KVSA | 23

37.1K 2.4K 245
                                    

"Esok genap dua minggukan, kau duduk sama dengan Danish?" Soal Syaf kemudian menyuap sesudu nasi lemak makcik kantin yang sedap ni.

Dan sekarang telah masuk bulan Februari. Minggu depan cuti sempena Tahun Baru Cina. Haih.. dapatlah rehat-rehat juga.

"Hahaha... apa maksud kau 'duduk sama'? Duduk sama tu banyak maksud.. macam duduk serumah. Detail sikit boleh tak?"

"Duduk sebelah menyebelahlah. Berjiran. Itu pun tak faham. Tapi manalah tahu aku doakan kau duduk serumah dengan dia satu hari nanti.. Ahakkk!" Ketawa Syaf.

"Amiinnn.." Nina turut mengamin kuat.

"Jangan nak mengada. Kau Nina, mulut dahlah masin," Buat termakbul doa Shanina ni, naya je!

Nina hanya tayang senyum.

"Pleaselah nak duduk serumah. Duduk berjiran ni pun macam anjing dengan kucing. Kadang tu aku rasa macam nak cekik je dia." Ujar Aulia dengan penuh geram.

"Tapikan.. best juga kelas tu. Meriah je dengar korang bergaduh . Lagi-lagi time cikgu tak ada," Tambah Nina.

"How sweet!" Ain menambah. Dan ujarannya disokong semua.

"Lepas ni waktu Sastera. Harap ada benda gempak berlaku." Farisha bangun dan membuang plastik sampah ke tempatnya.

Seraya itu, loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah pun tamat. Mereka bangun dan bergerak ke kelas dalam kumpulan.

Dari jauh, Hannisya menangkap figura Aulia berjalan bersama rakan-rakannya. Dia tersenyum herot.

Hari tu kau kenakan aku kan, kau ingat kau siapa?  Getus Hannisya dalam hati.

Dia berbisik pada kawan-kawannya dan semua mengangguk. Mereka dalam kumpulan berjalan ke arah kumpulan Aulia.

Jarak semakin dekat. Tanpa disedari Aulia yang sibuk berbual dengan Syaf, Hannisya melanggar kuat bahu Aulia hinggakan gadis itu jatuh ke terduduk ke belakang.

"Hoi! Buta ke?" Tengking Hannisya.

Aulia yang masih duduk memegang bahunya yang sakit. Bahu besi ke weh? Gila sakit!

"Kaulah yang buta, langgar orang!" Nina menjerit kuat di sisi Hannisya lalu melutut mendapatkan Aulia. Begitu juga yang lain. Mengerumuni Aulia dan melindungi gadis itu serta memandang tajam pada Hannisya.

"Oh yeke? Do I care?" Hannisya terus berjalan dan dengan sengaja dia menyepak kaki Aulia. Dapat juga tu.

"Berambuslah setan!" Farisha menolak tubuh Hannisya menjauhi Aulia.

Hannisya menunjukkan jari tengah dan berjalan catwalk ke arah bangunan kelas mereka.

"Fikir lawa jari tengah kau?" Jerit Farisha. Sama ada Hannisya dengar atau tidak, itu perempuan tu punya pasal. Tapi dia berharap sangat Hannisya dengar. Perangai macam sundal. Jalan dahlah macam angsa.

"Aulia, kau okay?" Soal Nina.

"Sikit je ni."

"Kenapa ni?" Satu suara garau membuatkan mereka berpaling.

"Ratu sekolah pergi langgar bahu dia tadi." Nina menjawab pertanyaan Danish.

Berkerut dahi Danish. Ratu sekolah? Bila masa pula sekolah ni ada ratu.

"Siapa ratu sekolah?" Soal Danish. Almaklumlah, dia kan budak baru dekat SMK Tasik Indah ni, manalah dia tahu.

"Siapa lagi kalau bukan pokok pisang kau tu." Jawab Ashraf.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now