KVSA | 30

34K 2.3K 127
                                    

Hari berganti hari, Encik Muzaffar termenung di tempatnya. Dia sedang menunggu kedatangan Encik Ridhuan di sebuah restoran. Berita yang diterima tidak menyenangkan hatinya. Pasti semuanya akan berubah selepas ini.

Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan dari belakang.

"Sorry lambat. Ada berita apa yang kau nak bagi tahu ni?" Soal Encik Ridhuan terus setelah duduk.

"Pasal kursus. Aku kena pergi Australia.."

"Yeke, bila kau kena pergi?"

"Tiga minggu dari sekarang."

Encik Ridhuan menghela nafas berat. Sedih rasa bila dia akan berpisah dengan sahabat sejak zaman sekolah. Menjadi seorang peguam adalah cita-cita mereka bersama. Tiba masa berpisah. Bagaimana dengan isterinya? Apatah lagi Ikha.

"Berapa lama?"

"Tiga tahun. Tamat je kursus tu, firma sana akan ambil aku kerja." Terang Encik Muzaffar.

Maksudnya, entah bila dia akan kembali ke Malaysia.

***

"Ayan nak jumpa Ikha juga!" Bentak Ayan.

"Tak boleh lah macam tu sayang. Ikha tengah tak sihat sekarang ni. Nanti dia dah sihat, kita jumpa dialah." Puan Emilda memujuk.

"Mama tipu! Mana ada orang demam lama-lama." Balas Ayan.

"Ayan, demam orang lain-lain."

"Tak nak! Mama tipu. Ayan nak jumpa Ikha juga." Ayan mula merengek.

"Nantilah.."

"Tak nakkk!!!" Jerit Ayan.

" Mama telefon Ikha sekarang!" Jerit Ayan lagi.

Puan Emilda mencapai handphonenya dan menghubungi Puan Shikin. Ayan di sebelah dipandang. Budak itu sudah menyilang tangan. Setelah bercakap sekejap, talian dimatikan. Puan Emilda memandang Ayan semula.

"Ikha tak boleh jawab panggilan sebab dia tengah tidur."

"Mama tipu!"

"Mama tak tipu."

Wajah Ayan bertukar cemberut.

"Ikha tak sayang Ayan!" Ayan berlari masuk ke dalam biliknya.

Puan Emilda serba salah. Kasihan pula tengok Ayan tapi dia bukan berbohong. Ikha memang demam dan waktu ini dia sudah tidur.

Di dalam bilik, Ayan duduk bersila di atas katil dan menangis. Air matanya mencurah dengan lebat.

"Ikha tak sayang Ayan.." Tuturnya perlahan.

Patung otomennya diambil.

"Otomen, Ikha tak sayang Ayan lagi. Dia tak nak cakap dengan Ayan. Ayan tak tahu apa yang Ayan dah buat sampai Ikha tak nak jumpa Ayan... tak nak cakap dengan Ayan."

"Ikha cakap dia demam. Mana ada orang demam lama-lama. Ikha tipu..." Kata Ayan diselangi tangisan dan sedunya.

Buku-buku mewarna dipandang. Dia selalu mewarna bersama Ikha. Ayan turun dari katil dan mengambil semua buku mewarna kemudian dibuang ke dalam tong sampah.

"Ayan benci Ikha.."

Ayan berjalan semula ke katilnya dan baring. Lama-lama dia terlelap.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now