memandang ke arah rumah itu. Ya, memang betul. Gelap.

" Apa masalahnya?" Soal Adam.

"Kan papa ada cakap, kawan dia yang duduk situ. Ada seorang anak yang sekolah menengah. Takkanlah budak tu tak pergi sekolah hari ni?" Itulah apa yang diberitahu Encik Ridhuan.

"Pelik dan menyeramkan.." Kata Adam sambil mengangguk.

"Lagi menyeramkan kalau kamu berdua kena denda sebab datang lewat ke sekolah," Serentak Aulia dan Adam berpusing dan tersengih melihat Puan Shikin yang sudah bercekak pinggang.

Mereka berdua segera menghidupkan enjin motor mereka dan memecut pergi. Puan Shikin menggeleng.

Sampai di sekolah, Adam Zarief dan Aulia Zulaikha memarking motor mereka di tempat yang disediakan oleh sekolah.

Aulia terus ke dewan meninggalkan Adam yang bersama kawannya.

"Aulia! Ya Allah rindu gila dekat kau ni." Ujar Farisha lantas menarik tangan Aulia yang masih berdiri dan memeluknya.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now